Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Selasa, Disember 22, 2009

Dari hari Sabtu sampai hari Khamis

Nak cerita ke mana Emy pergi dari hari Sabtu sampai Khamis,penat tapi menyeronokkan.

Hari Sabtu Abah,Mak,Kak Tina Kak Ira dan Emi bertolah ke Pulau Pinang,perginya naik jambatan keluarnya naik feri,sampai sana malam cari tempat tidur semua tempat tidur penuh tapi dapat budget hotel.Pagi-pagi Ahad tu dah chek out,abah bawak round Pulau Pinang tapi tak turun pun,lepastu menyeberang naik feri.




Kita orang nak khenduri kat rumah sepupu abah kat Lagenda Haight,Sungai Petani,Kedah.Tapi kita orang breakfast kat Redix fraid Chicken,sebanarnya Emah abah nak surprise birthday Emy.



Kat rumah khenduri tu pukul 12.30 baru mula,nasib baik kita orang dah makan.kat tempat khenduri tu makanannya sedap jugaklah,ada char kue teaw,

Nilah pelamin pegantin,tengok dari tingkat atas.


Kita orang bertolah balik pukul 2.00petang,masa tu Emy tidur je,sampai R&R gunung Semanggol baru bngun,sebab solat Jama’ Zuhur & Asar,sambung lagi berhenti kat Pasar malam sebelah giant Sitiawan mak beli keropok lekor,sedap sangat.Teruskan perjalanan berhenti rumah Adik Hana&Hani kat Lekir.

Lepas tu teruskan perjalanan,nampak pelangi cantik sangat,




lepas tu nampak kat hujung langit ada cahaya yang cantik,Solat Maghrib dan isya’ di Masjid batu 10.


Sampai rumah malam mandi dan ters tidur.

Hari Isnin rehat

Hari selasa ikut abah rehlah dengan orang-orang Abim kat Kuala Woh,Tapah.Yang pergi Abah,Kah Ira,Kak Izat dan kak Rafidah(kawan kak ira) Emy. Emak meeting kat sekolah,kak Tiqah dan kak Tina hantar Embah Lanang ke kelinik.Seronok juga kat Kuala Woh,ada program untuk budak remaja.







Kaka Ira,Rafidah dan Izati,dia orang ni best freind,Izati ada blog [http://nah-rioma.blogspot.com/]



Sampai rumah pukul 5.00 terus emah suruh siap-siap kene mendaftar kat Program Smart Solat kat Masjid Tebok Sultan,Sg Tengar. Sampai Khamis petang baru balik.

Isnin, Disember 14, 2009

Cuti-cuti Malaysia..........

Emy nak cerita masa Emy pergi Cameron.Kita orang bertolak pukul 8.30.Masa lepas Kuala Woh Emy rasa lain macam je,tapi Emy diam,Bila mak kata "Emy kita nak pegi Cameron ni untuk apa?" "Emy kata Emy tak boleh fikirlah mak,kepala Emy rasa lainje","Emy mabuk ke" "Taklah" lepas tu Emy tak boleh tahan,Mak suruh abah berhenti tepi jalan yang selamat Emy muntah.Lepas tu Abah basuhkan muka Emy. Lepas tu Emak duduk belakang,peluk Emy,Emy rasa lega,lepas tu tidur.



Abah bawak kita orang tidur di homestay,tempatnya di kaki Gunung Brincang,kat kebun sayur,kalau kita duduk depan rumah kita nampak kebun sayur.Homestaynya ada 4 buah bilik,Emak,Kak Miza dan Wak Om masak,sedap betul,malamnya sejuk sangat.


Dah kemas barang kita orang pergi Stesyen Mardi,di Tanah Rata,kena bayar RM3 seorang,
Abah bergambar depan pejabat Mardi,nampak tak tempreture kat atas abah tu?


Kat Stesyen mardi tu macam-macam tumbuhan ada,ni Emy dengan budak-budak comel kat pokok epal,tapi tak boleh petik,dia orang buat experiment je



Ni abah ngan Abang Aiman kat tumbuhan karnivor kat Cactus Vely


Emak beli pokok halau nyamuk,lepas ni rumah Emy tak ada nyamuk.



Cak,Emy main sorok-sorok kat ladang teh



Tengoklah Emy.Emy rasa Emy ngan abah dah nak sama tinggi



Kita orang check Out pukul 12.00,lepas tu singga-singgah Shoping,balik Emy dah tak mabuk sebab Emy naik Avanza abang Ajik,Emy tidur je sampailah behenti kat Masjid Kampar,lepas solat makan,habiskan makanan.Sampai rumah pukul 5.50.

Sekian sahaja jumpa lagi

Sabtu, Disember 12, 2009

Anak-anak buah



Budak-budakni namanya Najwa dan Jumma(wawa dan umma)dia panggil emi Cik Emy sebab Emy panggil ayah ngan ibu dia Abang Ajik dan Kak Miza,sebab emak abang ajik kakak abah Emy.Masa cuti-cuti wawa&Umma kena hantar rumah Emy tiusyen,kadang mak ajar,kadang kak Tina kadang Emy.bila dah 1jam belajar kita orang makan,wawani tak berapa suka makan tapi bila makan dengan Emy dia makan banyak,tu pasal Kak Miza suka Wawa makan ngan Emy.lepas makan study lagi laps tu main masak-masak,dia orang tu suka aje arahan Emy.

Hari Ahad ni 13/12 keluarga Emy ngan keluarga Wawa akan ke Cameron Highland,kita orang nak tidur sana. Selamat Cuti-cuti Malaysia

Khamis, Disember 10, 2009

Laporan hari ni

Emy rasa nak buat N3 mengenai Teluk Rubiah tapi Emy rasa penat sangat,muka Emy pedih sebab pemanasan global,esok ke nanti ke,atau entah-entah tak buat

Ni Emy ambik dari tingkap bilik 133,tinggi

Rabu, Disember 09, 2009

Pergi Telok Rubiah

Khamis Emy nak pergi Telok Rubiah sebab Abah dengan kawan2 abah ada buat family day . Mak bawak Cik Pah sekali sebab rumah dia dekat dengan Telok rubiah , Abah ada nak bawak Ijah tapi dia tak nak, masa Emy berbual dengan dia......"Ijah ,ijah nak ikut kak Emy khamis ni pegi pantai?"."Taknak lah kak Emy"."kenapa,ijah ni orang dah ajak rugi tau tak ikut"."Ala kak emy ni Ijah taknak ikut sebab tak de Emak,apak,farah,untas,embah amat".Tiba2 nangis tulah ijah punya kelemahan ciwek.Esok malam Emy bukak blog tlis laporan ok!.Babai(nasib baik tak sebut Papai).

Selasa, Disember 08, 2009

Blog Kedua

Malam ni Emy tak nak cakap panjang2 sebab malam ni dah malam Emy kene tido.Jadi Emy cakap sikit ye Emy sebenarnya dah bukak blog baru nama nya GIM mesti semua orang tau kan.Jadi malam ni Emy nak tido lena sikit sebab pagi tadi pergi bangi ambik barang ak Tina ok Emy nak tidor dulu papai,Eh silab pulak babai.

Ahad, Disember 06, 2009

Malam Tadi

Malam tadi kak Tiqah telfon.Dia kata "kalau Emy ikut Akak kat Felda Lingiu best malam-malam nak tidur tak pakai selimut pun tak apa,sebab rumah akak kat atas bukit.Nanti kalau nak tengok tv tak yah lah merebut".Tapi Emy takut sebab Kak Ya kan masetu dah pernah iut akak,Malik rumah dia cerita kat Emy katanya"Emy nak tau tak kalau malam bawah bukit sana dekat hutan setiap malam anjing menyalak",KakYa cite macam tu Emy takut lah.

Sabtu, Disember 05, 2009

Hari Lahir Emy


Yang ni Masa emy sambut hari lahir yang ke 5


Yang ni pulak masa emy sambut hari lahir yang ke 4

Isnin ni hari jadi Emy yang kesepuluh.Emy tak tau lah sambut ke tak,tahun lepas Emy sambut kat Rumah Mbah Wedok sebab tahun lepas Emy sambut masa raya haji birthday Emy sambut dengan Mbah Wedok sekali.Dua tahun lepas sambut masa kak Zura kawin.Tiga tahun lepas pulak sambut ..langsong tak.Tapi tahun ni Emy rasa biasa je sambut tak sambut biasa je.Yela kan tahun depan masuk darjah 5 kan dah besar jadi tak boleh merajuk.

Jumaat, Disember 04, 2009

Gambar keluarga sebelah emak Emy


Inilah gambar keluarga sebelah Mak emy,ramai kan?


Ini salasilah kelaurga Emy sebelah mak,orang yang buat ni ialah Pak Mil(http://www.kamilz.com/)

Cuti yang sunyi.........

Mula-mula dalam rumah ni ada 5 orang saje,lepas tu bila cuti kak Tina balik,jadi 6orang,abah dan mak pulak pergi kelantan,lepas tu ke Johor balik bawa kakak dan abang jadi keluarga emy cukup 8 orang. Hari kedua Raya Haji semua keluarga Emy pergi rumah Embah Lanang,kerana adik beradik mak ada buat perhimpunan keluarga. Adik beradik emak semua ada 10 orang,semua dah kahwin. Cucunya pula 35 orang,jadi rumah embah penuh,Emy gembira sangat jumpa kedua-dua embah,pakcik,makcik dan semua saudara sepupu Emy. Semasa dalam perjalanan emak pesan nanti di sana jangan lepak-lepak saje,mesti cari kerja,kena Tanya ada kerja kosong ke tidak. Bila Emy Tanya Makcik-makcik kata lap pinggan,emy pun ajak adik adik sepupu tolong lap pinggan.Lepas tu apa lagi,tolong angkat bekas kuih ke khemah.,lepas tu boleh lah sambung main atau tengok TV. Malam ada BBQ, bakar daging kambing,daging lembu,ikan,kerang ,sate dan chickens wing.
Sebelum makan ada ucap-ucapan.Pak Cik Anip kata kita mesti ingat pengorbanan ibubapa,embah Lanang dan Embah Wedok dah banyak berkorban untuk anak-anak,sekarang cucu-cucu yang senang. Ada tukar hadiah,mak dapat hadiah juga.
Lepas habis acara keluarga Emy balik,yang lain belum lagi.Keluarga Emy balik sebab esok pagi Kakak kena balik johor,bertugas kat sekolah baru dia,Kakak tina dan Kak Ya ikut temankan kakak.sebab kakak kena duduk seorang diri.Abang Ejat balik Terengganu.Tinggal Emy,abang Eman,Mak dan Abah.
Lepastu Emy pulak kene tinggal kat rumah Embah sebelah abah,Embah bila cuti kena jaga 4 orang cucu,paling besar 6 tahu,paling kecil 1tahun,mak dia orang kalau cuti kene kursus sebab nak jadi cikgu tetap.Emak pinjamkan Emy kat Embah dan tolong jaga adik-adik biar Emy cepat matang kata mak.Tapi kadang-kadang Emy seronoklah main dengan budak-budak tu tapi kadang bowring,budak-budak tu suka merengek,baru Emy nak duduk nak minumlah,nak kencinglah,embah suruh Emy mandikan dia orang bila petang.kadang Emy call abah suruh ambik.Ni Emy kat rumah lah,nak main monopoly tak ada kawan.
Lambatnya Kak Ya balik.Kata maka weekend ni.

Hari ini Emy buat N3 panjang sebab sejak Isnin modem rumah Emy rosak kena sambar petir,hari ini ada orang TM tukar modem baru.


Ini ialah banner yang di pasang masa perhimpunan keluarga,gambar lain tengok di http://www.zaitun.net/

Sabtu, November 21, 2009

25 Desember 2009

Siapa tahu masa 25 Desember nanti ada yang paling istimewa?
Istimewanya ialah majlis perkahwinan Kak Ina &....Abang Roslan.Sebenar nye Emy tak tau tapi tiba2 masa Emy bukak blog akak Tqah ada kat situ tak caye pegilah tengok ,Kak Ina nanti ajak Emy tau,bulan Desember pun hari istemewa Emy hari jadi Emy yang ke 10.:D

Jumaat, November 20, 2009

Emi di tinggal lagi

Esok Emy kena tinggal lagi.Emak dan Abah ke Kelantan ambil kakak,lepas tu terus ke Johor tempat sekolah baru kakak,hari Isnin atau Selasa baru balik.Emi di rumah dengan Kak Tina,Kak Tira dan Abang Eman.Tapi tak apa Emy dah besar,dah pandai berdikari,nanti bulan Desember umur Emy 10 tahun,tentu dah besar.Kakak pun anak mak juga,masa ni mak nak tolong kakak.Lain kali tolong anak yang lain pula.



Emy Demam


Semalam Emy mula demam tapi Emy demam masa petang je.Kalau pagi batuk& selesema.Emy rasa tak selesa,tapi Emy selesa sikit sebab mak belikan Emy mainan.Lepas beli mainan emy pergi sekolah petang,Emy demam lagi Emy punya muka monyok je.Ustazah Saniah tanya.
Ustzh Saniah:Aimi kenapa muka monyok ni,demam ke?
Emy:Taklah... mana ......ade.......
Emy terus pegi kelas.Pastu kat masjid Emy rasa macam nak pengsan tapi Emy cuba bangun.Tapi masa kat rumah Emy main mainan yang mak kasi tadi Emy rasa selesa sikit,macam tak rasa demam dah.

Rabu, November 18, 2009

Sembahyang Jamak

Semalam Emy kat sekolah pagi ada buat persediaan untuk Hari Kecermelangan.Masatu Emy dengan kawan Emy Nazifah tengah main kejar2 tiba-tiba Sir tanya.
Sir:Emy kalau nak solat jamak kena berape jauh?
Emy:M..m..Emy rasa 96 kut.
Sir :Yela berape milimeter ke meter ke kilometer ke?
Emy:Kilometer ,kenapa Sir tanya?
Sir :Tak de pape.
So Emy pun jalan tapi Emy terdengar...
Sir :Tengok tu budak kecik pun tau.
Sir cakap kat Abang Brother ,dia tu penjaga makmak komputer kat sekolah Emy.Patutlah Masa time waktu dah masuk Zohor Bro tak keluar pergi masjid.Rupenya dia solat kat dalam makmal komputer siap jamak Asar sekali.Padahal rumah dia kat Sungai Besar je,mane boleh sembahyang jamak kan.

Rabu, November 11, 2009

Emy cuti blog


Emy takdapat tengok blog sebab Mak kursus kat PD,dia bawa laptop dia,hari sabtu baru balik,Isnin pegi cameron pulak.sampai Rabu.

Kisah Sofiea

Sofiea seorang gadis yang tak cantik,dia gemok dan ada jerawat,Syakina dan Amalina menghina dia


Sekarang Sofiea sudah cantik dan tak gemok lagi,Idham jatuh hati kat dia.


Sekian terimakasih

Selasa, November 10, 2009

Polis datang kat sekolah Emy.




Hari ni ada polis datang,ceramah mengenai "Mengatasi Masaalah Juvana" ,namanya Sarjan Mohd Noor Izhan bn Mohd Sabri.Dia datang kasi ceramah kat kite orang.Masa ceramah dia ada tanya pada budak laki"Siapa pernah isap rokok". Lepas tu ramai orang bangun termasuklah kawan Emy yang baik(laki)Atif.Mak marah sebab dia murid pemulihan mak.Habis ceramah ada quiz.Dia tanya kat pelajar tahun 4 perempuan "Siapa tahu nama sebenar saya?" Kate sarjan tu.Emy pun angkat tangan.Tapi kawan Emy Awatif jawap tapi salah .Sarjan tu tunjuk jari kat Emy ,Emy pun jawab"Sarjan Mohd Noor Izhan bn Mohd Sabri"Emy betul,lepas tu Sarjan tu kasi Emy hadiah.Hadiahnya tak lah semahal mane tapi tak dijual di kedai.:D


Inilah hadiahnya.Cantik tak?

Ahad, November 08, 2009

experiment



Watak utama - Emy dan Kak Ya
Cameraman - Abang eman

Yeah Cuti.





Hari ni cuti sebab hari Sabtu sukan.Terima Kasih Sir Kamal.Ok..hari Ahad pergi rumah Mbah Lanang,hari lahir dia ,tapi dah lewat seminggu.Keluarga yang datang Cik Pah,Cik Lah&Emak.Yang lain2 jauh.Cik Lah datang lambat sikit sebab Nabil ade pertandingan takewando.Mak masak Ayam Kampung Masak Kicap,sedap sangat mak masak.Cik Lah pulak bawak kropok lekor &Cik Pah buat roti jala,tapi tak siap lagi mak sambung kat rumah embah.

Sabtu, November 07, 2009

Hari Sukan


Emy sedang dalam perbarisan lintas hormat.Ini rumah biru@Hang Tuah.


Emy dalam acara lari dalam guni.

Hari ini sukan SKTJ telah berlangsung,walaupun sederhana tapi tetap meriah.Emy dapat acara ber kumpulan lari di dalam guni tempat ke 2.Penat betul hari ni.

Khamis, November 05, 2009

Latihan Sukan

Hari Sabtu ni sukan.Kita orang semua latih sukan.Padang nya lecak,mula2 Emy rasa geli,lepastu lama2 seronok pulak main air.

Isnin, November 02, 2009

Selamat Hari Lahir Embah Lanang yang ke 77


Minta maaf Embah sebab Emy tak dapat meraikan hari ini.Hari ahad nanti Emy akan datang.Sebab hari Sabtu sekolah Emy sukan.

Camping

Exam telah selesai,entah macam mana keputusan Emy tunggulah beberapa hari lagi.Lepas exam sekolah ade Camping ,Emy sertai camping itu.Dulu2 pun Emy ikut tapi tido dengan mak di bilik guru.Sebab Emy belum masuk tahap 2,sekarang dah masuk tahap 2.Yangpaling best pertandingan memasak.Masa malam Emy ada persembahan,kumpulan Emy mempersembahkan lakonan bertajuk "Anak Durhaka".Emy mamegang watak sebagai ibu yang sakit.Masa belakon Emy cakap tergetar2, sebenarnye Emy takut, orang ingat Emy sedih betul.Memang pu Emy sedih siap nangis lagi.Tapi tak menang pun yang menang kumpulan Kak Ya.Malam tu Emy tidor dalam khemah.Orang lain tak boleh tidur tapi Emy tidur lena sampai pagi.Khemah nye didirikan kat kantin je,nak dirikan tepi sungai Takut jadi macam kat Kuala Dipang kate Teacher, kat kantin pun jailah,asalkan selamat.

Sabtu, Oktober 24, 2009

Karangan Laporan 2

Hari ni Emy per gi Sungai Siput plak.

7.30am-Bertolak dari rumah.

8.00am-Pergi rumah embah wedok.Jumpe CikPah kat rumah embah wedok.

8.25am-Sambung bertolak ke Felda Lasah Sungai Siput

11.00am-Sampai di Sungai Siput untuk berjumpa Mimi

1.30pm-Balik ke Selangor

3.00pm-Makan tengahari di Bandar Seri Iskandar Ipoh

5.35pm-Pergi ke kenduri di rumah kawan abah

6.00pm-Pergi ke kenduri di rumah Ustaz Abu Salim

6.15pm-baik ke rumah...

Rabu, Oktober 21, 2009

Yeee!

Emy dah pandai masukkan jam mak yang ajar.Tapi emy kena siapkan homework lepastu lipat baju dan kemas locker,sebenarnye emy dah siap kerja malam tadi tapi emy dah ngantuk abah pulak tak bagi gune komputer so.. emy pun tidor la..
malam ni sebab emy dah siap buat apa yang mak suruh maka mak ajarla....thanks mak esok ajar lagi.

Selasa, Oktober 20, 2009

Nak Tanya...

Kpd kakak-kakak semua ,sedara Emy Nuha serta Cik lah & Pak Mil.

1.Macam mana nak letak lagu dekat blog?
2.Macam mana nak letak kelender dalam blog?
3.macam mana nak letak jam dalam blog?

Isnin, Oktober 19, 2009

Buku nak pulang

Malam ni mak suruh cari buku taks.Abah pulak tak kasi bukak lame2.Nape la Emy asyik disuruh dengan di larang.

Sabtu, Oktober 17, 2009

Hari ni....

Hari ni Emy bosan duduk rumah je keluar pegi Sabak je .Lepastu petang Wak Om(kakak abah)datang tengok mbah satun ,embah tidur rumah emy.sa Wak om datang Wawa & Jummah datang anak buah Emy.Emy mailn dengan dia tapi kejap je sebab abang ajik ambik wak om ,wawa&jummah jadi tak de kawanla....:(

Khamis, Oktober 15, 2009

Karangan Laporan

Emy nak buat karangan bertajuk “Laporan perjalanan hari Ahad”

7.15 am –Bertolak dari rumah menuju ke Sepang bersama abah,mak & kak Ya .Kami nak ke rumah kawan lama abah di Kampung Ulu Teres di Sungai Pelek .Mak memegang peta abah memandu.

10.30 am – Sampai di rumah kawan Abah bernama Haji Mahfuz bin Marsono. Sebenarnya di rumahnya ada kenduri hari Sabtu tapi abah & mak ada hal.Rupa-rupanya kawan abah ialah seorang yang kaya. Rumah nya besar dan ada 30 buah rumah sewa di sekelilingnya.Hidangan ialah Nasi Lemak dan Kuih Raya.

12.00pm – Abah mak bersalam salaman dan ambil gambar.Kami bertolak ke rumah Pak Mil di Taman Ixora di Bandar Baru Salk Tinggi.Sungguh gembira jumpa Naqib yang kacak dan Naqia yang comel serta Aqlan yang tembam.Hidangan nya ialah Spegeti &bihun goring serta air Raibina.

1.00 pm-Bertolak ke rumak Lek Mam di Desa Mahkota Bangi. Di sana Emy berjumpa dengan Ina & Izah .Nazirul tak ada dia pergi rumah neneknya.Emy tak makan apa-apa Emy cuma main computer kerana Emy masih kenyang .

2.30pm-Ke IPIS iaitu tempat kak Tina belajar kami solat jamak di masjid.sebelum itu ambil kakTina dulu.

3.30pm-Kami bertolak keShah Alam ,Pergi Kompleks PKNS ,Kak Iya nak novel tajuknya TUNAS &A+A=B&B terbitan JS tapi tak dapat mak janji mak order online.

5.00pm-Ke rumah Cik Ram di Syeksen 11,Cik Ram buat Open house ramai yang datang tapi semua tua–tua,hidangannye nasi himpit ,rendang & tomyam. Rumah Cik Ram dah berubah dulu biliknya 3 sekarang 5 anak nya 3 orang jadi seorang sebilik.

6.30pm- Setelah bersalam-salaman kami pun bertolak balik solat Jamak Maghrib & Isyak di Kapar.lepas tu menerus kan perjalanan.Lepas itu Emy tak sedar kan diri .

9.30pm-Sampai rumah barulah mak kejutkan Emy,emy pun mandi dan sambung tidur.

Begitu lah laporan Emy pada hujung minggu lepas.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Solar System


Teacher Fizun kursus so kite orang tak belajar sains, mak masuk, mak gantikan pastu emy belajar solar sistem ,ada 9 pelenet yang kite dah belajar,2 lagi tak de dalam buku teks tapi. ...kite kena hapal tapi kalau tak hapal kite kena buat clue .

My Very Elegant Mother Just Serve Us Nice Porridge

Marcury Venus Earth Mars Jupiter Saturn Uranus Naptuna Pluto

Khamis, Oktober 08, 2009

Kaki Emy Sakit

Semalam hari Rabu ade gerko Emy kene lari 100 meter nak sukan katekan Emy dapat no 4 antara 4 oran tempat pertama Ainn kedua Najiha ketiga Farhanah.Sampai rumah kaki Emi sakit lepas tu malam Emy pergi ruman Embah, kena urut sekali macam kene cucuk dah la sakit nye kat peha,emy rasa macam nak nak nangis je.Balik rumah laptop mak tengah on Emy pun Ambik peluang bukak blog.Cepat2 nanti abah marah ok selamat mlm.Assalamualaikom.

Selasa, Oktober 06, 2009

Emy Nak Exam

Emy tak boleh selalu bukak blog lagi sebab nanati abah marah dah nak exam so.....Emy tak boleh buang masa tadi kat sekolah petang ustaz kasi nasihat sebbab nak exam kene study.tolong doa kan emy.

Isnin, Oktober 05, 2009

Kucing Emy Monjo

Sian Monjo sebab dia bergaduh dengan kucing lain,lepastu kucing tu pergi cakar perut Monjo jadi luke la,habis berdarah.Nasib Baik tak mati.:(

Hari Raya Idulfitri

Kata mak masa hari raya kanak2 lah seronok ,orang2 besar tumpang sernk budak2,Enmy dapat 2 pasang baju raya.Tak boleh banyak2 sekejap lagi dah tak muat.Masa raya Kak Tiqah,KakTina dan abang Ejat balik rumah.Tapi Emy Tak Puas main dengan dia orang sebab semua nya sebuk beraya
.Lepastu KakTiqah Balik Kelantan,KakTina balik Bangi,Abang Ejat Balik ALAM di Terengganu.Emy sunyi balik,lepas tu sekolah,mak pulqk sebuk merait kertas UPSR,nasib baik Emy dah pandai buat blog.Kuih raya kat rumah emy banyak lagi,jemputlah beraya.Jamuan rumah Emy tunggu mak habis rait kertas.

Ahad, Oktober 04, 2009

Cerite Hari Raya

Raya tahun ni meriah jugak sebab semua orang balik rumah.Tapi thun depan tak sebab Abang Ejat tak balik,sebab kan dia masuk ALAM(Ekedemi Laut Malaisia)thun depan pergi berlayar jadi adik-beradik em jadi sikit 6 jadi 5 :(

Alhamdulillah

Akhirnya Emy berjaya membuat blog sendiri.Setelah beberape kali merayu pada kak Tiqah tetapi tidak dilayan,mungkin dia sibuk atau dia takut Emy lebih popular dari I Am ME iaitu blog kak Tiqah.ha ha ha......Sorry kak.Emy terjumpa cara membuat blog dalam hard disk mak,so..Emy pun cuba,Alhamdulillah Emy berjaya.
Emy suke berblog sebab Emy suka menulis.Selalu emy menulis di buku atau di kertas, lepas tu emy sepah2 , bile mak atau kakak nak berkemas selalu kakak masukkandalam beg plastik.Kalau dalam blog tak de siape yang berani usik,so..selamat berblg kepade diri Emy Sendiri.:)