Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Khamis, Oktober 28, 2010

Mencari Serai

Satu hari,mak panggil Emy.Mak suruh Emy ambik serai belakang rumah.Mak kate nak buat rendang,so mak kasi pisau kat Emy.Lepas je Emy kaluar dari pintu blakang.Wow so amazing.Emy jumpe tempat ni....

Eh mane serai?Macam tak percaye,pokok2 semue bercahaye.Emy gosok-gosok mate,betul ke ni.Pastu Emy lari sane sini macam kat alam kayangan je.Emy terus lupe tantang serai tu.Emy rasa macam princess betul!!!.




Tibe-tibe abah kate jom balik.Alamak kacau la abah ni orang tengah berimaginasi.


Siape tahu Emy sebenarnye kat mana?.

Rabu, Oktober 27, 2010

Cerita seram ke 3

Ustazah Baitihah mengajar tauhid dekat sekolah petang, Dia selalu menasihatkan anak-anak muridnya supaya sentiasa takut dengan Allah,jangan berkawan dengan Syaitan nanti syirik.

Ustazah suka mengumpul duit dalam tabung,bila ada orang kutip derma ustazah ambik duit dari tabungnya.

Pada suatu hari semasa ustazah megeluarkan duit tabungnya,dia lihat duit tabungnya tinggal sedikit,pada hal tiap-tap hari ustazah masukan duit. Perkara itu berlaku selama berminggu-minggu. Ustazah tidak mahu menuduh sesiapa tapi dia cuba menyiasat. Beberapa hari ustazah mengintip. Pada malam itu ustazah nampak satu makhluk kecil berkepala botak menyelitkan diri ke dalam tabung dan membawa keluar sebahagian duit Ustazah. Ustazah tidak terus menangkapnya tapi mengekori ke mana dia membawa duit itu. Rupa-rupanaya dia kerumah Pak Anjar. Ooooo begini perangai kamu ye…Ustazah berkata di dalam hati..Pada malam esoknya Ustazah menyusun strategi,dia akan menangkap makhluk itu.

Ustazah berjaya menangkap makluk itu dan memegang telinganya yang panjang. Makluk itu menggigil ketakutan.Sehingga terkencing-kencing.


“Ooooo ini kerja kamu ye,kamu tahu tak perbuatan kamu ini berdosa,kamu boleh dihukum hudud tau”

Makhluk itu merayu-rayu minta di lepaskan.

“kamu takut?huh tau pun takut .....jangan takut kat aku…takut kat Allah.Lepas ni kamu ambik balik duit yang kamu ambik dari semua orang pastu masukkan dalam tabung LL4GAZA,faham?”

“Ya…ya sorry ustazah,saya ikut cakap ustazah”
“bukan sorry kat saya,sorry kat Allah”


Sejak itu tabug LL4GAZA cepat penuh.


Begituah cerita seram saya.

Ahad, Oktober 17, 2010

wewuiwuiweeeeee,wewuiwuiweeeee



Tok rimau suruh emy tulis cerita seram,emy tak ada idea. Emy tak pernah mengalami. Emy pun suruh emak cerita. Emak kata mana boleh cerita-cerita seram,nanti jadi syirik,buat apa kita takut kat cerita seram tapi kita taku pada Allah.

Tapi kalau cerita tu jadi tauladan tak apalah,Emak pun ceritalah,nilah yang emy tulis.

Pada suatu hari,rumah datuk buat family day,semua anak-anak datuk balik. Masa malam tu semua orang tidur di rumah datuk.Semua tidur bersepah-sepah.Ada seorang pakcik tu tidur dekat dengan dapur.

Semasa semua orang tengah tidur,tiba-tiba pakcik terjaga,dia dengar sesuatu. Dia pasang telinga, bunyi itu semakin terang,bulu-bulu roma dia meremang.

Bunyinya seperti;
“wewuiwuiweeeeee,wewuiwuiweeeee” berhenti,lepas tu sambug lagi.

Pakcik pejamkan mata,bunyi tu masih terdengar lagi. Pak cik tarik selimut,tutup badan dia. Dia mendiamkan diri dalam selimut sampai berpeluh-peluh.Waktu Pakcik mula nak memejamkan mata,bunyi itu terdengar lagi,Pak cik membaca bermacam-macam ayat Quran,tapi bunyi itu kejap ada kejap tak ada. Pakcik intai sekeliling,semua orang sedang tidur lena,

“Ya Allah,kenapa aku sorang yang dengarni,”Pak cik takut nak kejutkan orang lain,dia terus duduk dalam selimut sampai berpeluh-peluh.

“Makhluk apa bunyi ni,masa kecik-kecik tak pernah pulak dengar, Dah baca ayat Quran pun dia tak takut,jin ke hantu ni”

Lama-lama Pakcik pun tertidur.

Esok pagi,masa sarapan,pakcik cerita apa yang terjadi malam tadi pada Nenek.

“Bunyinya macam ni ke?” Tanya Nenek sambil buka da tutup kepala paip di sinki.

“Haah,macam nilah” kata Pakcik

“Hah ini lah yang bunyi” kata Nenek

“Ia ke,kenapa kadang-kadang tak bunyi”

“Masa malam kan semua orang tak guna air,jadi tekanan air kuat,jadi bunyilah”

Ha ha ha semua orang ketawakan pakcik,pakcik tertipu.

Nak tau pakcik tu kerja apa? Sebenarnya dia tu seorang doctor. Kah kah kah doctor tertipu.

Khamis, Oktober 14, 2010

Cerita misteri tapi boleh jadikan tauladan.


Emy ada satu cerita seram tapi bukanlah seram macam yag ada kat tv ke atau filem yang selalu tu,tapi ini kisah benar dan boleh jugalah dijadikan tauladan.

Suatu malam tu,Nenek Emy, masa tu muda lagilah,dalam umur 25 macamtulah.Suaminya iaitu datuk Emy selalu pergi mengajar ugama kat surau-surau. Bukanlah nenek tak suka,suka je tapi hari tu anak-anak nenek demam pelintung,nenek pulak cirit beret.Datuk tinggalkan nenek dengan anak-anaknya.Nenek rasa bengang tapi ta berani nak bercakap sebab Nenek ialah isteri yag solehah.

Nenek tak tahan rasa cirit beret lalu lari ke tandas yang jauh letakknya sebab masa dulu mana ada tandas yang dekat rumah. Bila dah rasa lega nenek pun duduk termenung tepi kolam dengan hati yang bengang. Tiba tiba Nenek terdengar ada orang menegur dari belakang.
“Eh kamu dah tau sakit kenapa tak pergi kelinik?” Bila Nenek toleh rupanya Makbidan kampong tapi peliknya pakai baju macam nurse.Nenek macam tak percaya.Dia bawak anak patung.
“Macamana nak pergi,bapaknya sibuk”Dalam kehairaan Nenek menjawab juga.
“Jom ikut aku,aku hantar”
Nenek suspend juga,malam-malam mana pergi kelinik,kan kelinik jauh,kene menyeberang sungai.
“Nak ikut,ikut je,jangan fakir-fikir,tak mau sudah”
Nenekpun ikutlah.Tiba-tiba Nenek rasa sedang berada di jalan yang sangat cantik,penuh dengan hiasan bunga.Nenek tak pernah rasa tempat macamtu.Makbidan berjalan di hadapan,Nenek di belakang.

Nenek terus ikut,tiba-tiba nenek teringat nak baca-baca ayat Quran seperti surat Ikhlas dan sebagainya. Tiba-tiba Mak bidan marah;
“Kamu nak ikut,ikut je,jangan baca yang bukan-bukan,kalau tak pergi balik”
Bila Nenek baca-baca,Makbidan tu jauh,tapi bila nenek diam Makbidan tu dekat balik. Jadilah beberapa kali macam tu.Nenak mula perasan yang Makbidan ni marah bila nenek baca ayat Quran.

Setelah beberapa kali macam tu lama-lama Makbidan tu bersuara lagi
“Sudahlah kalau tak mau ikut,balik ajelah”
Tiba-tiba Makbida tu hilang dari pandangan,dan nenek dapati diri Nenek sedang berada dalam sebuah parit,badan Nenek penuh dengan lumpur. Nenek pun berusaha untuk naik dan balik ke rumah.Sampai rumah Nenek terus cuci badan,pakainnya di longgok tepi kolam.Nenek terus naik kerumah. Anak perempuan Nenek yang besar yang di panggil kakak, masa tu umur 10 tahun sedang menidurkan adiknya.Dia bertanya;
“Mak pergi mana?tadi adik nangis”
“Lama ke mak pergi? Esoklah mak cerita,dah pergi tidur”

Besok paginya Nenek suruh Kakak dan 2 orang adiknya tengok parit belakang rumah. Kakak nampak dalam parit itu lusuh,bekas ada orang berjalan berulangkali,lepas tu ada tapak kaki yang berlumpur balik kearah kolam.ada pula pakaian yang berlumpur berlonggok di situ.

Nenek pun bercerita apa yang terjadi.lepas tu nenek menutup cerita

“Itulah,masa tu Emak lupa pada Tuhan,hati Mak marah kat bapak,jadi Syaitan pun menjelma nak sesatkan Mak,nasib baik Mak masih ingat nak baca Quran,kalau tak habislah Mak tak balik.Mula sekarang kamu semua kalau rasa bengang,nak marah je,baca lah Al Quran,supaya syaitan tak masuk dalam hati”
Anak anak Nenek semua rasa sedih dan insaf,mulai hari itu semua orang akan baca Quran bila rasa merajuk.

Itulah yang Emak Emy ajar kat Emy.

Rabu, Oktober 06, 2010

bapa borek anak rintik


Emy nak cerita hal di sekolah. Sekumpulan budak lelaki tahun 4 dan 6 telah ditangkap sebab didapati menghisap rokok. Beberapa orang merokok di pondok rukun tetangga,lepas tu suruh kawan dia ambil gambar. Cikgu Penolong Kanan HEM jumpa,lepas tu di panggil,nasib baik cikgtu dah tua kalau muda lagi dia kata nak lempang je sorang-sorang.

Sorang budak tu bila ditanya,masa bila hisab rokok.
"Masa bapak tengah buat kerja megecat rumah,bapak suruh peganggkan rokok,bila rokok tu tak habis saya hisab lah" Katanya

His his his...bapa borek anak rintik.

Budak-budak tu tak rasa bersalah langsung. dia orang merokok di pondok rukun tetangga. Masa malam pondok tu untuk bapa-bapa mereka berkumpul jaga keselamatan kampng kononnya tapi waktu siang tempat anak-anak mereka buat nakal. is is is,tak patut betul.