Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Selasa, September 10, 2019

another step

hai! Assalamualaikum

by the day i write this post, i already at a new place. aku pernah bagutau sebelum ni kan, yang aku dah tamat Diploma di UniSZA kemudian aku menganggur di rumah selama beberapa bulan.

aku ambil semula lesen motor yang dah lama mati dan lesen kereta.  dan JPJ motor Alhamdulillah aku lepas dengan bauk tapi,,, aha lumrah wanita mungkin JPJ kereta tak lepas dibahagian litar. Aku tersangkut di bukit, tapi jalan raya pass. So aku kena ulang JPJ akan datang.

sementara menunggu JPJ akan datang, keputusan UPU keluar. UPU untuk sambung degree.

sebelum masuk topik itu, sebelum ini semasa aku baru tamat Diploma, i had 3 thought about what should I do after my Diploma.

1. sambung study di UniSZA - Degree Antropologi Dakwah (sebab masa tu dah keluar result permohonan dalaman ijazah UniSZA )
2. mulakan business tudung dengan Izzati Alia (i take the marketing part)
3. duduk di rumah, tolong mak di rumah (because my parents sudah masuk umur warga emas)

tapi at the same time, aku isi UPU juga. dan tak berharap sangat. but at the end of the day, Allah bagi aku peluang untuk teruskan belajar dalam kos yang lebih kurang sama dengan kos diploma dulu.

Aku ke UKM. aku sangat terkejut aku dapat peluang ni. bukan tempat biasa-biasa dan bukan ijazah biasa-biasa. dan mak abah, pun sangat sangat terkejut. Mak mengaku sebenarnya sejak kakak aku dua orang tu dapat ijazah dan bawah-bawah tak ambil ijazah, mak dah tak berharap untuk anak-anak bawah ambil ijazah juga. dan mak dalam diam berharap ada anak yang sambung pengajian Islam, tapi tengok macam tiada siapa yang nak. Aku pun dah pernah cakap tak mau sambung pengajian Islam dah, tapi doa mak abah lagi dimakbulkan.

Aku ke UKM untuk Ijazah Pengajian Islam, major Arab. Mak abah suka sangat-sangat. Jujur, aku rasa makin terbeban, sebab mak abah dah berharap.

Aku harap doa mak abah cukup untuk aku terus belajar ilmu Allah ni. Aku tak berani nak yakin 100% boleh bawa, tapi doa mak ayah kan... Aku usaha tawakkal.

Wish me luck.

Ahad, Mei 26, 2019

tiba tiba habis diploma

Alhamdulillahh.

Diploma sudah pun ditamatkan dengan jayanya. (walaupun taktau lagi result final mcm mana)

Alhamdulillah, se stress mana pun, se sakit mana pun aku, Alhamdulillah Allah bagi aku untuk grad diploma dengan baik.

Sumpah, hujung hujung final semester ni, cabaran dia laaagi besar. Masalah belajar, masalah kawan, masalah persatuan, masalah perasaan. wa ghairaha

Dan jujur setiap kali aku hadapi cabaran ujian semua tu, aku memang lalui dengan cara yang tidak baik dan tidak kuat. Aku "melatah", aku tak nak percaya pada anak anak buah, aku tanam dengki dengan kawan, aku hina diri aku. Aku tak jalani hidup aku dengan baik aha.

Actually, flow yang Tuhan beri dan sediakan tu dah lawa dah. Aku je tak ikut apa yang Allah dah sediakan. Tak bersyukur.

Haha aku sedih dengan diri aku. Tak ambil ibrah dengan apa yang dah berlaku.

Astaghfirullah.

Tapi aku bersyukur, bersyukur Allah sedarkan aku. Allah tak biarkan aku lalai. Terima kasih ya Allah. Kuatkan hati aku dan istiqamahkan niat aku.

Alhamdulillah.