Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Ahad, Januari 31, 2010

Selamat pengantin baru Abang Hasan

30hb Januari,Emy sekeluarga menghantar abang sepupu iaitu abang Hasan Ashaari b Ismail menjadi pengantin,isteriya orang Banting Kelang,Abi Abang Hasan bernama Ismail,dia adik Emak,semua adik beradik Emak ada,semua 10 buah kereta,sepupu Emi semua ada tapi tak puas jumpa sekejap sangat.Dalam gambar kelluarga Emu bergambar dengan pengantin,nampak tak Abang Ejat,dia kena jadi pengapit,orang ingat dia tu pengantin



gambar ni Emy ambik dari facebook kak Tina,dia yang pakai baju hitam tu

Khamis, Januari 28, 2010

Chess?....Ping pong?......Bolajaring






Bila masuk tahun 5,kelab dan permainan ko-kurikulum kenalah berubah,unifom tak berubah sebab nanti kena tukar unifom mestilah mahal. Mula-mula Emy nak masuk Chess atau pingpong sebab game tu boleh duduk dalam dewan taklah kena panas,rupa-rupanya Mak letak Emy bola jaring,sebab maklah cikgu yang susun kelab murid-murid.Mula-mula Emy memang tak puas hati tapi kata mak kalau Emy masuk chess atau pingpong nanti Emy kurang bergerak,bila main bola jaring kita akan banyak berlari,boleh bakar kalori,nanti boleh turun berat badan.lain lah kalau memang Emy terer sangat chess,atau pingpong,tak jadi wakil sekolahpun.

Main bola jaringpun Emy taklah cekap sangat,Emy bukan pemain sekolah juga tapi Emy main sama pemain sekolah. Siapa rajin berlatih nanti masa lawan dengan sekolah lain dia boleh ikut jadi saporter.Jadilah ,dapat juga pergi sekolah lain,Emy dah puas hati kenapa mak letak Emy bola jaring.Tiap kali nak berlatih Emy kena lari keliling kod 10X,lepastu buat exercise.

Khamis, Januari 21, 2010

Emy tinggal di rumah seorang diri


Ini gambar embah lanang atau datuk lelaki Emi. Namanya Hj Zailani,Dia dah tua,masa Emi kecik dulu Embah boleh dukung Emy,tapi sekarang dia tak boleh lagi sebab tangan dia dah lemah.

Embah lanang kena pergi klnik Htan Melintang tiap-tiap bulan,hari in kena pergi lagi,boleh pergi petang kata doktor sebab mak pagi sekolah,petang ni mak hantar dengan kak Ira,kalau ada kakak tiqah mak suruh kakak tiqah hantar,kalau emak tak dapat hantar emak akan suruh Cik Lah tolong hantar.Nanti balik sekolah petang emak tak ada kat rumah,tak apa Emi dah besar.Emy pun dah tak payah makan malam sebab kalau makan malam nanti gemuk. Kita mesti selalu tolong ibu bapa kita kalau tak tolong nanti kalau kita dah tua anak kita buang kita tepi jalan macam dalam surat khabar.Masa kecil ibubapa tolong kita,nanti sudah besar Emy akan hantar emak dengan abah ke kelnik juga

Sabtu, Januari 16, 2010

Livingthings grow up

Mak beli anak ayam,embah kata namanya ayam bohe,Emy kata ayam botak,sebab lehernya tak ada bulu,masa kecil Mak bagi makan ayam yang beli di kedai,bila dah besar ayam tu boleh makan apa sahaja sebab ayam ialah haiwan omnivor,masa kecil kita tak tahu jantan ke betina bila telah besar baru tahu ayam tu ayam jantan


Masa kecil,yang di belakang tu warna kuning,pun spesis yang sama.



Ini dah besar sikit,



Yang ini gambar terbaru.Ayam ni dah di panggil jago iaitu ayam jantan yang dah cukup dewasa.

Khamis, Januari 14, 2010

Kenapa seronok duduk depan dalam kereta



Tahun 2010ni bila Emy dah masuk tahun 5,Kak Ira masuk sekolah menengah,Emy pun duduk sebelah Mak dalam kereta,sebelum ni kena duduk belakang,sebab siapa yang lebih tua kena duduk depan.Dulu Kak Tiqah duduk depan,paling lama sebab Kak tqah paling tua,bila Kak tiqah sekolah menengah kak Tina pulak kat depan,bila Kak Tina sekolah menengah Abang Ejat pulak duduk depan,bila Abang Ejat sekolah menengah Abang Eman pulak duduk depan,lepas tu bila Abang Eman sekolah menengah Kak Ira pula duduk depan. Paling akhir Emy,dekat belakang dah tak ada orang sebab Emy dah tak ada adik,tapi ada adk saudara namanya Farah tumpang kereta mak sebab mak dia sekolah lain.

Best duduk depan sebab kita boleh jaga radio,selama ni Kak Ira saja yang control stesyen radio,kali ini Emy.Lepas tu Emy boleh kejutkan mak bila mak ngantuk.

Selasa, Januari 05, 2010

Petang yang sunyi..............

Petang ni balik-balik sekolah Mak dan Kak Ya tak ada,Mak hantar Mbah lanang ke kelinik gigi,Emy lapar tapi Emy makan roti,Emy kena berdikari sebab dah masuk tahun 5.Emak nak tolong Mbah sebab dulu masa kecil Mbah dah tolong Emak.Bila dah malam Abah dengan Abang Eman pergi masid sembahyang Isya'.Emy duduk sorang-sorang kat rumah,lepas tu Emak balik, bawak durian,Emy tak lah rasa sedih lagi sebab Emy memang suka durian.

Isnin, Januari 04, 2010

Pemergian Guru & Kawan

Semalam hari pertama Emy sekolah tahun 2010.Tapi Emy tak seronok lah kat situ sebab seoranag kawan rapat Emy yang bernama Puteri Norakmal Farah Haziqah bt Megat Pauzi, dah pindah sekolah,sebab dia ikut mamanya Cikgu Haslina pindah kat SRK Khir Johari, tapi Emy ramai lagi kawan ,Emy kena kawan semua orang jangan asyik seorang sahaja. Sepatutnya Cikgu Haslina akan mengajar Emy BM tahun 5.Lagi sorang guru yang pindah Madam Norziatul Syima,sepatutnya dia ajar Emy BI,sedihlah juga sebab kedua-duanya guru yang bagus.

Tapi ada 3 orang guru baru yang datang,Emy belum kenal sangat,harap-harap semuanya guru yang baik. Seorang tu kawan kakak Tiqah,kenapalah Kak Tiqah ngajar di Johor,kalau di kawan Sabak Bernam kan best.Dalam kelas ada budak baru pindah,dia lelaki,badannya besar sangat,datang-datang dah kena lantik jadi ketua kelas. Harap harap baiklah budaknya.

Ini gambar Haziqah dan adiknya Puteri Norakmal Fahkhira

Ahad, Januari 03, 2010

Resepi baru Emy

Haritu Mak bertugas kat sekolah,bila pukul 12.00 mak balik kita orang semua tengah tengok TV. "La semua tengok TV,tak masak lagi,mak lapar ni,kat sekolah mana ada makanan,rasa-rasa nak makan orang aje"

Emy,Kak Ya,Kak Tina semua kelangkabut.Kak tina terus goreng ikan dengan masak sayur,mak kopek udang,Mak suruh Emy dan Kak Ya potong cili kering,kopek bawang putih,bawang merah, basuh lepastu masukkan dalam blander masukan belacan dan air lepas tu bland.Lepas tu letakan kuali curah minyak sikit,bila dah berasap masukan bahan yang dalam blander tadi.Gaulkan jangan sampai hangit,bila dah berbau sedap masukan udang yang mak kopek tadi.Emy ngan Kak Ya bergilir-gilir gaulkan sebab minyak dalam kuali tu meletup-letup.lepastu bancuhkan asamjawa,airnya masukan dalam blander yang dah kosong tadi macam membasuhlah tu,pastu masukan dalam kuali,masukan garam dan gula,rasa masin ke tak,kalau tak masin tambah garam.

Lepas tu emak rasa "Ok" kata mak.Kata Mak "Sambal tumis udang ni masakan kegemaran mak,Emy dan Kak Ya mesti pandai buat,esok kalau mak dah tua,dah tak boleh masak kenalah anak-anak yang masakkan.Kalau mak dah mati anak-anaknya taulah masak sendiri" Mak kalau marah memang suka buat cerita sedih,biar Emy sedihlah tu.

Bila dah siap semua kita orang pun makan,abah tak ada dia kursus JKKK di Kelong paredise.

Masa petang Emy nak makan lagi,sambal tumisnya dah lesap rupanya Abang Aiman habiskan,Emy rasa nak marah, mak kata "Maknanya sambalnya sedap lah tu" ye le tu,Emy pun tak marah lagi.