Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Khamis, Jun 30, 2011

Pertandingan Membina Blog

Dalam karnival Pendidikan ni selain masuk bertanding melukis guna paintbrush Emy juga masuk bertanding membuat blog dalam kumpulan. Tema nya ialah Kelasku. Kawan Emy ialah Siti Nor Asa'adah bt Hafiz. Emy dapat tunjuk ajar dari Brother Ezry iaitu computer technician di computer lab. Banyak jugala yang Emy dapat dari dia,contohnya bagaimana nak buat page baru dan buat button. URLnya ialah http://kelaskucemerlang2011.blogspot.com/

Ok Semoga berjaya.

Rabu, Jun 29, 2011

Sukan di SKTJ 2011 kali ke 23

Ahad ni Emy ada Sukan dwitahunan. Huh penat betullah berlatih,tapi lagi kesian kat SK Kg. Banting. Sebab diorang sukan time 9.Julai tapi berlatih dah mula minggu lepas. Padahal Emy baru minggu ni nak berlatih sukan.Emy wish sangat dpt kalahkan rumah kuning sebab Emy x berape suke kat rumah kuning.

Selain sukan Emy pun masuk Pertandinagn melukis gunakan paintbrush Jumaat ni dalam Karnival Pendidikan Sabak Bernam di Dewan Sri Bernam,Sungai Besar , mereka yang jadi wakil sekolah ialah:

Tahap Dua

Zulfa Raihana tahun 5
Nurul Aimi Anis tahun 6

Tahap Satu

Siti Nur Haslinda tahun 3
Nur Hafizah tahun 3

Selasa, Jun 21, 2011

Mimpi semalam

Macam mimpi. Sebelum ni,macamnilah keadaan rumah Emy.Emak,Abah,Abang Eman dan Emy. Kemudaian Abang Ejat balik dari berlayar,kemudian cuti sekolah,kak Tiqah,Kak Tina,Kak Ira balik. Semua orang berkumpul tapi tak dapat jalan. Emy ada tuisyen,Emak pun. Abah mesyuarat sana mesyuarat sini.Yang lain-lain bergilir-gilir kawankan Embah,tak pernah berkumpul pun.

Emak kata "Tak mengapa,nanti kita susun satu percutian,kalau boleh pujuk embah samaada mahu ikut atau tinggal dengan Wak Om(kakak abah).

Bincang-punya bincang,abang Ejat suka yang adventure,ada masak-masak dan futsal. Kak Tiqah goagle cari tempat jumpa chalet di Teluk Senangin. ok semua setuju terus booking 2 chalet, 6-7 Jun.(Isnin Selasa)

Alhamdulillah embah nak ikut,jadi kena bawak 2 kenderaan. emak kata semua orang kena kerjasama,sebab semua dah besar.Tapi tang masak untuk bekal tu emaklah.

Sampai sana makan makanan yang emak masak. Dah solat semua apalagi kami pun terjun dengan labu-labunya. abang Ejat pam inflatable boats,dan kami pun naik bergilir-gilir.Penat mandi cari remis,dapatlah satu bakul. Abang Eman apa lagi,kaki pancing katakan. Petang sebelum Maghrib Abang Ejat hidupkan api untuk program bakar membakar. Lepas solat Maghrib dan Isyak abah buka kitab bagi tazkirah. Lepas tu apa lagi kamipun main asaplah.Sebelum tidur abah ingatkan besok pagi subuh ada kuliah subuh pulak,siapa tak bangun heret masuk laut.

Pagi lepas subuh abah menjala,ikan kecil je,abah buang balik.Pagi tu sarapan emak masak nasi,sadin,telur dan masak remis. Hmm berselera nyum nyum nyum.Happening sungguh.

Dalam jam 10 pakcik Zainal datang bawak anak-anak tanpa emak mereka sebab emak mereka baru bersalin. Dalam pukul sebelas emak mula arah kami untuk berkemas. Ok Mak siap......
Dalam perjalanan singgah rumah Cik pah di Lekir,tengok baby Hanina.



Abang Ejat tengah pam inflatable boats



Emy menemankan abang Eman memancing


Berdua-dua dengan abang ejat


Inila remis yang kami cari,paling banyak dapat Kak Tiqahlah.


Dengar Tazkirah

Bermain asap

Futsal,abang Ejat je kuasai bola,ialah kaki dia panjang katakan.


Teka,siapa yang sedang bercengkerama tu? Itula emak Emy,emak ni suka ambil gambar je tapi tak suka gamar dia diambil,low profil katanya.hi hi hi

Bila habis cuti seorang demi seorang pergi,mula-mula Kak Tiqah balik Kota Tinggi,Kak Tina balik Bangi,Kak Tira balik asrama sekarang abang Ejat pulak kena sambung praktikalnya,belayar lagi , lama bulan Desember baru balik....sapa tak sedih...abang Ejat ni seporting,suka melukis kartun macam Emy...masa dia bertolak emy sekolah Agama,nasib baik dia datang jumpa emy...dia ucap selamat hari Raya and good luck for my UPSR and PSRA....huh huh...sedih......Emak and Abah hantar abang Ejat kat Hotel Quality KL hari Isnin semalam.Hari Rabu baru dia belayar menaiki kapal bunga Aster pula,dulu Bunga melati satu .Nanti bulan Julai Abang Eman pulak pergi......Tak tahu macamana nak bayangkan.

Walau macamanapun Alhamdulilah,semua dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.