Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Ahad, Disember 29, 2013

cats lover

Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunankucing liar AfrikaFelis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

from http://ms.wikipedia.org/wiki/Kucing

siapa peminat kucing!?

sila bagi makan kucing anda!

haha... saya buat post kucing ni kerana sekarang ada seekor kucing sedang tidur di riba saya. Warnanya putih bertombok hitam. Nama yang kakak sulung saya pilih adalah TEMPE! lawakan? tak pelah dia ni kucing jawa kot? hmm...meow!

Rabu, Disember 11, 2013

Kem Pesona 2013

بسم الله الرحمن الرحم

السلام عليكم

Baiklah hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya pergi ke Kem Pesona yang saya pernah ceritakan pada tahun lepas.

 

Pada tahun lepas saya pergi bersama kakak saya. Tapi pada tahun ini saya pergi bersama sepupu saya, nama dia Nuha. Kami bersemangat bertolak dari Sabak Bernam untuk ke Masjid Putra, Putrajaya. Pendaftaran pukul 8:30 pagi. Dan tiba di Masjid Putra pukul 9:30 pagi. Dalam hati dah rasa "Alamak! Dah lambat!", tapi rupanya bukan lambat. Terawal 12 jam! Rupanya kem ni mulanya pukul 8.00 PM (a.k.a. malam).

WARGH!!!!

Abah cakap balik je lah... (masa tu hati dah rasa "Yeah! Balik!! Tak payah pergi kem!!")

Tapi mak yang di rumah nak juga saya pergi kem tu.

 Jadi disebabkan adik-beradik mak saya ramai, mak pun call adik mak yang duduk dekat area Putrajaya tu minta tolong hantarkan. Kami semua sepupu panggil pak cik tu Cik Ram. Dia merupakan seorang professor di UiTM. Kami pun bergerak ke Seksyen 11 Shah Alam ataupun ke rumah Cik Ram. Abah tinggalkan saya dengan Nuha di rumah Cik Ram. Abah tinggalkan kami pada pukul 3 petang. Kami pun duduk lah di ruang tamu, bersembang pasal itu ini. 

Kami bergerak ke Putrajaya pukul 6.30 petang. Kami solat Maghrib di Hentian Sebelah di mana entah. Selepas solat kami teruskan perjalanan. Semasa dalam perjalanan jantung ku bagai hendak terkeluar melalui anak tekak ni. Cik Ram bawa kereta macam naik ROLLER COASTER. Dan berhenti membawa laju apabila... JEM!

Kereta stuck/ jem dari belakang sampai nun jauh di depan. Dan puncanya seperti biasa....

ACCIDENT

Dan kemudian perjalanan di teruskan. Seperti biasa lagi...

KEPADA MEREKA YANG JARANG MENJEJAKI PUTRAJAYA, PASTI SESAT! APATAH LAGI WAKTU MALAM!


Ya, kami sesat tapi alhamdulillah sampai ke destinasi yang di tuju iaitu Masjid Putra, Putrajaya! Kami pun dafatarkan diri pada pukul 8.15 malam. Selepas daftar, Cik Ram pun meninggalkan kami. (Bye bye Cik Ram)
Selepas itu program pun bermula.

Slot pertama ialah MUHASABAH DIRI. Mean ada scene nangislah. Setelah slot itu tamat kami minum malam. Dan ke bilik penginapan. barang-barang dan beg-beg kami, kami letak di bilik itu tetapi kami tidur di ruangan solat tingklat satu. Kami tidur di situ kerana ada Kiamullail. Dan kami...Z...Z..Z

kami dikejutkan pada pukul 4.30 pagi. Dan ber-kiam selepas itu solat subuh. Selepas solat subuh kami membaca maathurat. Selepas itu kami dibahgikan kumpulan. Nuha masuk kumpulan pertama, kumpulan hijau. Saya pula kumpulan keempat, kumpulan biru. Kemudian kami dikumpulkan di dalam dewan., selepas itu kami bergerak ke Kelab Tasik Putrajaya. Jarak antara kedua lokasi adalah 2.3  km. Jadi kami beramai-ramai berjalan kaki menuju ke destinasi.Dan perjalan mengambil masa hampir 30 minit.

Setelah kami tiba di Kelab Tasik Putrajaya, kami mengisi perut dengan makanan berat (sebeleum bergerak dari Masjid Putrajaya, kami telah mengalas perut dengan beberapa roti). Kemudian kami duduk di dalam kumpulan untuk memulakan aktiviti explore. Sebelum aktiviti bermula, kami deberi taklimat oleh "Abang Wan" (pengurus di bahagian kayak) tentang berkayak dengan selamat. Selesai taklimat, aktiviti pun bermula.

(bersambung...)