Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Isnin, Disember 27, 2010

Belut

Belut merupakan sejenis ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa.

Belut tinggal di dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan air tawar. Sesetengah belut suka bersembunyi di dasar laut (sehingga 4000 m bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.Emy dapat maklumat ni di http://ms.wikipedia.org/wiki/Belut


Khasiat belut emy ambil di http://salampantaitimur.com/khasiat-makan-belut/


Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.

Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.

Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Pagi tadi lukah abah telah di masuki belut. Inilah pertama kali Emy nampak belut secara life. Abah kata nak siang belut tu sebab Mak tak berani nak siang.




Sabtu, Disember 18, 2010

Kem Remaja Perkasa

Assalamualaikum semua,

Cuti Emy memang jarang bukak blog sebab di rumah embah tak ada internet,bila balik rumah baru dapat bukak. Lepas Emy balik dari Kem Kembar Padu kat Kuala Selangor,Mak hantar pulak Emy ke Kem Remaja Perkasa,sebagai gift sebab jaga embah. Bersama kak ira di Ulu Langat.



ok juga Kem tu,Emy dapat kawan-kawan baru.Dia berbeza dengan Kem sebelum ni.Sebelum ni Kem 1 Malaysia,aktivitinya agak tidak berapa bagus,banyak menari-nari. Yang Kem terbaru ni Kem Islam,aktivitinya untuk menjadi remaja islam yang perkasa. Dalam kem tu ada sungai tapi kami tak dibenarkan mandi.



Ini masa pendaftaran.

Lepas tu dapat namtag

Masa penutup kem,setiap orang kena tulis ikrar dan baca depan ibu bapa. Masa ni sedih sangat,emak suruh Emy tengok dalam mata mak dulu baru baca. Lepas tu emy peluk Mak.


Emy tengah baca ikrar

Masa balik kami singgah di kompleks PKNS, belilah buku sikit-sikit. Solat maghrib di surau kat situ,saja nak tunggu malam. kak Tiqah dan kak Tina nak ajak ergi I City. Mula-mula Emy tak nak turun sebab dah penat lagi pun dah pergi dulu,tapi kakak panggil nak ajak masuk bilik salji.


Laa ingat salji betul tapi tak apalah macam salji jugak.




Kakak kata "Emy,buatlah macam sejuk betul,nanti kirim gambar kat Abang Ejat" hhi hi

Isnin, Disember 06, 2010