Sebelum makan ada ucap-ucapan.Pak Cik Anip kata kita mesti ingat pengorbanan ibubapa,embah Lanang dan Embah Wedok dah banyak berkorban untuk anak-anak,sekarang cucu-cucu yang senang. Ada tukar hadiah,mak dapat hadiah juga.
Lepas habis acara keluarga Emy balik,yang lain belum lagi.Keluarga Emy balik sebab esok pagi Kakak kena balik johor,bertugas kat sekolah baru dia,Kakak tina dan Kak Ya ikut temankan kakak.sebab kakak kena duduk seorang diri.Abang Ejat balik Terengganu.Tinggal Emy,abang Eman,Mak dan Abah.
Lepastu Emy pulak kene tinggal kat rumah Embah sebelah abah,Embah bila cuti kena jaga 4 orang cucu,paling besar 6 tahu,paling kecil 1tahun,mak dia orang kalau cuti kene kursus sebab nak jadi cikgu tetap.Emak pinjamkan Emy kat Embah dan tolong jaga adik-adik biar Emy cepat matang kata mak.Tapi kadang-kadang Emy seronoklah main dengan budak-budak tu tapi kadang bowring,budak-budak tu suka merengek,baru Emy nak duduk nak minumlah,nak kencinglah,embah suruh Emy mandikan dia orang bila petang.kadang Emy call abah suruh ambik.Ni Emy kat rumah lah,nak main monopoly tak ada kawan.
Lambatnya Kak Ya balik.Kata maka weekend ni.
Hari ini Emy buat N3 panjang sebab sejak Isnin modem rumah Emy rosak kena sambar petir,hari ini ada orang TM tukar modem baru.

Ini ialah banner yang di pasang masa perhimpunan keluarga,gambar lain tengok di http://www.zaitun.net/
ini emy tulis ke....mak emy?
BalasPadamwakaka...:)
mula2 emy tengah tulis kt word,pastu mak tanya "emy buat ape", "emy nak buat post" , "kan tak de internet", "takpe emy tulis dulu nanti barulah post". "boleh mak baca?", "boleh" mak baca lepas tu mak betulkan ,pastu bila internet dah ada barulah emy publish
BalasPadam