Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya
Memaparkan catatan dengan label debaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label debaran. Papar semua catatan

Isnin, Mac 09, 2015

Bulatan setengah Gumbira

Hari tu baca blog bihah


Dia cerita pasal kumpulan usrah beliau. Beliau jadi naqibah. samalah macam aku. Sebab Bihah cerita pasal usrah dia, maka aku pun nak story telling pasal usrah aku "terchenta" ni.

Murabbiah aku Ustazah Rita (beliau guru bahasa arab). ahli usrah aku pulak, semua budak form 1. peh peh... lepastu form 1 kelas first pulak tu. peh peh! dan semua budak serama pulak tu! peh segala peh!

nak short kan cerita, maka aku pun buat lah bulatan dengan ahli usrah aku ni. Muala-mula macam biasa, sesi ta'aruf. jujur cakap, aku memang tak ingat nama-nama mereka. Aku tanya "satu kelas kan? dah kenal masing-masing". ada yang angguk ada yang geleng. hem hem.

lepas tu aku pun cerita pasal tajuk bincangan usrah pada hari jumaat yang mulia itu. Bebudak tu khusyuk je dengar, ada yang "terlebih khusyuk" sampai pejam mata. hem hem. bila aku kata " ada soalan nak tanya?". semua geleng berzikir. hem hem

"sebab korang tak ada soalan, akak ada soalan!" terbukak mata-mata budak yang "terlebih khusyuk" tu. bulat je mata!
hem hem.

murabbiah aku pun, Alhamdulillah. kalau aku cerita samting tu tapi, cerita tu "tak sampai', ustazah tu terangkan pulak. hem hem

habis je usrah. kami salam-salam.

oh ye, aku ada tanya budak-budak tu " korang kenal akak kan? yang duduk asrama?" semua geleng. HAMPA...

sejak hari usrah tersebut, budak-budak tu dah kenal aku. jadi bila aku tengah gelak-gelak bersama sahabat-sahabat tersayang, mereka (budak-budak usrah) pandang-pandang aku. aku tak tau nak menggambarkan macam mana perasaan aku pada hari itu.

ko bayangkan, bila depan diorang aku serius gila. tapi bila aku dengan sahabat-sahabat, aku jadi kanak-kanak paling bising di dunia.

hem hem.

tu saja mahu ku cerita. selamat tinggal!


Ahad, Mei 05, 2013

.....Makhluk Allah yang Ghaib......

Salam.

 Mana yang terbaik untuk saya?

Keluar asrama dan duduk rumah......atau..... just live at my "lovely" hostel and just back home once in three weeks! Imagine... it to horrible!

 Okay... If I'm ask to my mother about this, she will say "Istikharah dulu...." with her normal face.
Alright. Disebabkan saya nak menjadi anak yang solehah saya akur dengan mak saya. Tapi masalahnya, kalau di asrama saya tak tau bila masa yang sesuai untuk solat istikharah tu.

 Pukul 5.00 pagi saya bangun dan mandi serta solat subuh. At night, I must sleep at 11.30 pm. 

Lagipun saya seram sejuk sikit nak bangun pukul 3 atau 4 pagi. Sebab dorm saya tu berha*t* sikit. Takut-takut 'ter'nampak hantu makluk yang tidak diingini, tak dapat tidur saya!

 Hem.. cakap pasal hantu makhluk tidak diigini ni.... Saya ada kisah mengenainya. Let me tell you this story....



Pada suatu malam yang gelap dan pekat (lebih kurang pukul 11.45), saya sedang membasuh baju sekolah dan baju kurung bewarna hijau.(ya saya tahu patutnya saya masuk tidur tetapi baju sekolah itu akan dipakai esok). Tiba-tiba...!


  "Emy basuh baju sensorang ke?" tanya Kak A. Dia pelajar tingkatan 5 senior saya.
  "Tak lah. Emy basuh baju ramai-ramai. Kenapa?" tanya saya selamba. Hei celopar mulut saya ni.
  "Ei Emy ni. Nanti akak cakap Emy basuh baju dengan sapa, lari pula..." Kakak A menjawab. Die pergi ke paip bersebelahan dengan saya. Dia mencuci muka dan memberus gigi. Bagus! Berus gigi sebelum tidur sanagt bagus!!!
 Kak A bersuara lagi sambil dia menggosok mukanya dengan pencuci muka "Emy cepat sikit basuh baju. Dah lewat ni....bahaya.". Saya cuma diam....

  Selesai Kak A melakukan aktivitinya, dia masuk ke dalam dorm. Tiba-tiba saya terfikir ayat Kak A tadi."Emy cepat sikit basuh baju. Dah lewat ni....bahaya." ..... Terimbas seketika cerita  yang pernah diceritakan oleh sahabat saya .

   "Emy kau tahu, Kak A tu dia boleh nampak hantu benda tu.. Sebab hari tu aku dengan F nak naik bangunan kelas tingkatan 2, tapi Kak A halang. Dia cakap ada sesuatu tunggu di atas, selepas itu dia menyuruh kami beredar. Kemudian Kak A memanggil Kak M (salah seorang kakak senior tingkatan 5 yang mahir dalam bab hantu makhluk itu.) Selepas beberapa minit baru kami diizinkan untuk naik."

Okay. Saya faham.... saya melihat jam di tangan. 12.19 minit malam. Bulu tengkuk saya rasa semacam.

 "EMY!"
 "Mak! Ya Allah!!!!!!" saya baling baju di tangan dan memegang kepala paip.
 "Hah! Hahahahahahaha!" Kak A gelak!
 "Kak A!!!! Tekejut kita!!! Jahat la!!!" saya menjerit marah bercampur malu.
 " Dah...Jom masuk, tidur. Esok boleh sambung" Kak A mengajak.
 " Alah esok nak pakai..." saya merungut
 " Emy lupa ka? Esok form 2 kan PJ...." Kak A buat muka "poyo". Ya.. dia ni poyo sikit tapi baik.
 "Oh. Ha'ah lupa pula. Ok lah jom masuk." saya masuk dorm bersama kak A.


Saya pun baring dia atas katil. Sahabat sebelah katil saya sudah tidur. Tidur Mati! Tiba-tiba Kak A datang.
 "Emy, Akak bukan tak bagi Emy basuh baju, tapi...." Kak A diam.
 "Kenapa kak?" tanya saya sambil membetulkan selimut.
 " Jangan takut tau!" kak A memberi peringatan. Dan saya angguk.
 "Tadi akak nampak "makhluk" tu dekat paip yang hujung sekali. Masa akak cuci muka tadi "makhluk" tu dekat tempat lain. Akak ingat dia tak kacau Emy, jadi akak cuma bagi peringatan saja. Rupanya...dia ke situ...sebab tu lah akak suruh Emy berhenti basuh tadi" terang Kak A panjang lebar.

 Selepas itu Kak A pun ke katilnya selepas dia berpesan untuk membaca Surah 3 Qul dan Ayat Kursi serta mengucapkan selamat malam.
Saya terus buat apa yang dipesan kak A. Badan saya dah berpeluh-peluh. Mulut saya kumat-kamit membaca surah. Tangan saya tergetar-getar sambil menadah tangan membaca doa. Saya terus tidur dan lena......Alhamdulillah tak mimipi apa-apa. Bangun pun awal....



Okay. Mungkin ada ada jawapan mengenai soalan yang atas sekali itu.... Tapi.....tengok dululah.....



Sekian, Wassalam.....(yang benar EMy99)

Selasa, Ogos 02, 2011

Jeng jeng jeng.....ini dia


Emy ada buat post kat sini , sekarang emy nak bagi tahu apa dia. Sebelum tu buka sini dulu. Tu lah, Emy antara yang di pilih untuk menulis kat situ.....tapi sebenarnya banyak salah ejaan.....Kak Atiqah dan Tok Rimau dah betulkan.

Sekarang Emy dah dapat buku tu,dan Emy kena jual satu RM15. Siapa-siapa yang nak boleh email kat Emy......tapi rasanya lambatlah sikit sebab sekarang tengah trial UPSR,mestilah Emak tak bagi emy sebok dengan benda ni............

Sabtu, Julai 09, 2011

Debaran.....?

Hati Emy semakin berdebar -debar. Kenapa ya? Kerana menunggu ini:


Apakah bendanya ini? Nantikan kemunculannya........