Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 21, 2017

kawan lelaki

Kadang kawan ni susah jugak la, lagi lagi lain gander ni. Senang cakap aku kurang percaya lelaki kecuali ABAH je (even my brothers) yang aku percaya.

Okey, aku bagitau sikit je. Dia dulu ok orangnya. Nakal budak laki lah. But one day dia melakukan jenayah terhadap kawan aku (p/s: bukan gangguan gander). Something with stealing something.

Since that, aku marah gila dgn dia. HAHA, macam biasa overreact aku. Aku block number dia, insta dia dll yg kena mengena dgn dia. (gaya macam putus cinta). Aku marah sbb benda yg dia buat tu tak munasabah. Bila tanya tak nak mengaku, menipu lebih gila.

Gila aku tak marah.

Sampai satu masa, dia dh menyesal. Dia senyap tak buat apa2.

Next year, tetiba kitorang jadi kawan balik. Aku dh takde problem nak gurau dgn dia. Macam dah lupa jenayah dia dulu.

Tapi aku rasa, dia masih lagi terasa dengan aku. Sbb ada masa dia tunjuk yang dia tak suka aku lepak ramai2 dgn dia, chat kat whatsapp group. Aku nampak.

Salah aku jugak. Aku tak pernah mintak maaf kat dia sbb over pasal benda lepas tu. Padahal dia mintak maaf kat satu kelas.

Haih. Entah la, aku tak tau nak buat apa. Selagi dia tak cakap betul2 tak selesa berkawan dengan aku, aku kawan je lah dgn dia.

Selasa, Ogos 25, 2015

Bila diri dah kena

macam aku cakap sebelum ni, orang kenal aku sebab aku ni cepat merajuk, pemarah dan cepat sentap.

Mak kata " Orang yang cepat merajuk ni, kawan kawan dia tak suka. Diorang tak selasa bila ada kawan yang cepat sentap ni. Mengengkelkan"

Aku fikir tu pandangan mak semata mata tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri...

Memang annoying gila ada kawan yang cepat sentap ni! Fikir kita nak pujuk dia? fikir dia istimewa sangat nak dipohon kemaafan? Tolonglah! Benda kecik je pun! Annoying tahap dewa abadi!

so, sekarang aku dah faham macam mana perasdaan orang yang ada kawan yang mudah sentap.

aku muhasabah diri (ececeh):

"Jangan Cepat Sentap, Merajuk dan Sensetif Sebab Orang Tak Suka. Nanti Orang Rasa Meluat dan nanti Orang Benci"  

Khamis, Ogos 20, 2015

Kifarah Manusia

Aku bising dengan dia dalam kelas. Tapi kitorang bising sendiri dengarlah bukan satu kelas. Lepas dah stop bising bising tu, ada orang lain bising.

Kitorang berjiwa berguaru ni pun dapat idea nak kacau orang. Aku dengan dia pun “shhhh”kan diorang. Diorang perasan yang kami gurau diorang pun buat lagi bising. Pastu adalah sahabat yang selalu serius ni marah kami yang me”shhhhh”kan orang lain.
“Tak baiklah! Tadi kau bising jugak” sebab aku dah masak sikit dengan sentapan-sentapan dari beliau, aku pun diam dan sambung buat tarikh islam.

Yang kawan aku ni… sensetif (bukan aku yang cakap, dia sendiri mengaku diri dia sensetif) jadi dia sentap gegila tahap gaban lah.

Maka dia pun “berzikir”. Dan “zikiran” nya itu sungguh “indah” belaka. Yang si sahabat yang Serius tu pun sentap jugak. Semua sentap sentap belaka!
Kawan sensetif aku tu punyalah maki hamunan dia, perli dia macam budak serius tu taka da hati, perut, usus dan perasaan (hebat juga dia punya maki). Tapi si budak serius tu dah masak dengan perangai si sensetif ni. Jadi dia buat bodoh je.
Itu baru mukaddimah.

Cerita selanjutnya…

Maka kelas kami pun ke kantin, bukan nak makan tapi ustazah nak mengajar di situ sebab kelas kami paling hujung di dunia. Maka kami pun segerombolan ke kantin. Kami kat kantin sampai balik. Dan bila balik kelas…
Si sensetif baru perasan yang dia tertinggal purse bawah meja. Dia pun gopoh gapah bukak purse and…

A Hundred Hilang.

Kabut gila dia dan aku tumpeng kabut sebab purse aku jugak bawah meja (aku wanita yang memerlukan purse juga). Dan SYUKUR ALHAMDULILLAH, none of my money hilang. But, kesian jugaklah kat kawan ni. Diorang pun siasat dari segi pemerhatian dan kasimpulan.

Last conclusion yang dibuat, suspek budak lelaki kelas aku.

Aku sebenarnya nak buat conclusion lain.
“Jangan Cepat Sangat Benci Dengan Orang Kalau Dah Rasa Diri Salah, Better Mengaku. Kau Maki Dia, Of Course Dia Rasa Sakit Hati Dan Dia Teraniaya. Dan Doa Orang Teraniaya Ni Selalu Dimakbulkan. Mana Tahu Dia Doakan Something Kat Kau Sebab Maki-Maki Dia Dan Doa Dia Diterima Allah. Dan Kau Yang Kena Balanya.”


Rabu, Ogos 19, 2015

Exam

Exam

Untuk pengetahuan kau aku batch pertama jadi experiment PT3.

Kabut gila bila dapat format PT3 masa pertengahan bulan 7. Sekolah aku lambat sebab pedalam. Nak diingatkan balik, pergh! Tak nak ingatlah.

Dan keputusan keluar bulan Dis. Keputusan aku tak teruk dan tak hebat sangat. Oh ye, PT3 ada 11 Subjek.  dan PMR cuma 9. Jadi kau bayangkan nak score straight 11 A tu macam mana?!

Dan aku tak pindah sekolah baru, masih setia kat sekolah ni.

Tapi tu exam last year. Exam this year! Ada exam jugak ke form 4?

Aku ambil S.M.A. (Sijil Menengah Agama).

Agak  stress jugaklah. (sangat) sebab exam ni banyak guna memory card dalam kepala ni. Bayangkan, nak save kat kepala  98 GB tapi memory card 23 GB je. Rosak kepala aku!

Tapi, try lah. Kalau lulus ye ALHAMDULILLAH dan kalau gagal ye INNALILLAH...

so, i hope pray for me eh!

Isnin, April 06, 2015

kawan

kadang kadang kita sendiri tak sedar yang kita ni ada kawan. kita cakap yang kita ni tak ada kawan, kita sunyi , tak tempat nak luah kan perasaan. tapi sebenarnya kita ada kawan. cuba kau ingat balik, siapa yang selalu tolong kau bila susah?

tak pe kita tinggal kan definisi itu.

baru-baru ni aku ada gaduh dengan kawan aku ni (biasalah wanita). tapi masing-masing tak mintak maaf (aku pun sama tapi aku ada niat cuma tak terbuat). so aku diamkan je. lebih 2 hari jugaklah. tapi aku tegur dia sendiri, dan teguran aku tu boleh kata kelakar dan dia ketawa...

so, lepastu kami lupa pasal sebab kami gaduh dan terus kawan.

dah tu je nak cite..

Isnin, Mac 09, 2015

Bulatan setengah Gumbira

Hari tu baca blog bihah


Dia cerita pasal kumpulan usrah beliau. Beliau jadi naqibah. samalah macam aku. Sebab Bihah cerita pasal usrah dia, maka aku pun nak story telling pasal usrah aku "terchenta" ni.

Murabbiah aku Ustazah Rita (beliau guru bahasa arab). ahli usrah aku pulak, semua budak form 1. peh peh... lepastu form 1 kelas first pulak tu. peh peh! dan semua budak serama pulak tu! peh segala peh!

nak short kan cerita, maka aku pun buat lah bulatan dengan ahli usrah aku ni. Muala-mula macam biasa, sesi ta'aruf. jujur cakap, aku memang tak ingat nama-nama mereka. Aku tanya "satu kelas kan? dah kenal masing-masing". ada yang angguk ada yang geleng. hem hem.

lepas tu aku pun cerita pasal tajuk bincangan usrah pada hari jumaat yang mulia itu. Bebudak tu khusyuk je dengar, ada yang "terlebih khusyuk" sampai pejam mata. hem hem. bila aku kata " ada soalan nak tanya?". semua geleng berzikir. hem hem

"sebab korang tak ada soalan, akak ada soalan!" terbukak mata-mata budak yang "terlebih khusyuk" tu. bulat je mata!
hem hem.

murabbiah aku pun, Alhamdulillah. kalau aku cerita samting tu tapi, cerita tu "tak sampai', ustazah tu terangkan pulak. hem hem

habis je usrah. kami salam-salam.

oh ye, aku ada tanya budak-budak tu " korang kenal akak kan? yang duduk asrama?" semua geleng. HAMPA...

sejak hari usrah tersebut, budak-budak tu dah kenal aku. jadi bila aku tengah gelak-gelak bersama sahabat-sahabat tersayang, mereka (budak-budak usrah) pandang-pandang aku. aku tak tau nak menggambarkan macam mana perasaan aku pada hari itu.

ko bayangkan, bila depan diorang aku serius gila. tapi bila aku dengan sahabat-sahabat, aku jadi kanak-kanak paling bising di dunia.

hem hem.

tu saja mahu ku cerita. selamat tinggal!


Selasa, Ogos 12, 2014

PT3 ujian mendengar bahasa malaysia

tadi ujian mendengar. budak laki sebelah kanan aku cari pasal. kertas dia terbang jatuh kat bawah meja aku. masa tu dia tengah gurau senda dengan orang sebelah dia. dia pandang depan tengok kertas dia hilang. aku kutip kertas tu. tapi dia marah.

"ini sebab kau lah ni!"

dia marah kuat, semua pandang aku.

"apahal aku pulak! dia yang tak pandai jaga kertas nak salahkan aku pulak!"

tapi aku tak cakap macam tulah. aku diam je dan bagi kertas yang aku kutip tu kat dia.
aku bengang...

Isnin, Ogos 11, 2014

PT3 Ujian Mendengar

hari ni masuk dewan untuk ujian pt3 mendengar bm dan bi esok dan lusa. kita orang duduk ikut angka giliran. tempat duduk aku memang bala. tempat duduk aku panas jauh dari kipas. kaki meja aku rosak jadi meja akan bergerak-gerak. orang sebelah kanan aku lelaki. budak lelaki yang paling bising dalam kelas dekat dengan tempat duduk aku.

!!!!INI SEMUA BALA!!!

Jumaat, Ogos 08, 2014

jamuan raya sekolah

tadi ada jamuan aku tangkap banyak gambar. nak tengok? follow insta meh...

Insta: alif_ya_mim_ya

Khamis, Ogos 07, 2014

Baju Raya

esok ada jamuan raya kat sekolah, boleh pakai baju raya tapi kena pakai kasut sekolah. tudung mesti kena labuh.

kelas aku rancang nak seragam. pakai tudung sekolah, baju sekolah, kain pulak hitam. budak laki nak pakai baju hijau.

aku tak nak pakai baju seragam tu sebab tudung aku berlubang. semalam aku guna cutter nak potong kertas ber laminate. tanpa aku sedar, aku terpotong tudung aku sekali.

so, esok aku pakai baju raya. tapi aku tak sokong bab pakai kasut sekolah tu.

Selasa, Ogos 05, 2014

Sukan Mini

tahun sampb tak buat sukan sebab tak ada bajet.

tukar dengan sukan mini. aku tak ambil bahagian dan aku tak sorak sebab aku lepak kat ict.

sejuk. tapi cikgu bagi aku kerja. siapkan id frog parents.

HOMEWORK

kerja sekolah aku dah siap.

cikgu sarimah suruh buat bahagian c latihan pt3.

okey, tu je aku nak share.

Tak Datang

hari ni dia tak datang.

wohooo!

Ahad, Ogos 03, 2014

Ahad, Mei 05, 2013

.....Makhluk Allah yang Ghaib......

Salam.

 Mana yang terbaik untuk saya?

Keluar asrama dan duduk rumah......atau..... just live at my "lovely" hostel and just back home once in three weeks! Imagine... it to horrible!

 Okay... If I'm ask to my mother about this, she will say "Istikharah dulu...." with her normal face.
Alright. Disebabkan saya nak menjadi anak yang solehah saya akur dengan mak saya. Tapi masalahnya, kalau di asrama saya tak tau bila masa yang sesuai untuk solat istikharah tu.

 Pukul 5.00 pagi saya bangun dan mandi serta solat subuh. At night, I must sleep at 11.30 pm. 

Lagipun saya seram sejuk sikit nak bangun pukul 3 atau 4 pagi. Sebab dorm saya tu berha*t* sikit. Takut-takut 'ter'nampak hantu makluk yang tidak diingini, tak dapat tidur saya!

 Hem.. cakap pasal hantu makhluk tidak diigini ni.... Saya ada kisah mengenainya. Let me tell you this story....



Pada suatu malam yang gelap dan pekat (lebih kurang pukul 11.45), saya sedang membasuh baju sekolah dan baju kurung bewarna hijau.(ya saya tahu patutnya saya masuk tidur tetapi baju sekolah itu akan dipakai esok). Tiba-tiba...!


  "Emy basuh baju sensorang ke?" tanya Kak A. Dia pelajar tingkatan 5 senior saya.
  "Tak lah. Emy basuh baju ramai-ramai. Kenapa?" tanya saya selamba. Hei celopar mulut saya ni.
  "Ei Emy ni. Nanti akak cakap Emy basuh baju dengan sapa, lari pula..." Kakak A menjawab. Die pergi ke paip bersebelahan dengan saya. Dia mencuci muka dan memberus gigi. Bagus! Berus gigi sebelum tidur sanagt bagus!!!
 Kak A bersuara lagi sambil dia menggosok mukanya dengan pencuci muka "Emy cepat sikit basuh baju. Dah lewat ni....bahaya.". Saya cuma diam....

  Selesai Kak A melakukan aktivitinya, dia masuk ke dalam dorm. Tiba-tiba saya terfikir ayat Kak A tadi."Emy cepat sikit basuh baju. Dah lewat ni....bahaya." ..... Terimbas seketika cerita  yang pernah diceritakan oleh sahabat saya .

   "Emy kau tahu, Kak A tu dia boleh nampak hantu benda tu.. Sebab hari tu aku dengan F nak naik bangunan kelas tingkatan 2, tapi Kak A halang. Dia cakap ada sesuatu tunggu di atas, selepas itu dia menyuruh kami beredar. Kemudian Kak A memanggil Kak M (salah seorang kakak senior tingkatan 5 yang mahir dalam bab hantu makhluk itu.) Selepas beberapa minit baru kami diizinkan untuk naik."

Okay. Saya faham.... saya melihat jam di tangan. 12.19 minit malam. Bulu tengkuk saya rasa semacam.

 "EMY!"
 "Mak! Ya Allah!!!!!!" saya baling baju di tangan dan memegang kepala paip.
 "Hah! Hahahahahahaha!" Kak A gelak!
 "Kak A!!!! Tekejut kita!!! Jahat la!!!" saya menjerit marah bercampur malu.
 " Dah...Jom masuk, tidur. Esok boleh sambung" Kak A mengajak.
 " Alah esok nak pakai..." saya merungut
 " Emy lupa ka? Esok form 2 kan PJ...." Kak A buat muka "poyo". Ya.. dia ni poyo sikit tapi baik.
 "Oh. Ha'ah lupa pula. Ok lah jom masuk." saya masuk dorm bersama kak A.


Saya pun baring dia atas katil. Sahabat sebelah katil saya sudah tidur. Tidur Mati! Tiba-tiba Kak A datang.
 "Emy, Akak bukan tak bagi Emy basuh baju, tapi...." Kak A diam.
 "Kenapa kak?" tanya saya sambil membetulkan selimut.
 " Jangan takut tau!" kak A memberi peringatan. Dan saya angguk.
 "Tadi akak nampak "makhluk" tu dekat paip yang hujung sekali. Masa akak cuci muka tadi "makhluk" tu dekat tempat lain. Akak ingat dia tak kacau Emy, jadi akak cuma bagi peringatan saja. Rupanya...dia ke situ...sebab tu lah akak suruh Emy berhenti basuh tadi" terang Kak A panjang lebar.

 Selepas itu Kak A pun ke katilnya selepas dia berpesan untuk membaca Surah 3 Qul dan Ayat Kursi serta mengucapkan selamat malam.
Saya terus buat apa yang dipesan kak A. Badan saya dah berpeluh-peluh. Mulut saya kumat-kamit membaca surah. Tangan saya tergetar-getar sambil menadah tangan membaca doa. Saya terus tidur dan lena......Alhamdulillah tak mimipi apa-apa. Bangun pun awal....



Okay. Mungkin ada ada jawapan mengenai soalan yang atas sekali itu.... Tapi.....tengok dululah.....



Sekian, Wassalam.....(yang benar EMy99)

Sabtu, Mac 10, 2012

...

Wah lame Emy tak buka blog.Nak tau ape sebabnye.... Emy kan dah Sekolah Menengah, jadi Emy masuk Asrama lah. Hidup Emy kat asrama pun Emy tak tau nak cerite macam mane. Rupenye Emy baru tau susah sikit duduk kat Asrama ni. Yang Emy tak tahan dengan pelajaran. Ramai orang cakap duduk asrama ni bagus, pelajaran semua nanti okey. Ye la tau. Last-last B. Arab satu pun tak masuk kat otak Emy sbb tak boleh fokus. Yela, tidur pukul 11.30 bangun pukul 4. Mane tak ngatuk mase belajar. Dah berape kali dah Emy tertidur mase belajar. Selain tu masalah kawan, semue taukan Emy duduk kampung. Lepastu budak asrama ramai budak bandar. Jadi Emy tak nagm la dengan diorang, lepas tu ade sorang budak ni cakap Emy ni macam budak kampung. Mane tak sakit hati! Memang bnyak betul masalah Emy kat asrama tapi ni je yang Emy boleh cerita. Assalamualaikum.




Sekolah Agama Menenagh Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor

Selasa, Julai 19, 2011

Sampai Hati.....

Hari ini perkataan 1/2 menyakitkan hati Emy.Itu sebab Fazlin, dia tak heti-henti menyakitkan hati Emy.

Tadi kat sekolah petang ada quiz, Shafie,Azizi,Azreen dan Rohaizat lelaki dalam kumpulan Emy. Lepas tu ,kalau diorang tak tau jawapan diorang mesti tanya Emy. Tiba-tiba Fazlin duduk kat belakang Emy. Mase tu Emy bukak buku tulis, walhal langsung tak ade jawapan dalam buku tu.Fazlin tetiba cakap "Eleh korang ape ntah asyik tanye si Aimi tuje! Dahla die pon tengok buku!" saje je die cakap kuat-kuat sebab nak sakitkan hati Emy. Emy pun kemaslah buku masuk dalam bag. Emy pon jawab" Sakitnye hati mendengar kata-katanya!". Tetiba ustazah panggil 'dia' untuk jawab soalan.Emy pon cakap "Tau pon blah" Emy cakap perlahan tapi rupenye die dengar.Ape lagi die pon bagitaulah geng Wanna Baby die tu.

Lepas habis quiz kumpulan Fazlin menang.Lepastu kami solat Asar. Emy pergi cepat sebab Emy malas nak tengok die punye muke. Mase Emy solat Asar (bersendirian) die masuk masjid dengan geng Wanna Baby dan cakap" 1/2,1/2 asyik tolong Shafie jawab aje!". Lepas diorang keluar ambil wuduk Emy tak boleh tahan perit di dada Emy ,Emy terduduk dan menagis.










Mase balek Emy lapor kat mak dan mak kate"Fazlin tu dah sakit hati sebab Emy tolong budak laki, die cumburu,jadi die pon sakitkanlah hati Emy" Mak kate macam tu.


Kenape die cemburu kat Emy? Dan selalu sakitkan hati Emy?

Sabtu, November 06, 2010

Do you have a facebook?



Hari tu masa sekolah petang,
tiba-tiba seorang budak panggil Emy

"Emy,ustazah nak jumpa"
"Kenapa"
"Entah mana aku tau,buat salahlah tu"

Semua budak-budak lain mengejek-ejek Emy.Sakit betul hati Emy.

"Hui hui hui,kena panggil ustazah,mesti buat salah ni"Dia orang mengejek-ngejak menyakitkan hati Emy.Emy rasa muka dia orang tu macam muka toyol.Emy pun sangat suspen sebab minggu lepas ustazah ni baru lempang seorang budak perempuan kelas Emy. Tapi budak tu langgar disiplin. Dia balik masa sekolah kata mak dia suruh balik ada urusan keluarga. Rupanya dia naik motor dengan seorang budak lelaki yang dah tak bersekolah,pakwe dialah tu. Ustazah nampak,dan panggil masuk pejabat. Ustazah dan beberapa ustazah lain siasat,dia menjawab sesuatu,ustazah yang panggil Emy ni geram,dia bagi pelempang sekali.

Bila kata ustazah itu nak panggil Emy,jiwa Emy berdebar sangat.Rasa-rasa Emy tak pernah baut salahpun.

Sampai pejabat,

"Assalamualaikum,ustazah panggil saya ke"

"Waalaikumsalam,Hah Emy mari sekejap,Emy pandai buat facebook ye? ajar ustazah boleh?"

Jiwa Emy cair,huh huh nak mintak ajar buat face book rupanya,ialah ustazah tu ada broadbandlah katakan.

"Ustazah dan ada emilke?" Emy tanya.

"Belum,camana nak buat email?"

Emypun ajarlah,ustazahtupun dah ada facebook.Dia kata dia nak buat facebook sebab anak-anak dia semua ada facebook,jadi dia nak tengok anak dia.Siap dia add Emy.



Harap harap janganlah dia mengajarpun bukak facebook.he he he sorry ustazah.

Ahad, Mei 02, 2010

Senyum itu sedekah

Muka emy ni kata mak suka masam,tapi minggu ni Emy tak boleh masam asyik-asyik nak ter senyum je..........nak tahu kenapa?.......sebenaranya kelas Emy menang keceriaan kelas minggu ni,tak sangka betul....yang paling suka mestilah teacher kita orang sebab dia guru kelas kami. Kita orang bergotong royong cantikakn kelas,minggu sebelumnya dapat nombor last sekali....malu betul....tak tahu lah minggu depan ni...kalau kalah sorry teacher...

Gambar kat bawah ni kelas Emylah,gambarnuya dapat dari FB teacher