Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Isnin, Disember 14, 2009

Cuti-cuti Malaysia..........

Emy nak cerita masa Emy pergi Cameron.Kita orang bertolak pukul 8.30.Masa lepas Kuala Woh Emy rasa lain macam je,tapi Emy diam,Bila mak kata "Emy kita nak pegi Cameron ni untuk apa?" "Emy kata Emy tak boleh fikirlah mak,kepala Emy rasa lainje","Emy mabuk ke" "Taklah" lepas tu Emy tak boleh tahan,Mak suruh abah berhenti tepi jalan yang selamat Emy muntah.Lepas tu Abah basuhkan muka Emy. Lepas tu Emak duduk belakang,peluk Emy,Emy rasa lega,lepas tu tidur.



Abah bawak kita orang tidur di homestay,tempatnya di kaki Gunung Brincang,kat kebun sayur,kalau kita duduk depan rumah kita nampak kebun sayur.Homestaynya ada 4 buah bilik,Emak,Kak Miza dan Wak Om masak,sedap betul,malamnya sejuk sangat.


Dah kemas barang kita orang pergi Stesyen Mardi,di Tanah Rata,kena bayar RM3 seorang,
Abah bergambar depan pejabat Mardi,nampak tak tempreture kat atas abah tu?


Kat Stesyen mardi tu macam-macam tumbuhan ada,ni Emy dengan budak-budak comel kat pokok epal,tapi tak boleh petik,dia orang buat experiment je



Ni abah ngan Abang Aiman kat tumbuhan karnivor kat Cactus Vely


Emak beli pokok halau nyamuk,lepas ni rumah Emy tak ada nyamuk.



Cak,Emy main sorok-sorok kat ladang teh



Tengoklah Emy.Emy rasa Emy ngan abah dah nak sama tinggi



Kita orang check Out pukul 12.00,lepas tu singga-singgah Shoping,balik Emy dah tak mabuk sebab Emy naik Avanza abang Ajik,Emy tidur je sampailah behenti kat Masjid Kampar,lepas solat makan,habiskan makanan.Sampai rumah pukul 5.50.

Sekian sahaja jumpa lagi

6 ulasan:

  1. best nya emy g jalan2 :)

    BalasPadam
  2. ee bestnye...bolehlah ajak mak buat rombongan sekolah ke Cameron Highland tahun depan...

    BalasPadam
  3. kak ielah,bestla jugak tapi adik-beradik Emy dua orang tak ikut,Emy kurang seronok.

    BalasPadam
  4. Ustazah,Mak tak nak bawak rombongan kat Cameron,nanti ada murid muntah,mak tak sanggup cuci....leih baik cuci budak berak dari cuci muntah kata mak.

    BalasPadam
  5. Nah;)
    berkata.....
    bestnye Emy.Thanks ye dekat Emy ngan Ira sebab belikan kita souernier kat sana.Kiranya kita bolehla tambah collection key chain kite eh?He..he..he.apa2 pun kirim salam kat Ira ngan mak.Abah sekali.

    BalasPadam
  6. Ceritalah mengenai Kuala Woh

    BalasPadam