Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Ahad, Oktober 01, 2017

Me Entering Mahasiswa Life

Assalamualaikum.

Hi!

Lama sangat tak update. Apa khabar aku sekarang? Sangat baik, Alhamdulillah. Sekarang aku sudah berada di UniSZA, Terengganu. Ya, banyak aku post tentang masa depan aku yang tak cerah sebelum ini. Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan pilihan kehidupan aku setakat ini.

Kalau ikutkan aku sudah berada di UniSZA untuk 5 bulan. Dalam 5 bulan ini juga aku dah lalui banyak sangat peristiwa dan perkara yang mungkin menyeronokkan dan menyedihkan. Pengalaman pun bertambah banak. Macam orang selalu kata, pengalaman mendewasakan kita. Aku rasa sedikit dewasa sekarag walaupun aku tak legal 18 lagi.

So far, my life here is fine. Aku dah ada kawan, dan masih lagi terus berkawan dengan Ratna Sari (kawan sekolah menengah yang apply UniSZA). Kawan-kawan baru ni Alhamdulillah sangat menyenangkan aku dari segi banyak aspek. Tapi tipu lah kalau semua benda berjalan lancar tanpa gangguan.

Bercakap tentang gangguan, seperti biasa. Aku mengalami gangguan emosi. Awal sem 1 (sekarang sem 2, sem 1 ialah short sem) dulu, aku ditugaskan untuk mengendali sebuah program yang agak sukar disebabkan bilangan ahli yang sedikit dan kurang berkomunikasi. Sebenarnya ada je perbincangan antara ahli jawatankuasa, tapi... Salah aku. Mengambil jalan mudah dengan nak handle semua benda. Bila dah serabut, mula tunding jari. Hahaha, bodohnya aku masa tu. Nauzubillah

Aku juga diberi jawatan di dalam kos untuk naib pengerusi majlis. Di dalam semester pendek yang singkat itu, aku cuba wujudkan usrah antara siswi kos. Ada yang berjalan lancar, ada yang hambar dan ada yang kabut. Nak buat macam mana, aku ni kalut. Hahaha

Sem 1 tak banyak sangat pengalaman. Sebab baru berjinak dengan cara pembelajran universii yang berbeza dengan zaman sekolah. Tapi yang paling tak boleh lupa semasa hari terakhir exam, kertas akidah dan akhlak. Aku tertinggal slip peperiksaan 15 min sebelum exam bermula. Dan jarak dewa exam dari asrama mungkin mengambil masa 15-16 min. Aku patah balik ambik slip dan terus bergegas ke dewan peperiksaan yang sudah bermula. Aku lambat 10 min, tetapi nasib baik kawan aku jagalan sit aku. Kalau tak, memang meja depan la yang aku dapat. 

Dalam sem 1 ni juga, aku ditugaskan oleh kelas rep untuk buat video kos. Selain itu, aku jadi photographer kelas.

ini link video tu.

Sepanjang cuti sem 3 minggu di rumah, aku mahirkan tangan untuk melukis pada drawing tab yang abang aizat hadiahkan. Orang pertama aku lukiskan, kawan aku. Selepas itu, ramai lagi yang minta. Malangnya, aku tak reti berniaga maka aku tak tahu nak minta upah bagaimana. Sebab aku tak rasa hasil kerja aku itu bernilai, atau pun layak dijadikan jual beli.

So, itu saja pengalaman sem 1 aku. Nanti bila aku free aku ceritakan pengalam sem 2. InsyaAllah.