Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Rabu, Ogos 29, 2018

Other than study, i do...

Salam.

Hai. Sekarang aku sedang cuti semester untuk semester 4 dan berbaki 2 semester lagi untuk aku tamat belajar. Ya, sangat cepat masa berlalu dan sangat banyak aku dapat pengalaman baru dan kawan baru sepanjang semester yang aku dah lalui ini.

Sebelum ini aku ada update tentang aku rasa down to the earth sangat bila dalam kelas, and yeah the thing still go on. Aku masih lagi lambat catch up dengan learning session tambah-tambah lagi bahagian 'irab yang memang dari zaman sekolah aku fail. Well, honestly i didnt even try hard on pressure myself ino the subject sebab i really dont have any interest to drown myself into the subject (sebab aku malas, hah!) but i will try to.

Okay let not talk about that issue. Well today aku nak share story dan pengalaman aku dengan persatuan pula. Aku ada join 2 persatuan luar dan of course yang wajib 1 persatuan kos.

Untuk persatuan kos aku dapat tugas untuk jadi exco media dan publisiti which is aku sanat okay bila dah dapat jawatan itu. Akan tetapi, persatuan kos aku agak ketinggalan dengan persatuan kos-kos lain. Antara faktornya ialah persatuan kos aku tiada pelajar degree, hanya diploma. Jadi pengalaman masing-masing tak banyak untuk mebangunkan persatuan itu.

Jadi kami punya persatuan ni, tak banyak buat program dan tak ada dana untuk buat program. Aku sebagai exco media pun tak boleh nak kata apa bila exco media sebelum aku tu tak ambil cara pun dengan media persatuan sebelum itu. Tak ada guider langsung disebabkan senior sebelum tu lepas tangan tanpa ada pesanan kepada kami exco baru. So, we build up our self dengan guna pengalaman daripada persatuan lain yang kami join.

Alhamdulillah kami ada membuat beberapa program yang, tak lah meriah mana tapi agak baik dan bermanfaat kepada orang. Sekarang, tampuk pemerintahan sudah bertukar, kami yang exco dah naik jadi majlis tertinggi disebabkan senior dah tamat belajar. Semasa proses pemilihan jawatan tertinggi, aku tarik diri sebab aku dah tak mampu nak teruskan. Tapi, aku ada rasa seronok bila pegang tugas dekat persatuan ni sebab media dia baru membangun, so i can create banyak gila benda baru yang persatuan takada which is sangat memberi aku pengalaman baru cara handle media persatuan.
Program Liqa' Mahabbah Mentor Mentee ( as AJK Media)

Program Sunnah Week (as AJK Media) *meet 'Aqilah Muslim who is my classmate and Exco Helwanis

Program Family Day SEJAHTERA ( as AJK Media again!)

Program Tautan Mahbbah (as AJK Persiapan Tempat) * i request for them to point at me ahahaha


Dan untuk persatuan luar, aku ada join 2 persatuan. Persatuan yang berkaitan dengan seni (aku join sebab dia ada media) dengan persatuan kesukarelawanan. Aku join dedua ni sebabkan Ratna ajak (kawan sekolah dulu).

Bila aku masuk persatuan seni itu, aku dapat culture shock yang teramat. Sebab memang sangat sosial ahli-ahli persatuan itu, well sebab diorang budak tari, puisi. Memang boleh expect la cara pergaulan diorang aku tak pernah jumpa dan alami. Aku jujur aku triggered. Dan rupanya dalam persatuan itu, bahagian media tidak pun di And then aku tarik diri.

Dan persatuan sukarelawan ni lah yang paling special untuk aku sebab persatuan ni paling membntuk aku punya identiti dan pengalaman yang sangat sangat banyak. (im so so excited to tell you here!)

Nama persatuan ini, Pertubuhan Sukarelawan Siswa singkatan PERSIS. Persatuan ni anatara yang sangat aktif di universiti aku. Orang sebut je, dah boleh kenal dan tahu. Aku masuk persatuan ni pun disebabka benda yang sama, Ratna yang ajak sebab kakak ratna masuk persatuan tu. Masa awal-awal aku nak daftar memang aku tak semangat sangat, nasib baik dia terima borang obline so that aku tak perlu keluar sibuk-sibuk hantar borang (see, pemalsnya aku!)

Bila dah hantar borang nama aakn dikeluarkan short list untuk interview, bukan biasa-biasa tau persatuan ni. Nak masuk je dah kena iv! Dan nasib baik, iv tu dapat berjalan dengan baik untuk aku dan Ratna. Tujuan iv itu adalah sebab persatuan ini ahli dia akan dipecahkan mengikut kluster, dan kluster yang ada ialah:

- Kluster Pembangunan Sosial
- Kluster Pendidikan dan Inovasi
- Kluster Krisis Sosial
- Kluster Agribio

Ratna pilih kluster krisis sosial, tapi aku tak pilih mana-mana kluster tu. Aku attempt Unit Media dan Komunikasi Korperat, unit ni agak special daripada kluster-kluster sebab dia macam skuad khas untuk kendalikan media PERSIS. Mula-mula aku tak confident sangat dengan kemahiran yang aku ada tapi Alhamdulillah bila result keluar, aku dan Ratna dapat kluster dan unit yang kami attempt.

But, aku memang dah set awal-awal yang aku takkan jadi ahli aktif persatuan tu disebabkan aku memang tak ada niat untuk bangun dalam persatuan tu. Sampaikan program pertama yang dibuatkan khas untuk ahli baru pun aku tak pergi!

Dan aku baru tahu juga msa tu yang unit media ni ialah special force yang ahli nya dilimitkan kepada orang-orang tertentu. Disebabkan di kampus aku tiada unit media yang aktif, bila ketua kami ajak buat meeting di kampus dia di Besut kami tak dapat hadir. Kiranya memang tak diperlukanlah kami yang di kampus Gong Badak, plusunit media kampus Besut lagi ramai dan pakar daripada kampus Gong Badak yang tiada fakulti komputer macam di Besut.

Tapi, sampailah suatu hari, ketua unit media buat competition poster untuk ka mi ahli unit medi dan aku pun why not aku join sebab dia tak perlu tenaga lebih daropada aku turun padang (hahahha), dan aku hantar poster aku pada ketua unit and he choose my poster as hebahan program. Dari situ he start tu encourage me untuk aktif dalam media Persis. Kemudian Persis ada buat minggu mural sempena minggu kesukarelawanan negara yang aku join for the first time sebab Ratna ajak tapi aku dan Ratna tak dapat masuk team yang sama, kami buat mural di sekolah yang berbeza. Dan masa itu baru aku kenal siapa ketua unit aku dan ahli Persis yang lain.

Persis buat program ramah mesra bersama ahli which is golongan MT dan atasan aku buat sesi kenal-kenalan lebih rapat dengan ahli lain dan dia buat kat kedua-dua kampus secara serentak. Dan disebabkan ketua unit aku dah kenal aku, dia mintak aku bertugas untuk sesi di Gong Badak.

Jadi aku pun bertugas sebagai photographer untuk sesi bermah mesra itu, dan ketua unit kata tahniah sebab hasil work aku boleh dikatakan baik. Dan start daripada itu, kalau ada event Persis di Gong Badak aku kena turun as unit media Gong Badak. Till one day, ada majlis watikah perlantikan yang aku kena on duty. Untuk majlis tu, semua ahli akan dapat sijil yang diwakilkan kepada individu tertentu dan aku sangat terkejut bila nama aku jadi wakil untuk ambil siil unit media padahal aku tengah bertugas tangkap gambar masa itu! Seriously aku flustered gila dan aku dengan suara ketua unit aku gelakkan aku sebab aku buat muka masa naik pentas. He know im not ready at all!

Dan habis je majlis itu, suddenly he make an announce dekat group whatsapp media that aku dilantik as timbalan media. Aku pun like, whattttt! Aku baru je nak jadi ahli tak aktif tiba dapat jawatan tibalan media! And actually function utama aku dilantik adalah aku akan mengurus unit media di Gong badak disebakan kan ketua aku tak boleh nak ambil cara kami di sini berbanding di Besut kampus beliau. So aku faham kan jelah tujuan beliau.

And then Persis buat program pergi Indonesia, siapa yang nak join kena interview (limit 15 orang sahaja). Aku dan Ratna memang tak ada interest langsung nak follow, dan syarat penyertaan pun kami tak menepati  jadi macam membazirlah kalau aku pergi iv tapi tak dapat (plus aku malas ahahaha)

Tapi! Ketua unit aku suruh aku pergi, dia suruh aku try (dia cakap depan-depan) dan aku dah terjanji yang aku akan pergi iv tu dengan Ratna. Tapi aku buat tak heran sampai aku lupa tarikh iv tu dan tiba Ratna pm whatsapp kata dah siap isi borang ke belum, malam tu iv, maghrib tu jugak aku baru isi borang tanpa sempat aku mandi petang aku terus pergi iv. Serius sakai masa tu! Dan kami dapat buat sesi iv dengan baik, kita jawapan masing-masing masih releven dengan soalan lah. Dan dia akan announce pada hari yang lain. Aku dengan Ratna tanak letak harapan tinggi akan dapat sebab kami kena tanggung kos belanja kami sendiri dalam RM400. Memang tak lah aku dengan Ratna nak dapat benda tu. Dan aku dah tak ambil kisah sampailah tiba-tiba suatu hari kawan aku (dia Persis jugak) pm aku kata "Tahniah, bla bla bla bla". Aku macam pelik, dah kenapa ni?

Rupanya aku terpilih untuk ikut misi ke indonesia. Aku macam.. Wow! Dan mak abah tak larang aku untuk pergi bila aku tanya diorang. Dan aku macam... Aduh. Agak tertekan jugak. (ni aku akan teruskan cerita pada entry lain yang aku buat khas untuk program ni, InshaAllah!)

Dan bila habis program Indonesia, nama jadi selalu naik untuk next-next program. Lagi bertambah harey bila aku as timbalan Media kena ganti tempat diorang ahli media gong badak if diorang tak dapat turun program. Serius weh sedih dan penat sangat masa tu. Dalam bulam April lepas, adalah bulan paling sibuk dalam hidup aku bila setiap hujung minggu dalam bulan tu aku ada program ke luar uni. Masa tu tahap stress aku memang sakit sangat sebab April adalah bulan submit assignment. Aku memang try hard gila nak seimbang ataupun cuba lebihkan kat assignment tapi jujur aku tak mampu

Aku breakdown gila masa tu. Tapi syukur Alhamdulillah Allaah kurniakan aku sahabat-sahabat kosmet yang baik dan memahami, diorang banyak tolong aku deri segi nota yang tertinggal. Syukur sanagt, dan untuk program aku dah boleh serahkan kepada anak buah aku dengan baik. Thanks God sangat!
My first poster yang aku submit pada ketua unit media

Program Mural (dan ni hasil yang aku buat yang lain orang lain sambung ahaha)

Program Santai (first duty as photographer for PERSIS)

Progam Ekspedisi Fua Tempurung (me as AJK Media)
Watikah Perlantikan yang sangat flustered!


Misi Medan Indonesia (as Unit Media)

Misi Medan Indonesia (as Unit Media)

Program Back to Nature di Semanggol Perak (as Unit Media)

Program Kepimpinan (as Unit Media juga)

Program Jalinan Kasih Siswa (as unit Media) *program ni Ratna jadi pemgarah program! I'm so proud of her!

Program Kepimpinn (As AJK Makanan dengan Ratna!)

Well yeah, bila aku dah alami semua benda tu dia jadi lesson life pada diri aku. Aku belajar banyak benda macam, i should do work quickly jagan tangguh tangguh, utamakan belajar, bergantung pada Tuhan.  Memang tak nafi, aku ada rasa terharu bila aku dapat belajar semua benda ni dalam usia aku yang tak capai 20 tahun! Memang it make me to be matured with life. And I really really thankful to my friends (esp Ratna Sari!) , classmate (SEJATI 17/18), housemate (F3-1), SEJAHTERA (nama persatuan kos) dan of course orang-orang kuat PERSIS dan last but not least ketua unit media aku yang paling power dan hormat gila Amir Fitri! (mungkin aku akan buat appreciation post kot untuk dia because he to damn awesome, idolized gila!)

So yeah, that my story.