Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Selasa, November 18, 2014

Buku Fixi

assalam! apa kabo?! sihat?!

aku tengah teruja tahap gaban ni! aku baru lepas shopping online! aku beli buku fixi.

selama ni aku selalu tengok sorang kawan aku ni (bihah) selalu beli/baca/bawa etc. buku fixi ni.

maka aku pun terniat nak beli buku fixi ni. dan alhamdulillah, setelah ku melakukan sesi pujuk memujuk pada mak. mak pun okey. tapi, macam biasa kena ada balasannya. jadi aku setuju nak company nenek aku seminggu kat kampung.

aku okey je (kot?). maka aku pun dengan gembira tak terhingga beli 7 buah buku weh! Sekali beli je! Banyak tak?

Kebanyakkan buku yang aku pilih buku genre seram tapi ada 1 buku ni aku pilih genre politik (bangga). ada 2 buku terjemahan. 1 buku je genre cinta. Eih! Aku juga remaja yang memerlukan novel cinta jugak tau! Tapi kalau cerita kawin paksa ni, aku tak gemar sikit.

Hahahahaha (gelak gumbira gilak)

Buku fixi ni best sebab ayat dia santai. Lepastu cite dia, walaupun fiksyen/ "kotoq" sikit tapi nilai murni dia boleh buat karangan PT3 bahagian c soalan 3! (rumusan novel)

Aduh! Hiperbola pulak cerita aku ni! Tapi, korang shopping lah buku fixi.

Kalau pakai web kau carik : fixi.com.my

Kalau nak whatsapp kau amik no. ni:
0172729167

sekian!

p/s: bila buku2 ni sampai aku post gambar.adios!

Isnin, November 17, 2014

Malam

masa aku tulis post ni, jam pukul 12:14 am. It's midnight.

aku tak boleh tidur. entah kenapa mata aku tak boleh lelap. pejam boleh tapi nak pejam lama tu tak boleh. tak tau kenapa. tak pe lah. aku cuba, nanti tidurlah aku...

Sabtu, November 15, 2014

BBQ

malam tadi buat bbq kat rumah bihah. best dow! lepastu aku tidur rumah bihah, bajet-bajet buat slumber party katanya. perut penuh!

part yang tak boleh blah, masa kitorang nak buat mashed potato. masa nak buat kuah dia, kecoh satu dapur. start dari masukkan butter sampai masukkan kuah kat bekas.

kuah dia ketul-ketul sebab kitorang (bihah, aku, aida, izzati alia, bibah) masukkan tepung jagung banyak gila. kuah dia jadi pudding? kot? tapi sedap! rasa macam mashed potato kat KFC gitu.

malam pulak, perghh! bako-bako ayam dengan daging! mak bihah yang perapkan.

cakap pasal mak bihah, pergh! sporting habis. yang best nya, dia ingat nama aku! Wee~~~

okey tu ke cerita aku. Adios!

Sabtu, Ogos 23, 2014

Terobek

3 iman tahun ni dengan tahun lepas. mana yang makin handsome dan cantik?

Ahad, Ogos 17, 2014

Skip

Haha.

Dah berapa hari aku skip tak tulis blog. Sebab ape? Sebab aku tadak cita nak cite kat sini. T.T

Rabu, Ogos 13, 2014

Dia Lagi

tadi aku nak beli nasi goreng kat kantin. orang yang duduk sebelah kanan aku mintak aku amikkan telor mata. aku tanya dia.

"kau tak de telo ke?"

exo

aku bukan "kipas susah mati". aku cuma suka.. <3

Selasa, Ogos 12, 2014

PT3 ujian mendengar bahasa malaysia

tadi ujian mendengar. budak laki sebelah kanan aku cari pasal. kertas dia terbang jatuh kat bawah meja aku. masa tu dia tengah gurau senda dengan orang sebelah dia. dia pandang depan tengok kertas dia hilang. aku kutip kertas tu. tapi dia marah.

"ini sebab kau lah ni!"

dia marah kuat, semua pandang aku.

"apahal aku pulak! dia yang tak pandai jaga kertas nak salahkan aku pulak!"

tapi aku tak cakap macam tulah. aku diam je dan bagi kertas yang aku kutip tu kat dia.
aku bengang...

Isnin, Ogos 11, 2014

PT3 Ujian Mendengar

hari ni masuk dewan untuk ujian pt3 mendengar bm dan bi esok dan lusa. kita orang duduk ikut angka giliran. tempat duduk aku memang bala. tempat duduk aku panas jauh dari kipas. kaki meja aku rosak jadi meja akan bergerak-gerak. orang sebelah kanan aku lelaki. budak lelaki yang paling bising dalam kelas dekat dengan tempat duduk aku.

!!!!INI SEMUA BALA!!!

Jumaat, Ogos 08, 2014

Senyum

kalau kau perasan orang yang selfie ni suka guna senyuman yang sama pada setiap gambar nya

jamuan raya sekolah

tadi ada jamuan aku tangkap banyak gambar. nak tengok? follow insta meh...

Insta: alif_ya_mim_ya

Khamis, Ogos 07, 2014

Baju Raya

esok ada jamuan raya kat sekolah, boleh pakai baju raya tapi kena pakai kasut sekolah. tudung mesti kena labuh.

kelas aku rancang nak seragam. pakai tudung sekolah, baju sekolah, kain pulak hitam. budak laki nak pakai baju hijau.

aku tak nak pakai baju seragam tu sebab tudung aku berlubang. semalam aku guna cutter nak potong kertas ber laminate. tanpa aku sedar, aku terpotong tudung aku sekali.

so, esok aku pakai baju raya. tapi aku tak sokong bab pakai kasut sekolah tu.

Selasa, Ogos 05, 2014

Sukan Mini

tahun sampb tak buat sukan sebab tak ada bajet.

tukar dengan sukan mini. aku tak ambil bahagian dan aku tak sorak sebab aku lepak kat ict.

sejuk. tapi cikgu bagi aku kerja. siapkan id frog parents.

HOMEWORK

kerja sekolah aku dah siap.

cikgu sarimah suruh buat bahagian c latihan pt3.

okey, tu je aku nak share.

Tak Datang

hari ni dia tak datang.

wohooo!

Isnin, Ogos 04, 2014

2 Ogos

mak abah punya anniversary dah lepas. disebabkan sekarang masih bulan ogos....

HAPPY ANNIVERSARY MAK DAN ABAH YANG KE 28 TAHUN!

Jendela

kalau aku jumpa jendela kat mana-mana rumah, mesti aku nyanyi:

ADABI, MELAZATKAN~~

Ahad, Ogos 03, 2014

Jumaat, Ogos 01, 2014

RAYA 2

kuih raya...

aku mengalami kebengangan sikit dengan orang yang datang rumah, makan kuih, amik duit raya dan blah macam tu je tanpa tutup balik balang kuih tersebut. kalau kuih tu dah nak habis takpelah tapi banyak lagi. Kau tau tak kalau tak tutup balang kuih, kuih tu jadi apa?! Bukan jadi sedap tapi AMEM^!! Membazir!

Warghhhh! Aku marah! ( tukar jadi hijau)

^: lemau (I'm Javanese)

RAYA

tadi pi raya kat birthplace abah kat sungai sumun perak. Aku pergi rumah pusaka tok moyang aku. Rumah dia seriously lama. Tangga dia siap ada pintu. ( aku pun tak tau nak cerita macam mana). tingkap dia jendela. boleh buat iklan adabi!

TURKEY

aku baru tau yang aku ada sikit darah TURKEY. (bangga)

Instagram

aku bukan tak nak like post korang.

aku rasa bersalah bila nak like post korang.

aku cuma nak cakap SORRY.

Selasa, April 29, 2014

“ah sudah! Takkan lah aku tertinggal benda tu kat kelas!”
“man kenapa ni?”
“kertas math aku tertinggal kat kelas”
“hah? Habislah kau! Aku tak nak tolong kalau ko nak masuk kelas malam-malam ni”
“alah! Temankanlah aku, malam ni je! Tolonglah?”
“aku bukan apa, block d kot! Seram doh, tingkat 3 pulak tu!”
“ish! Kau tunggu aku kat bawah, aku ambil sendirilah!”
“BODOH lah! Yelah! Jom!”

(depan blok d)

“kau tunggu kejap”
“oi! Jangan lelame pulak!”
“iyelah!”

(15 minit berlalu)

“ai! mana pulak budak ni! Dah berkurun aku tunggu!cepatlah! bulu aku dah meremang ni!”

“oi! Iman! Cepatlah!”

“iman! Woi sial! Cepat lah! Bodohlah!”

“wei! Aku belah tau!.....”

(keesokan harinya)

“kenapa pula iman tak datang? Bukan dia pelajar asrama ke?”
“tak tau cikgu”
“dia balik ke?”
“ye kut”
“tak pe lah”

(bilik guru warden)

“cikgu azmi”
“ye saya”
“cikgu kenalkan pelajar asrama lelaki, nama dia Muhammad Aiman tingkatan 3 Firdaus?”
“oh ye, kenapa? Dia buat masalah ke?”
“bukan cikgu, hari ni dia tak datang maksud saya masuk kelas. Saya Tanya kawan-kawan dia, diorang tak tau kenapa. Cikgu ada izinkan dia balik ke?”
“eh? Tak ada, lagipun minggu inikan minggu balik. Mesti dia ponteng ni! Maaf cikgu sebab menyusahkan cikgu”

(Mushollah Asrama)

“mana Muhammad Aiman bin Muhammd Fauzi kelas 3 Firdaus?!”

“siapa Muhammad Aiman! Jawab!”
“mana Aiman?! F3!?”
“tak tau!”
“orang yang terakhir jumpa dia?!”
“siapa?!”
“s…sa….sa…saya……”
“nama?”
“ Wan Azhar”
“kali terakhir wak Nampak Aiman di mana?”
“ macam ni cikgu, semalam waktu prep malam, dia ajak saya temankan dia pergi kelas nak ambil kerja sekolah dia yang tertinggal kat kelas. Saya tunggu dekat bawah, dia masuk kelas sendiri, selang berapa miit macam tu, dia tak turun-turun. Saya pergi dari situ sebab… saya nak pergi tandas. Dan tu kali terakhir saya Nampak dia…”
“kelas 3 Firdaus block apa?”
“blok d cikgu”
“masyaallah…..malam ni prep dibatalkan, kita baca yassin”
“kenapa cikgu?”
“buat sajalah…”

“cikgu betul ke, ada budak hilang kat blok d lagi?”
“entahlah cikgu, saya pun masih berfikir tentang hal itu”
“penjaga murid tu dah tau ke?”
“dah, tetapi mereka nak kita yang uruskan dalam beberpa hari ini.k atanya budak  tu tengah bawah tanggungjawab sekolah. Kalu tak jumpa budak tu dia nak saman sekolah…”
“cikgu dah cari ke dekat area sekolah? Yelah mane tau budak tu “fly” ke, ponteng ke?”
“dah, dah cari sejak semalm. Tapi taka da berita langsung”
“memang makhluk tu ke yang buat?”
“saya tak berani buat andaian itu.”
“cuba cikgu minta bantuan ustaz-ustaz sekolah kita ni, mana tau mereka boleh tolong.”
“insyallah”

“sejak bila ni cikgu azmi?”
“dah 2 hari jadi ni”
“tapi cikgu pasti ke ini kerja makhluk tu?”
“entah lah ustaz…”
“hem… beginilah…saya tengok-tengok dulu. Kalau betul, insyallah saya akan tolong”
“Alhamdulillah! Terima kasih ustaz!”

“cikgu azmi, macam nil ah… aiman tu tak ke mana, ada ja di sekolah kita. Tapi…”
“kenapa ustaz?”
“ada makluk yang suka kat dia. Boleh kata dia culik budak aiman tu..”
“ya ka?”
“semalam, masa dok check block d tu saya dengaq suara dok mintak tulong, saya cariq tak jumpo. Lepahtu saya ghasa ada benda dok peghati saya. Saya ghasa tak sedap hati, saya pun keluaq daghi situ tapi saya ghasa beghat no hati ni, macam ada orang nak saya buat sesuatu.”
“jadi memang betullah aiman tu ada kat situ?’
“kemungkinan itu ada…”
“ustaz, tolong ustaz. Buat sesuatu yang boleh buat dia kembali ke sini”
“insyallah saya buleh tulong”

“assalamualaikum, pelajar asrama sekalian pada malam in kita akan berjaga hingga subuh”
“kenapa cikgu?”
“kita ada masalah sikit”
“masalah?”
“macam nil ah, sahabat kita aiman di”sorokkan” dengan makhluk halus, jadi pada malam ini dengan bantuan ustaz ridhuan dan kawan-kawannya, mereka nak bawa aiman ke dunia kita kembali, faham?”
“faham cikgu”
“sebelum itu,mana wan azhar”
“saya cikgu”
“ikut kami”

“astaghfirullahal’azim”
“awat?”
“aku rasa banyak benda akan terjadi malam ni. Aziz call kak zura dengan kawan yang lain. Mintak mereka berjaga di musholla sana. Kemungkinan effect dia boleh ke sana…”
“ya”
“wushh “keras” tempat ni…”
“hang boleh buat dok qayyum? Kalau mu tak buleh kita boleh mintak tolong haji talib”
“insyallah kita boleh buat. Cikgu azmi, tingkat berapa?”
“3 firdaus, tingkat 3”
“jom naik”

“masyallah!”
“kenapa?”
“asal qayyum”
“mereka perhatikan kita. Baca ayat kursi, wan azhar…”
“ya ustaz”
“kuat kan iman kau!”
“ya ustaz”

“ni ka kelas nya?”
“ya ustaz”

“assalamualina”

“bismillahirrahmanirrahim”

“kenapa kau culik budak tu?!”
“suka hati akulah!”
“dia bukan hak engkau! Pulangkan balik!”
“arghh!! Dia yang datang sini sendiri, buat apa aku nak pulangkan!”
“aku cakap pulangkan! Kalau tak nahas kau aku kerja kan!”
“aku takkan pulangkan!”
“okey, kalau itu pilihan kau….”

“arghhhhh!!!!”
“pulangkan budak tu!”
“tak!! Aku tak kan pulang kan! Dia hak aku!!!”
“degil!”
“arghhh!!!!!!”

“ azhar!!!! Tolong aku!!!! Ibu!!!! Ayah!!!!”
“man! Kau kat mane, man?!!”
“azhar tolong lepaskan aku!!!!”

“hoi! Aku kata lepaskan budak tu!?”
“tak!!!!!!!”

“aiman kalau kamu dengar suara ustaz kamu buat apa yang ustaz suruh! Baca ayat kursi! Ingat allah! Berdoa kepada Allah!”
“tak!!!! Jangan!!!!!!!!!!!”

“aiman!!!!!!”















Selasa, Februari 18, 2014

Adab Menjalankan Tugas

hari ini sahabat aku menerima tugas untuk membentangkan sebuah tajuk dalam pelajaran pendidikan islam. dia di tugaskan untuk membentangkan soal adab menjalankan tugas. dia disuruh membentang bersama 2 orang sahabat yang lain. (kerja dalam kumpulan). secara serkap jarang dia memilih aku. aku hanya mampum menjawab "ya". maka bertigalah kami ke hadapan.

hal pertama yang dibincangkan adalah cara kita melaksanakan tanggungjawab yang dibentang oleh ketua kumpulan aku. antaranya...

kita mestilah mulakan setiap tugasan itu dengan ucapan "Basmillah" untuk mendapat keberkatan
laksanakan tugasan itu dengan ikhlas
laksakan tugas dengan menutup aurat

aku dan sahabat yang seeorang lagi itu hanya diam berdiri di belakang si ketua. tiba-tiba ustazah menghulurkan pen marker kepada kami. aku tercengang.
 "tulis tajuk di papan putih"
aku hanya mengangguk dan mengambil pen itu. aku menulis PENDIDIKAN ISLAM. tiba-tiba terdengar gelak kecil seseorang. aku memandang pemilik suara itu. aku membuat muka pelik. dia menegur ejaan jawi ku salah. aku hanya tersenyum dan membetulakannya. sahabat aku menegur yang tulisan aku menyenget. ak tersenyum dan memeberi pen itu kepadanya tanpa menutup mata pen itu. dia menyambut tetapi sambutannya terlepas, pen itu terjatuh dan garisan panjang pen marker berada di kain hijau aku. aku terdiam. aku hanya mampu berkata...
 "kain aku"
si sahabat meminta maaf. aku hanya tersenyum. dia pun meyambung menulis di papan putih.

sesudah si ketua habis menerangkan bahagian dia. tibalah bahagian si sabat aku yang menulis tadi. dia menerang kannya dengan semangat. kadang tergelak juga dengan peneranagnnya yang merapu. tapi tidak mengapa, dia berani. dia menerangkan tentang kesan negatif jika kita tidak melaksanakan amanah dengan sempurna.

setelah itu aku menapak ke hadapan untuk menerangkan bagian aku. bahagian aku tentang sebuah kisah pelajar yang bernama 'adnan yang berjawatan sebagai pengawas. dia selau diberi tugas yang remeh oleh guru. tetapi dia tidah memandang rendah dengan tugas yang diberi itu. dia masih melaksanakn tugasnya itu dengan penuh semangat dan keikhlasan. apabila masa rehat 'adnan untuk bertukar shift dengan pengawas yang lain 'adnan mengambil kesempatan itu untuk membuat solat sunat di musholla.

setelah habis membaca kisah itu, tibalah masanya untuk aku menerangkannya. aku hanya berkata apa yang terlintas di otak dan hati aku. perkara yang aku simpan juga aku lontarkan. aku tidak tahu berapa lama aku berucap tetapi mereka senyap. aku tidak tahulah mereka senyap kerana tidur atau memebuat hal lain. selesai aku membentang aku mengundur diri.

si ketua sekali lagi membentang bahagiannya. aku hanya diam dan tuduk...

tiba-tiba sahabt di sebelah menggoyangkan bahu aku. aku mendongak, tanpa disedari rupanya pembentangan aku telah berakhir. aku kembali ke kerusi aku dan duduk dengan selesa.

Jumaat, Januari 24, 2014

DIKIR ZIKIR Ashabul Kahfi





Ashabul Kahfi

Album : Demi Masa
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com



Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabhul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan surga
Qitmir yang mulia

Bebas palestin





Bebas Palestin

Album :
Munsyid : Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
http://liriknasyid.com



Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart - Bebas Palestin

ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikan penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara

Michael Heart - We Will Not Go Down (Song for Gaza) (News Of Gaza) HD






A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight