Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Selasa, November 18, 2014

Buku Fixi

assalam! apa kabo?! sihat?!

aku tengah teruja tahap gaban ni! aku baru lepas shopping online! aku beli buku fixi.

selama ni aku selalu tengok sorang kawan aku ni (bihah) selalu beli/baca/bawa etc. buku fixi ni.

maka aku pun terniat nak beli buku fixi ni. dan alhamdulillah, setelah ku melakukan sesi pujuk memujuk pada mak. mak pun okey. tapi, macam biasa kena ada balasannya. jadi aku setuju nak company nenek aku seminggu kat kampung.

aku okey je (kot?). maka aku pun dengan gembira tak terhingga beli 7 buah buku weh! Sekali beli je! Banyak tak?

Kebanyakkan buku yang aku pilih buku genre seram tapi ada 1 buku ni aku pilih genre politik (bangga). ada 2 buku terjemahan. 1 buku je genre cinta. Eih! Aku juga remaja yang memerlukan novel cinta jugak tau! Tapi kalau cerita kawin paksa ni, aku tak gemar sikit.

Hahahahaha (gelak gumbira gilak)

Buku fixi ni best sebab ayat dia santai. Lepastu cite dia, walaupun fiksyen/ "kotoq" sikit tapi nilai murni dia boleh buat karangan PT3 bahagian c soalan 3! (rumusan novel)

Aduh! Hiperbola pulak cerita aku ni! Tapi, korang shopping lah buku fixi.

Kalau pakai web kau carik : fixi.com.my

Kalau nak whatsapp kau amik no. ni:
0172729167

sekian!

p/s: bila buku2 ni sampai aku post gambar.adios!

Isnin, November 17, 2014

Malam

masa aku tulis post ni, jam pukul 12:14 am. It's midnight.

aku tak boleh tidur. entah kenapa mata aku tak boleh lelap. pejam boleh tapi nak pejam lama tu tak boleh. tak tau kenapa. tak pe lah. aku cuba, nanti tidurlah aku...

Sabtu, November 15, 2014

BBQ

malam tadi buat bbq kat rumah bihah. best dow! lepastu aku tidur rumah bihah, bajet-bajet buat slumber party katanya. perut penuh!

part yang tak boleh blah, masa kitorang nak buat mashed potato. masa nak buat kuah dia, kecoh satu dapur. start dari masukkan butter sampai masukkan kuah kat bekas.

kuah dia ketul-ketul sebab kitorang (bihah, aku, aida, izzati alia, bibah) masukkan tepung jagung banyak gila. kuah dia jadi pudding? kot? tapi sedap! rasa macam mashed potato kat KFC gitu.

malam pulak, perghh! bako-bako ayam dengan daging! mak bihah yang perapkan.

cakap pasal mak bihah, pergh! sporting habis. yang best nya, dia ingat nama aku! Wee~~~

okey tu ke cerita aku. Adios!