Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Selasa, November 30, 2010

Aktiviti masa cuti

Sejak cuti ni baru 1 malam Emy tidur di rumah,Emy kena jaga embah. Sepas balik dari kelantan terus duduk rumah embah lagi. Tapi Emy kena tinggalkan embah juga sebab emy ikut camping. Emy tak nak tulis banyak-banyak,letih sangat tapi inilah yang Emy dapat.





Rabu, November 24, 2010

Cheng Ho Expo 2010




Cheng Ho ialah seorang ahli pealyaran dari China,dia orang Islam,dia datang ke Asia Tenggara membawa dagangan dari negeri China,ditukar dengan barang-barang dari Asia Tenggara. Tahun 1409 Cheng Ho singgah di Melaka . Masa tu Melaka jadi pusat perniagaan yang terkenal juga. Ramai pedagang-pedagang yang datang ke Melaka,dari Arab,India, dan China.Cheng Ho bawa barang-barang seperti sutera,tembikar dakwat dan lain-lain. Dari Melaka dia ambil barang-barang seperti lada hitam,rempah dan lain-lain.

Dulu Emy tak berapa peduli sangat masa belajar Kajian Tempatan mengenai Cheng Ho,tapi Hari Rabu semlam Emy berkungjung ke Cheng Ho Expo 2010,Kelantan-China Internatioanal Trade Fair, di Stadium Sultan Muhammad ke IV,Kota Bharu,Kelantan . Tempat Exponya terlalu besar,ada tempat yang tek sempat pergi. Pamerannya ada banyak tempat,yang Emy sempat tengok ialah mengenai pelayarn Chengo Ho ke Asia,lepastu gerai-gerai orang China Islam dari Negara China.

Inilah antara kapal-kapal pedagang masa tu




Barang-barang yang di bawa oleh Cheng Ho


Barang-barang yang di ambil oleh Cheng Ho dari melaka

Wang masa Cheng Ho


Quran terpanjang



Teremahan Al Quran dalam bahasa China






Tabib dari China.

Kalau nak tengok gambar-gambar lain ada dalam face book emy

Isnin, November 22, 2010

Trip to Kelantan

Malam ni Emy nak pergi Kelantan. Nanti balik emy cerita ye!...Tungguuuuuu.

Sabtu, November 06, 2010

Do you have a facebook?



Hari tu masa sekolah petang,
tiba-tiba seorang budak panggil Emy

"Emy,ustazah nak jumpa"
"Kenapa"
"Entah mana aku tau,buat salahlah tu"

Semua budak-budak lain mengejek-ejek Emy.Sakit betul hati Emy.

"Hui hui hui,kena panggil ustazah,mesti buat salah ni"Dia orang mengejek-ngejak menyakitkan hati Emy.Emy rasa muka dia orang tu macam muka toyol.Emy pun sangat suspen sebab minggu lepas ustazah ni baru lempang seorang budak perempuan kelas Emy. Tapi budak tu langgar disiplin. Dia balik masa sekolah kata mak dia suruh balik ada urusan keluarga. Rupanya dia naik motor dengan seorang budak lelaki yang dah tak bersekolah,pakwe dialah tu. Ustazah nampak,dan panggil masuk pejabat. Ustazah dan beberapa ustazah lain siasat,dia menjawab sesuatu,ustazah yang panggil Emy ni geram,dia bagi pelempang sekali.

Bila kata ustazah itu nak panggil Emy,jiwa Emy berdebar sangat.Rasa-rasa Emy tak pernah baut salahpun.

Sampai pejabat,

"Assalamualaikum,ustazah panggil saya ke"

"Waalaikumsalam,Hah Emy mari sekejap,Emy pandai buat facebook ye? ajar ustazah boleh?"

Jiwa Emy cair,huh huh nak mintak ajar buat face book rupanya,ialah ustazah tu ada broadbandlah katakan.

"Ustazah dan ada emilke?" Emy tanya.

"Belum,camana nak buat email?"

Emypun ajarlah,ustazahtupun dah ada facebook.Dia kata dia nak buat facebook sebab anak-anak dia semua ada facebook,jadi dia nak tengok anak dia.Siap dia add Emy.



Harap harap janganlah dia mengajarpun bukak facebook.he he he sorry ustazah.