Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Selasa, Ogos 25, 2015

Aku Si Pemarah

Aku cepat marah,. Aku cepat bengang. Darah aku cepat menyirap sampai ke hotak tapi.. aku tak boleh luahkan kemarahan aku. Aku tak tau kenapa. jadi aku express kan secara aku "sentap&merajuk"

Tapi mak selalu kata " Luahkan kalau marah. kalau simpan, sakit hati tu. Mesti tak tenang nanti. Asyik fikirkan benda tu balik"

Jadi aku pernah buat langkah untuk meluahkan kemarahan aku. tapi, cara aku salah...

Aku menyesal pulak bila tersalah guna step tu. Aku jadi takut nak guna step tu lagi.

Jadi sampai sekarang bila aku marah aku pendam. entah berapa tinggi darah tinggi aku ni. Stress memanjang. Agak-agak aku boleh mati awal.

Bila diri dah kena

macam aku cakap sebelum ni, orang kenal aku sebab aku ni cepat merajuk, pemarah dan cepat sentap.

Mak kata " Orang yang cepat merajuk ni, kawan kawan dia tak suka. Diorang tak selasa bila ada kawan yang cepat sentap ni. Mengengkelkan"

Aku fikir tu pandangan mak semata mata tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri...

Memang annoying gila ada kawan yang cepat sentap ni! Fikir kita nak pujuk dia? fikir dia istimewa sangat nak dipohon kemaafan? Tolonglah! Benda kecik je pun! Annoying tahap dewa abadi!

so, sekarang aku dah faham macam mana perasdaan orang yang ada kawan yang mudah sentap.

aku muhasabah diri (ececeh):

"Jangan Cepat Sentap, Merajuk dan Sensetif Sebab Orang Tak Suka. Nanti Orang Rasa Meluat dan nanti Orang Benci"  

Khamis, Ogos 20, 2015

Kifarah Manusia

Aku bising dengan dia dalam kelas. Tapi kitorang bising sendiri dengarlah bukan satu kelas. Lepas dah stop bising bising tu, ada orang lain bising.

Kitorang berjiwa berguaru ni pun dapat idea nak kacau orang. Aku dengan dia pun “shhhh”kan diorang. Diorang perasan yang kami gurau diorang pun buat lagi bising. Pastu adalah sahabat yang selalu serius ni marah kami yang me”shhhhh”kan orang lain.
“Tak baiklah! Tadi kau bising jugak” sebab aku dah masak sikit dengan sentapan-sentapan dari beliau, aku pun diam dan sambung buat tarikh islam.

Yang kawan aku ni… sensetif (bukan aku yang cakap, dia sendiri mengaku diri dia sensetif) jadi dia sentap gegila tahap gaban lah.

Maka dia pun “berzikir”. Dan “zikiran” nya itu sungguh “indah” belaka. Yang si sahabat yang Serius tu pun sentap jugak. Semua sentap sentap belaka!
Kawan sensetif aku tu punyalah maki hamunan dia, perli dia macam budak serius tu taka da hati, perut, usus dan perasaan (hebat juga dia punya maki). Tapi si budak serius tu dah masak dengan perangai si sensetif ni. Jadi dia buat bodoh je.
Itu baru mukaddimah.

Cerita selanjutnya…

Maka kelas kami pun ke kantin, bukan nak makan tapi ustazah nak mengajar di situ sebab kelas kami paling hujung di dunia. Maka kami pun segerombolan ke kantin. Kami kat kantin sampai balik. Dan bila balik kelas…
Si sensetif baru perasan yang dia tertinggal purse bawah meja. Dia pun gopoh gapah bukak purse and…

A Hundred Hilang.

Kabut gila dia dan aku tumpeng kabut sebab purse aku jugak bawah meja (aku wanita yang memerlukan purse juga). Dan SYUKUR ALHAMDULILLAH, none of my money hilang. But, kesian jugaklah kat kawan ni. Diorang pun siasat dari segi pemerhatian dan kasimpulan.

Last conclusion yang dibuat, suspek budak lelaki kelas aku.

Aku sebenarnya nak buat conclusion lain.
“Jangan Cepat Sangat Benci Dengan Orang Kalau Dah Rasa Diri Salah, Better Mengaku. Kau Maki Dia, Of Course Dia Rasa Sakit Hati Dan Dia Teraniaya. Dan Doa Orang Teraniaya Ni Selalu Dimakbulkan. Mana Tahu Dia Doakan Something Kat Kau Sebab Maki-Maki Dia Dan Doa Dia Diterima Allah. Dan Kau Yang Kena Balanya.”


Rabu, Ogos 19, 2015

Khianat I



aku ni mudah percaya kawan. dan at last i will be the treasonous victim.

dan lama-lama aku dah masak dengan people yang suka tikam belakang dan depan serta atas kawan ni.

it start from i'm in 9 years old. aku ada classmate yang ermm ada a big gang or member. one day dia kena pinggir dengan member dia sebab dia buat leader gang tu marah but seingat aku leader tu yang buat hal kat budak ni. and she don't have any friends anymore sebab leader tu punya pengaruh sangat besar.

and that time aku tak berapa kawan dengan orang sangat (loner), then she asked to be friend with her. and aku stupidly said yes! you can be a friend with me. dan aku tak rasa pelik sebab dia yang tak pernah cakap dengan aku tetiba nak jadi kawan aku. aku pike tu doa aku yang dikabulkan sebab teringin sangat nak jadi friendly.

so kami jadi bff for a couple of weeks but ... nak jadikan cerita budak tu erm a rich person daughter.

(i hate this part).

one day dia bawa something yang membuatkan ramai nak tengok benda tu, (masa tu masih zaman jakun). dia bawak phone. so semua sahabat pun bagaikan menempel kat meja di dan sembang dengan dia, including her ex-gang. and suddenly... the leader minta maaf dan nak kawan dengan dia.

and, because of their "SAHABAT SEJATI" thing, they be friend again.

aku pun tumpang gembira. BUT!

dia tak tegur aku dah, dia sisihkan aku dan dia tak pandang aku walau sesipi pun after she get back to her gang.

dan aku dikhianati. tapi tak lama, after that year dia kawan dengan aku lagi. but tak macam dulu lah. just have a simple chit chat and laugh for while.

but the scar always at the place and never gone.

sambung...

How You Know Me?

mak tarbiah aku hari tu.

mak kata "orang kenal awak sebab perangai awak"

aku "perangai kita? apa perangai kita?"

mak " adalah orang tu kata "ooo aimi yang suka merajuk tu ye" mak nak bagitau awak ni supaya awak ni kenal diri awak"

aku 'oo.. okey. i accept that tapi itu perangai kita yang mak dengar. bukan perangai kita yang mak nampak. tapi mak taulah kita kat rumah buat tabiat lain  kat sekolah habitat lain. kita dah lam tak buat benda merajuk tu"

mak "ye ke. i know ypu betterlah"

aku " oke"

so my mak said people know me by my behavior and it is sulking. is it true that i'm always do that behavior?\

okay, my mak know me better.

Exam

Exam

Untuk pengetahuan kau aku batch pertama jadi experiment PT3.

Kabut gila bila dapat format PT3 masa pertengahan bulan 7. Sekolah aku lambat sebab pedalam. Nak diingatkan balik, pergh! Tak nak ingatlah.

Dan keputusan keluar bulan Dis. Keputusan aku tak teruk dan tak hebat sangat. Oh ye, PT3 ada 11 Subjek.  dan PMR cuma 9. Jadi kau bayangkan nak score straight 11 A tu macam mana?!

Dan aku tak pindah sekolah baru, masih setia kat sekolah ni.

Tapi tu exam last year. Exam this year! Ada exam jugak ke form 4?

Aku ambil S.M.A. (Sijil Menengah Agama).

Agak  stress jugaklah. (sangat) sebab exam ni banyak guna memory card dalam kepala ni. Bayangkan, nak save kat kepala  98 GB tapi memory card 23 GB je. Rosak kepala aku!

Tapi, try lah. Kalau lulus ye ALHAMDULILLAH dan kalau gagal ye INNALILLAH...

so, i hope pray for me eh!