Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Sabtu, September 01, 2018

Being adeptable

Salam

Umur aku sekarang dah hampir 19 tahun, danboleh kata aku hampir menghabiskan fasa remaja dan masuk ke alam dewasa. Lately, aku perasan yang aku dah boleh masuk dengan mak cik-makc cik dan kakak-kakak sepupu aku bila di dapur rumah nenek.

Sebelum ini memang aku akan elak duduk di meja makan itu untuk bergurau senda dengan mereka sebab aku tak faham joke dan perbualan meeka. Bila aku sampai di kampung aku akan bina tembok di sekeliling aku dan tidak bercampur dengan saudara-mara dan mak cik pak cik. Aku rasa rimas sebab aku dalam fasa remaja yang sedang rebel.

Then, im started to pen myself dengan sepupu aku yang lebih muda. Aku join diorang main kat tepi rumah. Sepupu aku ada hobi dan interest yang agak pelik, mungkin disebabkan pengaruh hari ini, adik sepupu aku suka sangat rekod video bila diorang berkumpul di kampng. Kalau balik ja, mesti ada satu atau dua video pendek yang mereka lakonkan dan ramakm. Dan mereka sangat teliti dalam pembikinan video itu sehingga mereka ada skrip dan storyboard.

Sebab aku berada dalam pentas yang sama dengan mereka, aku pun ikut rakaman diorang. Memang kelakar jalan cerita diorang, iyalah kanak-kanak yang umur 10- 12 tahun hanya tahun cerita superhero kesukaan mereka sahaja. Aku sangat impress dengan minat dan bakat diorang. Disebabkan minat diorang itu, diorang tidak berapa mengalami fasa remaja yang rebel. Diorang semakin akrab.

Dan setelah aku cukup merasai pengalaman membuat video dengan mereka, aku mula masuk dapur. Aku mula bercampur dengan makcik pakcik. Aku mula faham gurauan dan perbualan mereka.

Aku rasa beruntung bila aku dapat menjalani fasa-fasa itu dengan baik. Walaupun kekadang aku cuba membina tembok itu semula tapi aku cuba rutuhkan juga supaya aku berpeluang merasai pengalaman hidup.