Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Selasa, Disember 22, 2009

Dari hari Sabtu sampai hari Khamis

Nak cerita ke mana Emy pergi dari hari Sabtu sampai Khamis,penat tapi menyeronokkan.

Hari Sabtu Abah,Mak,Kak Tina Kak Ira dan Emi bertolah ke Pulau Pinang,perginya naik jambatan keluarnya naik feri,sampai sana malam cari tempat tidur semua tempat tidur penuh tapi dapat budget hotel.Pagi-pagi Ahad tu dah chek out,abah bawak round Pulau Pinang tapi tak turun pun,lepastu menyeberang naik feri.




Kita orang nak khenduri kat rumah sepupu abah kat Lagenda Haight,Sungai Petani,Kedah.Tapi kita orang breakfast kat Redix fraid Chicken,sebanarnya Emah abah nak surprise birthday Emy.



Kat rumah khenduri tu pukul 12.30 baru mula,nasib baik kita orang dah makan.kat tempat khenduri tu makanannya sedap jugaklah,ada char kue teaw,

Nilah pelamin pegantin,tengok dari tingkat atas.


Kita orang bertolah balik pukul 2.00petang,masa tu Emy tidur je,sampai R&R gunung Semanggol baru bngun,sebab solat Jama’ Zuhur & Asar,sambung lagi berhenti kat Pasar malam sebelah giant Sitiawan mak beli keropok lekor,sedap sangat.Teruskan perjalanan berhenti rumah Adik Hana&Hani kat Lekir.

Lepas tu teruskan perjalanan,nampak pelangi cantik sangat,




lepas tu nampak kat hujung langit ada cahaya yang cantik,Solat Maghrib dan isya’ di Masjid batu 10.


Sampai rumah malam mandi dan ters tidur.

Hari Isnin rehat

Hari selasa ikut abah rehlah dengan orang-orang Abim kat Kuala Woh,Tapah.Yang pergi Abah,Kah Ira,Kak Izat dan kak Rafidah(kawan kak ira) Emy. Emak meeting kat sekolah,kak Tiqah dan kak Tina hantar Embah Lanang ke kelinik.Seronok juga kat Kuala Woh,ada program untuk budak remaja.







Kaka Ira,Rafidah dan Izati,dia orang ni best freind,Izati ada blog [http://nah-rioma.blogspot.com/]



Sampai rumah pukul 5.00 terus emah suruh siap-siap kene mendaftar kat Program Smart Solat kat Masjid Tebok Sultan,Sg Tengar. Sampai Khamis petang baru balik.

Isnin, Disember 14, 2009

Cuti-cuti Malaysia..........

Emy nak cerita masa Emy pergi Cameron.Kita orang bertolak pukul 8.30.Masa lepas Kuala Woh Emy rasa lain macam je,tapi Emy diam,Bila mak kata "Emy kita nak pegi Cameron ni untuk apa?" "Emy kata Emy tak boleh fikirlah mak,kepala Emy rasa lainje","Emy mabuk ke" "Taklah" lepas tu Emy tak boleh tahan,Mak suruh abah berhenti tepi jalan yang selamat Emy muntah.Lepas tu Abah basuhkan muka Emy. Lepas tu Emak duduk belakang,peluk Emy,Emy rasa lega,lepas tu tidur.



Abah bawak kita orang tidur di homestay,tempatnya di kaki Gunung Brincang,kat kebun sayur,kalau kita duduk depan rumah kita nampak kebun sayur.Homestaynya ada 4 buah bilik,Emak,Kak Miza dan Wak Om masak,sedap betul,malamnya sejuk sangat.


Dah kemas barang kita orang pergi Stesyen Mardi,di Tanah Rata,kena bayar RM3 seorang,
Abah bergambar depan pejabat Mardi,nampak tak tempreture kat atas abah tu?


Kat Stesyen mardi tu macam-macam tumbuhan ada,ni Emy dengan budak-budak comel kat pokok epal,tapi tak boleh petik,dia orang buat experiment je



Ni abah ngan Abang Aiman kat tumbuhan karnivor kat Cactus Vely


Emak beli pokok halau nyamuk,lepas ni rumah Emy tak ada nyamuk.



Cak,Emy main sorok-sorok kat ladang teh



Tengoklah Emy.Emy rasa Emy ngan abah dah nak sama tinggi



Kita orang check Out pukul 12.00,lepas tu singga-singgah Shoping,balik Emy dah tak mabuk sebab Emy naik Avanza abang Ajik,Emy tidur je sampailah behenti kat Masjid Kampar,lepas solat makan,habiskan makanan.Sampai rumah pukul 5.50.

Sekian sahaja jumpa lagi

Sabtu, Disember 12, 2009

Anak-anak buah



Budak-budakni namanya Najwa dan Jumma(wawa dan umma)dia panggil emi Cik Emy sebab Emy panggil ayah ngan ibu dia Abang Ajik dan Kak Miza,sebab emak abang ajik kakak abah Emy.Masa cuti-cuti wawa&Umma kena hantar rumah Emy tiusyen,kadang mak ajar,kadang kak Tina kadang Emy.bila dah 1jam belajar kita orang makan,wawani tak berapa suka makan tapi bila makan dengan Emy dia makan banyak,tu pasal Kak Miza suka Wawa makan ngan Emy.lepas makan study lagi laps tu main masak-masak,dia orang tu suka aje arahan Emy.

Hari Ahad ni 13/12 keluarga Emy ngan keluarga Wawa akan ke Cameron Highland,kita orang nak tidur sana. Selamat Cuti-cuti Malaysia

Khamis, Disember 10, 2009

Laporan hari ni

Emy rasa nak buat N3 mengenai Teluk Rubiah tapi Emy rasa penat sangat,muka Emy pedih sebab pemanasan global,esok ke nanti ke,atau entah-entah tak buat

Ni Emy ambik dari tingkap bilik 133,tinggi

Rabu, Disember 09, 2009

Pergi Telok Rubiah

Khamis Emy nak pergi Telok Rubiah sebab Abah dengan kawan2 abah ada buat family day . Mak bawak Cik Pah sekali sebab rumah dia dekat dengan Telok rubiah , Abah ada nak bawak Ijah tapi dia tak nak, masa Emy berbual dengan dia......"Ijah ,ijah nak ikut kak Emy khamis ni pegi pantai?"."Taknak lah kak Emy"."kenapa,ijah ni orang dah ajak rugi tau tak ikut"."Ala kak emy ni Ijah taknak ikut sebab tak de Emak,apak,farah,untas,embah amat".Tiba2 nangis tulah ijah punya kelemahan ciwek.Esok malam Emy bukak blog tlis laporan ok!.Babai(nasib baik tak sebut Papai).

Selasa, Disember 08, 2009

Blog Kedua

Malam ni Emy tak nak cakap panjang2 sebab malam ni dah malam Emy kene tido.Jadi Emy cakap sikit ye Emy sebenarnya dah bukak blog baru nama nya GIM mesti semua orang tau kan.Jadi malam ni Emy nak tido lena sikit sebab pagi tadi pergi bangi ambik barang ak Tina ok Emy nak tidor dulu papai,Eh silab pulak babai.

Ahad, Disember 06, 2009

Malam Tadi

Malam tadi kak Tiqah telfon.Dia kata "kalau Emy ikut Akak kat Felda Lingiu best malam-malam nak tidur tak pakai selimut pun tak apa,sebab rumah akak kat atas bukit.Nanti kalau nak tengok tv tak yah lah merebut".Tapi Emy takut sebab Kak Ya kan masetu dah pernah iut akak,Malik rumah dia cerita kat Emy katanya"Emy nak tau tak kalau malam bawah bukit sana dekat hutan setiap malam anjing menyalak",KakYa cite macam tu Emy takut lah.

Sabtu, Disember 05, 2009

Hari Lahir Emy


Yang ni Masa emy sambut hari lahir yang ke 5


Yang ni pulak masa emy sambut hari lahir yang ke 4

Isnin ni hari jadi Emy yang kesepuluh.Emy tak tau lah sambut ke tak,tahun lepas Emy sambut kat Rumah Mbah Wedok sebab tahun lepas Emy sambut masa raya haji birthday Emy sambut dengan Mbah Wedok sekali.Dua tahun lepas sambut masa kak Zura kawin.Tiga tahun lepas pulak sambut ..langsong tak.Tapi tahun ni Emy rasa biasa je sambut tak sambut biasa je.Yela kan tahun depan masuk darjah 5 kan dah besar jadi tak boleh merajuk.

Jumaat, Disember 04, 2009

Gambar keluarga sebelah emak Emy


Inilah gambar keluarga sebelah Mak emy,ramai kan?


Ini salasilah kelaurga Emy sebelah mak,orang yang buat ni ialah Pak Mil(http://www.kamilz.com/)

Cuti yang sunyi.........

Mula-mula dalam rumah ni ada 5 orang saje,lepas tu bila cuti kak Tina balik,jadi 6orang,abah dan mak pulak pergi kelantan,lepas tu ke Johor balik bawa kakak dan abang jadi keluarga emy cukup 8 orang. Hari kedua Raya Haji semua keluarga Emy pergi rumah Embah Lanang,kerana adik beradik mak ada buat perhimpunan keluarga. Adik beradik emak semua ada 10 orang,semua dah kahwin. Cucunya pula 35 orang,jadi rumah embah penuh,Emy gembira sangat jumpa kedua-dua embah,pakcik,makcik dan semua saudara sepupu Emy. Semasa dalam perjalanan emak pesan nanti di sana jangan lepak-lepak saje,mesti cari kerja,kena Tanya ada kerja kosong ke tidak. Bila Emy Tanya Makcik-makcik kata lap pinggan,emy pun ajak adik adik sepupu tolong lap pinggan.Lepas tu apa lagi,tolong angkat bekas kuih ke khemah.,lepas tu boleh lah sambung main atau tengok TV. Malam ada BBQ, bakar daging kambing,daging lembu,ikan,kerang ,sate dan chickens wing.
Sebelum makan ada ucap-ucapan.Pak Cik Anip kata kita mesti ingat pengorbanan ibubapa,embah Lanang dan Embah Wedok dah banyak berkorban untuk anak-anak,sekarang cucu-cucu yang senang. Ada tukar hadiah,mak dapat hadiah juga.
Lepas habis acara keluarga Emy balik,yang lain belum lagi.Keluarga Emy balik sebab esok pagi Kakak kena balik johor,bertugas kat sekolah baru dia,Kakak tina dan Kak Ya ikut temankan kakak.sebab kakak kena duduk seorang diri.Abang Ejat balik Terengganu.Tinggal Emy,abang Eman,Mak dan Abah.
Lepastu Emy pulak kene tinggal kat rumah Embah sebelah abah,Embah bila cuti kena jaga 4 orang cucu,paling besar 6 tahu,paling kecil 1tahun,mak dia orang kalau cuti kene kursus sebab nak jadi cikgu tetap.Emak pinjamkan Emy kat Embah dan tolong jaga adik-adik biar Emy cepat matang kata mak.Tapi kadang-kadang Emy seronoklah main dengan budak-budak tu tapi kadang bowring,budak-budak tu suka merengek,baru Emy nak duduk nak minumlah,nak kencinglah,embah suruh Emy mandikan dia orang bila petang.kadang Emy call abah suruh ambik.Ni Emy kat rumah lah,nak main monopoly tak ada kawan.
Lambatnya Kak Ya balik.Kata maka weekend ni.

Hari ini Emy buat N3 panjang sebab sejak Isnin modem rumah Emy rosak kena sambar petir,hari ini ada orang TM tukar modem baru.


Ini ialah banner yang di pasang masa perhimpunan keluarga,gambar lain tengok di http://www.zaitun.net/