Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Isnin, Mac 09, 2015

Bulatan setengah Gumbira

Hari tu baca blog bihah


Dia cerita pasal kumpulan usrah beliau. Beliau jadi naqibah. samalah macam aku. Sebab Bihah cerita pasal usrah dia, maka aku pun nak story telling pasal usrah aku "terchenta" ni.

Murabbiah aku Ustazah Rita (beliau guru bahasa arab). ahli usrah aku pulak, semua budak form 1. peh peh... lepastu form 1 kelas first pulak tu. peh peh! dan semua budak serama pulak tu! peh segala peh!

nak short kan cerita, maka aku pun buat lah bulatan dengan ahli usrah aku ni. Muala-mula macam biasa, sesi ta'aruf. jujur cakap, aku memang tak ingat nama-nama mereka. Aku tanya "satu kelas kan? dah kenal masing-masing". ada yang angguk ada yang geleng. hem hem.

lepas tu aku pun cerita pasal tajuk bincangan usrah pada hari jumaat yang mulia itu. Bebudak tu khusyuk je dengar, ada yang "terlebih khusyuk" sampai pejam mata. hem hem. bila aku kata " ada soalan nak tanya?". semua geleng berzikir. hem hem

"sebab korang tak ada soalan, akak ada soalan!" terbukak mata-mata budak yang "terlebih khusyuk" tu. bulat je mata!
hem hem.

murabbiah aku pun, Alhamdulillah. kalau aku cerita samting tu tapi, cerita tu "tak sampai', ustazah tu terangkan pulak. hem hem

habis je usrah. kami salam-salam.

oh ye, aku ada tanya budak-budak tu " korang kenal akak kan? yang duduk asrama?" semua geleng. HAMPA...

sejak hari usrah tersebut, budak-budak tu dah kenal aku. jadi bila aku tengah gelak-gelak bersama sahabat-sahabat tersayang, mereka (budak-budak usrah) pandang-pandang aku. aku tak tau nak menggambarkan macam mana perasaan aku pada hari itu.

ko bayangkan, bila depan diorang aku serius gila. tapi bila aku dengan sahabat-sahabat, aku jadi kanak-kanak paling bising di dunia.

hem hem.

tu saja mahu ku cerita. selamat tinggal!