Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Khamis, Oktober 15, 2009

Karangan Laporan

Emy nak buat karangan bertajuk “Laporan perjalanan hari Ahad”

7.15 am –Bertolak dari rumah menuju ke Sepang bersama abah,mak & kak Ya .Kami nak ke rumah kawan lama abah di Kampung Ulu Teres di Sungai Pelek .Mak memegang peta abah memandu.

10.30 am – Sampai di rumah kawan Abah bernama Haji Mahfuz bin Marsono. Sebenarnya di rumahnya ada kenduri hari Sabtu tapi abah & mak ada hal.Rupa-rupanya kawan abah ialah seorang yang kaya. Rumah nya besar dan ada 30 buah rumah sewa di sekelilingnya.Hidangan ialah Nasi Lemak dan Kuih Raya.

12.00pm – Abah mak bersalam salaman dan ambil gambar.Kami bertolak ke rumah Pak Mil di Taman Ixora di Bandar Baru Salk Tinggi.Sungguh gembira jumpa Naqib yang kacak dan Naqia yang comel serta Aqlan yang tembam.Hidangan nya ialah Spegeti &bihun goring serta air Raibina.

1.00 pm-Bertolak ke rumak Lek Mam di Desa Mahkota Bangi. Di sana Emy berjumpa dengan Ina & Izah .Nazirul tak ada dia pergi rumah neneknya.Emy tak makan apa-apa Emy cuma main computer kerana Emy masih kenyang .

2.30pm-Ke IPIS iaitu tempat kak Tina belajar kami solat jamak di masjid.sebelum itu ambil kakTina dulu.

3.30pm-Kami bertolak keShah Alam ,Pergi Kompleks PKNS ,Kak Iya nak novel tajuknya TUNAS &A+A=B&B terbitan JS tapi tak dapat mak janji mak order online.

5.00pm-Ke rumah Cik Ram di Syeksen 11,Cik Ram buat Open house ramai yang datang tapi semua tua–tua,hidangannye nasi himpit ,rendang & tomyam. Rumah Cik Ram dah berubah dulu biliknya 3 sekarang 5 anak nya 3 orang jadi seorang sebilik.

6.30pm- Setelah bersalam-salaman kami pun bertolak balik solat Jamak Maghrib & Isyak di Kapar.lepas tu menerus kan perjalanan.Lepas itu Emy tak sedar kan diri .

9.30pm-Sampai rumah barulah mak kejutkan Emy,emy pun mandi dan sambung tidur.

Begitu lah laporan Emy pada hujung minggu lepas.

4 ulasan:

  1. hi mee wei macam mana nak jadi member ko niiii

    BalasPadam
  2. emy letih x gi jalan2?

    BalasPadam
  3. neee..nooo...neeee...noooo...neeeee...noooo....



    Saja je ambulance nak lalu rumah Emy....

    BalasPadam
  4. Nuha
    Asal pulak x boleh jadi member????

    KakDee
    Mestilah penat...

    Cik Lah
    Cik Lah macam mana Cik Lah tahu blog Emy?

    BalasPadam