Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Jumaat, Ogos 06, 2010

Permainan menjadi makanan.


Emy nak cerita,hari Rabu semalam,bila Emy balik sekolah,emak dan abah tak ada,kak Ira kata emak balik kampung,Embah Lanang sakit.Kakak Ira ajak Emy buat dough,Emy tahulah sikit buat sebab pernah nampak emak buat.

Bahan-bahannya ialah tepung gandum,air,telur,dan minyak.Uli sampailah macam dough.Bila malam mak balik,mula-mula kita orang nak sorok takut mak marah,sebelum mak jumpa lebih baik mengaku,ingatkan mak marah,rupanya mak bagi idea.Bulat-bulatkan kemudian lenyek sampai nipis macam keropok,kemudian goreng agak-agak kuning.nanti akan jadi sejenis makanan namanya roti puri.

Kita orang buatlah,dan terus goreng,ada yang elok ada yang hitam. Bila dah masak kita orang makan sama-sama cicah sos ngan sambal.Habis licin.Kata mak besok bolehlah buat lagi,ha ha ha sayang mak.