Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Isnin, November 18, 2013

FACEBOOK

assalamualikum.

di kesempatan ini saya mengishtiharkan yang saya sudah menutup (atau dikenali dalam bahasa inggeris ialah "delete") account FACEBOOK saya !!!!!!

Pergh! Lega sikit hati ni. Kenapa saya tutup account FACEBOOK saya? Senang saja jawapannya...

b.o.r.i.n.g.

Kenapa pula boring?

Entah lah. Saya rasa FACEBOOK ni tak ada manfaat (padahal ada). Saya ni bukannya jenis yang suka update STATUS. Saya cuma rajin 

  •  Comment status orang
  •  Like status orang
  •  Comment gambar orang
  • (tak pun) upload gambar (itu pun gambar orang)
  • Share benda yang baik (tapi kadang-kadang lah)

Nak chat dengan orang? Kalau anda tengok message FACEBOOK saya, semua orang tegur saya dulu. Saya tak pernah tegur diorang dulu (melainkan kalau bersebab). 

Lagipun FACEBOOK ni boleh merubah perangai dan sifat manusia (fizikal pun boleh juga). Sebagai contoh...

Dulu (awal tahun 2013) saya ada berkawan rapat dengan seorang sahabat yang saya tak pernah tegur dia sebelum ini. Tapi dia berkawan dengan saya bersebab juga (kot?). Antara sebab-sebabnya:

  1.  Satu dorm dengan saya
  2.  Satu kelas dengan saya
  3.  Bertugas dalam dorm pada hari yang sama
  4.  Sebab....dia baru gaduh dengan best friend dia....so, dia tak ada kawan

Dan itulah sebabnya dia berkawan dengan saya.

Baiklah itu bukan topic yang saya nak bincangkan....Masuk ke dalam topic asal tentang "FACEBOOK BOLEH MENGUBAH PERANGAI DAN SIFAT SESEORANG".

Okey, dia dulu seorang yang agak pemalu. Bercakap tu adalah juga, tapi kadang-kadang terlebih bercakap. Suatu hari dia ber"chatting" dengan seorang pelajar lelaki sekolah saya. Budak lelaki itu satu kelas dengan saya. Dan serupa dengan lagu Tasha Manshahar.....


Bermula di Facebook
Kau tegur ku dulu tak tahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh


Tapi diorang tak adalah jatuh cinta (sebab lelaki tu dah ada TEMAN WANITA). 

Maksud saya menggunakan lagu itu adalah....


Di sekolah dia tak pernah bercakap mahupun bertamu (jumpa pun di kelas) dengan lelaki itu (dan pelajar lelaki yang lain juga). Tetapi disebabkan ber"chatting" di FACEBOOK.... dia berubah... daripada si pemalu kepada si________. Daripada tak pernah bercakap dengan lelaki jadi yang selau bercakap dengan lelaki. Tak salah nak berbual dengan lelaki, tapi ada batasnya.

Kini dia sudah lain daripada yang lain. Ramai yang cuba untuk menegurnya dan sayapernah cuba menegurnya. Tetapi dia berkata:

"BIARLAH AKU NAK BERUBAH MACAM MANA PUN! INI HIDUP AKU! SUKA HATI AKULAH!"

(ayat dia lebih kurang macam itulah)

Itulah maksud tersurat saya dalam "FACEBOOK BOLEH MENGUBAH PERANGAI DAN SIFAT SESEORANG".

Catatan saya ini bukan untuk memalukan dia tapi mengingati dia, anda dan diri saya sendiri. Jika cara saya ini salah... maafkan saya kerana saya masih "hijau" dalam tegur menegur dan nasihat menasihati ini. Saya akhiri catatan saya dengan 


Wassalam...

    ::hidup_bahagia_tanpa_facebook::
 

p/s: disebabkan saya telah men"delete" facebook saya...follow pula twitter saya (haha promote pula)
        ::https://twitter.com/aimianis71299::