Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Sabtu, November 21, 2009

25 Desember 2009

Siapa tahu masa 25 Desember nanti ada yang paling istimewa?
Istimewanya ialah majlis perkahwinan Kak Ina &....Abang Roslan.Sebenar nye Emy tak tau tapi tiba2 masa Emy bukak blog akak Tqah ada kat situ tak caye pegilah tengok ,Kak Ina nanti ajak Emy tau,bulan Desember pun hari istemewa Emy hari jadi Emy yang ke 10.:D

Jumaat, November 20, 2009

Emi di tinggal lagi

Esok Emy kena tinggal lagi.Emak dan Abah ke Kelantan ambil kakak,lepas tu terus ke Johor tempat sekolah baru kakak,hari Isnin atau Selasa baru balik.Emi di rumah dengan Kak Tina,Kak Tira dan Abang Eman.Tapi tak apa Emy dah besar,dah pandai berdikari,nanti bulan Desember umur Emy 10 tahun,tentu dah besar.Kakak pun anak mak juga,masa ni mak nak tolong kakak.Lain kali tolong anak yang lain pula.



Emy Demam


Semalam Emy mula demam tapi Emy demam masa petang je.Kalau pagi batuk& selesema.Emy rasa tak selesa,tapi Emy selesa sikit sebab mak belikan Emy mainan.Lepas beli mainan emy pergi sekolah petang,Emy demam lagi Emy punya muka monyok je.Ustazah Saniah tanya.
Ustzh Saniah:Aimi kenapa muka monyok ni,demam ke?
Emy:Taklah... mana ......ade.......
Emy terus pegi kelas.Pastu kat masjid Emy rasa macam nak pengsan tapi Emy cuba bangun.Tapi masa kat rumah Emy main mainan yang mak kasi tadi Emy rasa selesa sikit,macam tak rasa demam dah.

Rabu, November 18, 2009

Sembahyang Jamak

Semalam Emy kat sekolah pagi ada buat persediaan untuk Hari Kecermelangan.Masatu Emy dengan kawan Emy Nazifah tengah main kejar2 tiba-tiba Sir tanya.
Sir:Emy kalau nak solat jamak kena berape jauh?
Emy:M..m..Emy rasa 96 kut.
Sir :Yela berape milimeter ke meter ke kilometer ke?
Emy:Kilometer ,kenapa Sir tanya?
Sir :Tak de pape.
So Emy pun jalan tapi Emy terdengar...
Sir :Tengok tu budak kecik pun tau.
Sir cakap kat Abang Brother ,dia tu penjaga makmak komputer kat sekolah Emy.Patutlah Masa time waktu dah masuk Zohor Bro tak keluar pergi masjid.Rupenya dia solat kat dalam makmal komputer siap jamak Asar sekali.Padahal rumah dia kat Sungai Besar je,mane boleh sembahyang jamak kan.

Rabu, November 11, 2009

Emy cuti blog


Emy takdapat tengok blog sebab Mak kursus kat PD,dia bawa laptop dia,hari sabtu baru balik,Isnin pegi cameron pulak.sampai Rabu.

Kisah Sofiea

Sofiea seorang gadis yang tak cantik,dia gemok dan ada jerawat,Syakina dan Amalina menghina dia


Sekarang Sofiea sudah cantik dan tak gemok lagi,Idham jatuh hati kat dia.


Sekian terimakasih

Selasa, November 10, 2009

Polis datang kat sekolah Emy.




Hari ni ada polis datang,ceramah mengenai "Mengatasi Masaalah Juvana" ,namanya Sarjan Mohd Noor Izhan bn Mohd Sabri.Dia datang kasi ceramah kat kite orang.Masa ceramah dia ada tanya pada budak laki"Siapa pernah isap rokok". Lepas tu ramai orang bangun termasuklah kawan Emy yang baik(laki)Atif.Mak marah sebab dia murid pemulihan mak.Habis ceramah ada quiz.Dia tanya kat pelajar tahun 4 perempuan "Siapa tahu nama sebenar saya?" Kate sarjan tu.Emy pun angkat tangan.Tapi kawan Emy Awatif jawap tapi salah .Sarjan tu tunjuk jari kat Emy ,Emy pun jawab"Sarjan Mohd Noor Izhan bn Mohd Sabri"Emy betul,lepas tu Sarjan tu kasi Emy hadiah.Hadiahnya tak lah semahal mane tapi tak dijual di kedai.:D


Inilah hadiahnya.Cantik tak?

Ahad, November 08, 2009

experiment



Watak utama - Emy dan Kak Ya
Cameraman - Abang eman

Yeah Cuti.





Hari ni cuti sebab hari Sabtu sukan.Terima Kasih Sir Kamal.Ok..hari Ahad pergi rumah Mbah Lanang,hari lahir dia ,tapi dah lewat seminggu.Keluarga yang datang Cik Pah,Cik Lah&Emak.Yang lain2 jauh.Cik Lah datang lambat sikit sebab Nabil ade pertandingan takewando.Mak masak Ayam Kampung Masak Kicap,sedap sangat mak masak.Cik Lah pulak bawak kropok lekor &Cik Pah buat roti jala,tapi tak siap lagi mak sambung kat rumah embah.

Sabtu, November 07, 2009

Hari Sukan


Emy sedang dalam perbarisan lintas hormat.Ini rumah biru@Hang Tuah.


Emy dalam acara lari dalam guni.

Hari ini sukan SKTJ telah berlangsung,walaupun sederhana tapi tetap meriah.Emy dapat acara ber kumpulan lari di dalam guni tempat ke 2.Penat betul hari ni.

Khamis, November 05, 2009

Latihan Sukan

Hari Sabtu ni sukan.Kita orang semua latih sukan.Padang nya lecak,mula2 Emy rasa geli,lepastu lama2 seronok pulak main air.

Isnin, November 02, 2009

Selamat Hari Lahir Embah Lanang yang ke 77


Minta maaf Embah sebab Emy tak dapat meraikan hari ini.Hari ahad nanti Emy akan datang.Sebab hari Sabtu sekolah Emy sukan.

Camping

Exam telah selesai,entah macam mana keputusan Emy tunggulah beberapa hari lagi.Lepas exam sekolah ade Camping ,Emy sertai camping itu.Dulu2 pun Emy ikut tapi tido dengan mak di bilik guru.Sebab Emy belum masuk tahap 2,sekarang dah masuk tahap 2.Yangpaling best pertandingan memasak.Masa malam Emy ada persembahan,kumpulan Emy mempersembahkan lakonan bertajuk "Anak Durhaka".Emy mamegang watak sebagai ibu yang sakit.Masa belakon Emy cakap tergetar2, sebenarnye Emy takut, orang ingat Emy sedih betul.Memang pu Emy sedih siap nangis lagi.Tapi tak menang pun yang menang kumpulan Kak Ya.Malam tu Emy tidor dalam khemah.Orang lain tak boleh tidur tapi Emy tidur lena sampai pagi.Khemah nye didirikan kat kantin je,nak dirikan tepi sungai Takut jadi macam kat Kuala Dipang kate Teacher, kat kantin pun jailah,asalkan selamat.