Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya
Memaparkan catatan dengan label Pribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pribadi. Papar semua catatan

Ahad, April 25, 2010

DJ..........English on air



Ni masa nak mula,tengah siap-siap.



Nak cerita pengalaman Emy.Hari Jumaat semalam turn Emy jadi DJ Englis on air.....Teacher Emy namanya Nurfaizatul Hamimi. Dia dah siapkan skrip,Emy baca je,tapi kena lancar,mesti betul sebutannya....satu malam emy hafalkan skrip. Mak kata mesti buat dengan baik...jangan bagi malu kat emak.....ok la mak Emy cuba....

Hari tu 23 April birthday teacher,emy tak dapat join sebab Emy kena bertugas. Emy berdebar juga takut tersasul ke atau salah sebut ke, ada juga yang salah sebut...tapi tak apa...kan pengalaman pertama kali.

Rabu, Februari 10, 2010

Berita sedih

Keluarga Emy sedang bersedih,Pakcik emy iaitu adik abah namanya Saful Bahari meninggal dunia hari Ahad 7.2.2010, iaitu pada hari lahir dia juga masa tu.Emy panggil dia Lek Pol. Dia ada 4 orang anak,Farah 7th,Ijah 6 th,Mumtaz 4th dan Hamka 1th 9bulan.Lek Pol Meninggal di Hospital Teluk Intan,dia sakit buah pinggang dan paru-paru. Lek Pol ni duduk dengan Embah so embahpun sedih lah sebab anak lelakinya dah tak ada.Sekarang Farah,Ijah,Mumtaz dan Hamka adalah anak yatim,sebab bapanya sudah meninggal dunia.

Ini gambar meraka semasa hari raya.


ni gambar Hamka dengan Abang Aiman masa Hari raya juga


Gambar ini abang Ejat ambil masa lepas ayah mereka di kebumikan,mereka belum pandai besedih lagi,sebab masatu saudara-mara masih ramai.

Khamis, Januari 21, 2010

Emy tinggal di rumah seorang diri


Ini gambar embah lanang atau datuk lelaki Emi. Namanya Hj Zailani,Dia dah tua,masa Emi kecik dulu Embah boleh dukung Emy,tapi sekarang dia tak boleh lagi sebab tangan dia dah lemah.

Embah lanang kena pergi klnik Htan Melintang tiap-tiap bulan,hari in kena pergi lagi,boleh pergi petang kata doktor sebab mak pagi sekolah,petang ni mak hantar dengan kak Ira,kalau ada kakak tiqah mak suruh kakak tiqah hantar,kalau emak tak dapat hantar emak akan suruh Cik Lah tolong hantar.Nanti balik sekolah petang emak tak ada kat rumah,tak apa Emi dah besar.Emy pun dah tak payah makan malam sebab kalau makan malam nanti gemuk. Kita mesti selalu tolong ibu bapa kita kalau tak tolong nanti kalau kita dah tua anak kita buang kita tepi jalan macam dalam surat khabar.Masa kecil ibubapa tolong kita,nanti sudah besar Emy akan hantar emak dengan abah ke kelnik juga

Jumaat, Disember 04, 2009

Cuti yang sunyi.........

Mula-mula dalam rumah ni ada 5 orang saje,lepas tu bila cuti kak Tina balik,jadi 6orang,abah dan mak pulak pergi kelantan,lepas tu ke Johor balik bawa kakak dan abang jadi keluarga emy cukup 8 orang. Hari kedua Raya Haji semua keluarga Emy pergi rumah Embah Lanang,kerana adik beradik mak ada buat perhimpunan keluarga. Adik beradik emak semua ada 10 orang,semua dah kahwin. Cucunya pula 35 orang,jadi rumah embah penuh,Emy gembira sangat jumpa kedua-dua embah,pakcik,makcik dan semua saudara sepupu Emy. Semasa dalam perjalanan emak pesan nanti di sana jangan lepak-lepak saje,mesti cari kerja,kena Tanya ada kerja kosong ke tidak. Bila Emy Tanya Makcik-makcik kata lap pinggan,emy pun ajak adik adik sepupu tolong lap pinggan.Lepas tu apa lagi,tolong angkat bekas kuih ke khemah.,lepas tu boleh lah sambung main atau tengok TV. Malam ada BBQ, bakar daging kambing,daging lembu,ikan,kerang ,sate dan chickens wing.
Sebelum makan ada ucap-ucapan.Pak Cik Anip kata kita mesti ingat pengorbanan ibubapa,embah Lanang dan Embah Wedok dah banyak berkorban untuk anak-anak,sekarang cucu-cucu yang senang. Ada tukar hadiah,mak dapat hadiah juga.
Lepas habis acara keluarga Emy balik,yang lain belum lagi.Keluarga Emy balik sebab esok pagi Kakak kena balik johor,bertugas kat sekolah baru dia,Kakak tina dan Kak Ya ikut temankan kakak.sebab kakak kena duduk seorang diri.Abang Ejat balik Terengganu.Tinggal Emy,abang Eman,Mak dan Abah.
Lepastu Emy pulak kene tinggal kat rumah Embah sebelah abah,Embah bila cuti kena jaga 4 orang cucu,paling besar 6 tahu,paling kecil 1tahun,mak dia orang kalau cuti kene kursus sebab nak jadi cikgu tetap.Emak pinjamkan Emy kat Embah dan tolong jaga adik-adik biar Emy cepat matang kata mak.Tapi kadang-kadang Emy seronoklah main dengan budak-budak tu tapi kadang bowring,budak-budak tu suka merengek,baru Emy nak duduk nak minumlah,nak kencinglah,embah suruh Emy mandikan dia orang bila petang.kadang Emy call abah suruh ambik.Ni Emy kat rumah lah,nak main monopoly tak ada kawan.
Lambatnya Kak Ya balik.Kata maka weekend ni.

Hari ini Emy buat N3 panjang sebab sejak Isnin modem rumah Emy rosak kena sambar petir,hari ini ada orang TM tukar modem baru.


Ini ialah banner yang di pasang masa perhimpunan keluarga,gambar lain tengok di http://www.zaitun.net/

Ahad, Oktober 04, 2009

Alhamdulillah

Akhirnya Emy berjaya membuat blog sendiri.Setelah beberape kali merayu pada kak Tiqah tetapi tidak dilayan,mungkin dia sibuk atau dia takut Emy lebih popular dari I Am ME iaitu blog kak Tiqah.ha ha ha......Sorry kak.Emy terjumpa cara membuat blog dalam hard disk mak,so..Emy pun cuba,Alhamdulillah Emy berjaya.
Emy suke berblog sebab Emy suka menulis.Selalu emy menulis di buku atau di kertas, lepas tu emy sepah2 , bile mak atau kakak nak berkemas selalu kakak masukkandalam beg plastik.Kalau dalam blog tak de siape yang berani usik,so..selamat berblg kepade diri Emy Sendiri.:)