Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Rabu, Disember 19, 2012

Palestine

Bismillahirrahmanirrahim..... Assalamualaikum




Siapa sudah membeli buku ini? Jika sudah, tahniah saya ucapkan. Jika belum, sila dapatkannya sekarang! Tajuk buku ini alah 69 JAM DI NERAKA ZIONIS oleh Noorazaman Mohd Samsuddin. Ingat tak pasal kapal ini?



                                               
Nama kapal ini Mavi Marmara (Mavi bermaksu biru manakala Marmara pula ialah nama kepada sebuah laut di Turki)


Ia adalah salah satu kapal yang mengikuti Flotila Kemanusian NGO Sedunia. Kapal ini telah membawa 688 sukarelawan untuk ke Gaza. Ramai orang tertanya-tanya" Kenapa flotila? Tiada kenderaan lain ke?".

Selepas Rejim Zionis membina "tembok kematian" di sekeliling Gaza pada 2005, Zionis menyekat semua keperluan asas penduduk Gaza. Satu-satunya pintu untuk ke Gaza yang tidak terikat ialah laut perairan Gaza yang dimiliki oleh kepimpinan Palastin di Gaza.Pada ketika itu, sempadan Arafah di antara Mesir dan Gaza telah ditakluk dengan pengaruh Rejim Zionis (Kejatuhan Hosni Mubarak pada akhir 2011 telah mengubah sedikit sebanyak urusan di sepadan Arafah). Sebab itulah mereka memilih flotila (flotila ialah Konvoi Pelayaran Kapal secara berkumpulan).


Malaysia telah menghantar 12 orang sukarelawan termasuklah penulis Noorazaman Mohd Smsuddinc .11 orang daripadanya telah menaiki Mavi Marmara, manakala seorang lagi menaiki kapal dari Greece. Hah! Lagi satu,  ingat Dr. Arba'ie yang saya cerita sebelum ni? Dr. Arba'ie pun ikut sekali tau!

Okey lah. itu saja yang saya nak kongsi tentang buku ni. Yang lain..... beli buku ni sendiri lah..... Best tau buku ni. Semasa saya baca buku tersebut, saya terasa macam seolah-olah saya di sana. Ada macam nak menangis juga. Dan ya! Saya menangis. Bila baca buku ni, kebencian saya terhadap Zionis makin meluap-luap! Jahat sungguh mereka! kejam! Jika anda ingin tahu apa yang Zionis lakukan sehingga saya benci mereka, beli dan baca buku ini banyak kali! Supaya anda dapat tahu apa yang Zionis lakukan terhadap sukarelawan yang pergi ke Gaza ketika itu...

Sekian. Assalamualikum...



Selasa, Disember 18, 2012

Cuti... akhir 2012

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

  Pada tahun ini, sekolah saya dicutikan awal. Kerana SMA(Sijil Menengah Agama untuk murid tingkatan 4) akan dijalankan dan seterusnya SPM. Sekolah saya tidak besar dan bangunan sekolah pun sediikit. Jadi, jika SMA & SPM berjalan kami murid tingkatan 1,2,3 tiada tempat utuk belajar. . Jadi kami dicutikan seminggu sebelum mula bercuti.

  Pada awal cuti yang "sebenar", Emak menghantar saya dan Kak Atira untuk pergi ke sebuah kem di Masjid Putra, Putrajaya. Kem itu dianjurkan oleh HALUAN . Tajuk kem itu adalah Kem Pesonaliti Remaja Puteri. Ia berlangsung selama 2 hari 1 malam, singkat sangat rasanya.  Seronok sebab kawan di sana peramah.Beritanya ada di sini.













      Bergambar dengan penulis terkenal Fatimah Syarha


Sebelum pergi ke kem, mak beritahu "Nanti kita pergi Johor". Tiba-tiba, mak ubah! Kita orang ingat lepas balik kem tu boleh la rehat. Tapi mak terus bawa pergi Johor! Hemmm... sebelum pergi, kami tidur di rumah Pak Mil di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi. Di sana basuh baju. Pak Mil ambil Abang Ejat di Nilai. Esoknya kami bertolak ke Johor.

  Kami melalui Melaka menuju ke Parit Zin, Muar. Melawat adik kepada Embah Wedok saya iaitu Embah Supangi.




Kemudian meneruskan perjalanan ke Batu Pahat dan bermalam di rumah Tok Iti. Di Batu Pahat kami juga melwat Tok Mah adik ipar Embah Lanang. Pada malamnya Pak Cik Syukor anak Tok Iti membawa kami makan Roti Nan di Restoran di Jalan Sultanah. Abang Aiman nak ikut kami, mak suruh dia naik bas dari Gombak ke Batu Pahat. Dia tiba di Batu Pahat pada pukul 10 malam, Pak Cik Syukor  mengambilnya di stesen bas. Esok paginya kami ke Parit Sg.Jambi, Rengit melawat 2 pupu Abah iaitu Pak Cik Mokadis dan Pak Cik Mokhsim. Mereka ada ladang nanas yang luas. Kami juga singgah ke Kg. Embah Lanang di Sri Ladang, Rengit.


Abang Ejat sedang bergaya dengan anak pokok nenas.


  Kami meneruskan perjalanan ke Felda Linggiu di Kota Tinggi untuk ke rumah Kak Tiqah. Selepas menjemput Kak Tiqah, Kakak membawa kami ke rumah Dr Arba'ie. Isteri nya Dr. Fauzana ialah Naqibah usrah Kak Tiqah. Dr. Fauzana ni dah macam mak angkat kakak. Kadang-kadang kakak tidur di rumahnya . Kami bermalam di sebuah homestay di Kg Temenin. Esoknya, pagi-pagi lagi kami ke Air Terjun, Kota Tinggi. Kami orang pertama tiba di situ. Kami mandi sepuasnya sebab tidak ada orang lain..


Abang Eman...hebat gile

  Selepas mandi, kami bertolak ke Johor Baru. Kai melawat Kak Sufi Solehah yang menghidap penyakit Kanser Darah di Hospital Tengku Ampuan Aminah. Kemudian kami solat zohor di Masjid Sultan Abu Bakar. Dari hadapan masjid kami dapat melihat Singapora! Kami pun mengambil gambar...


Kakak diapit oleh abang Ejat dan Abang Eman
 Kemudian kami ke Danga City Mall. Rupanya ada pameran buku-buku dari kedai POPULAR. Peluanglah untuk Kak Ira , sebenarnya dia memang nak beli novel, sekali ada pula pameran ini. Jadi apa lagi, memborong buku la kami!

  Selepas itu kami ke Pasir Gudang untuk melawat Tok Su di Taman Pasir Putih. Kami makan malam di rumah Tok Su. Ramai orang datang malam tu. Kawan Tok Yah (suami Tok Su), dan family Pak Long. Kami bermalam di sebuah homestay berdekatan rumah Tok Su. Esoknya kami bergerak untuk pulang ke rumah yang dirindui!. Home sweet home. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke rumah Pak Long di Sri Alam, Masai. kami juga melawat 2 pupu abah iaitu Pak Cik Mokhtar di Simpang Renggam.

  Dan akhir sekali... balik rumah la! Tapi sebelum itu kami hantar Abang Eman balik di Gombak. Esoknya Abang Eman ada quiz. Sampai di Sabak Bernam sudah malam jadi makan malam di sebuah restoran di Sg. Besar. Kemudian kami pulang,sampai rumah malam!!!










Haih... di Johor asyik makan saja. Setiap rumah yang kami lawat mesti ada saja makanan yang dihidangkan. Tak mengapalah jimat duit makan... Hehehe,lagi satu Dalam perjalanan abah banyak berehat sebab abang ejat jadi driver.

Sekian untuk kali ini.



Isnin, Disember 17, 2012

Salam

Hai, Assalamualikum. Maaf saya dah lama tak tulis catatan di blog ni. Kenape? Sebab saya asyik ber-facebook. And now, for me facebook is boring. Nak chat, tapi dengan siapa? Saya ni bukan jenis yang sosial. Kalau ada orang ajak chat pun, saya jawab sepatah dua perkataan saja. Sebab tak tau nak jawab dan tanya apa... Mak selau tanya "Emy bila nak tulis cerita kat blog? Sunyi je blog Emy tu". Dan saya jawab " Nak tulis ape pun tak tau la mak -_-". Dan saya pun nak mula aktif balik la macam dulu, kot?. Doakan supaya saya terus aktif untuk menjadi blogger girl!

Isnin, Disember 10, 2012

Ativiti masa cuti 2011

Sekarang sudah masuk minggu ke tiga cuti.Buka sekolah nanti Emy akan masuk sekolah menengah. Masa minggu pertama tidak ada apa=apa aktiviti yang Emy lakukan kecuali tinggal di rumah embah,menjaga embah.Minggu kedua ikut emak familyday SKTJ di D'Palma kuala Selangor.


Di luar chalet banyak monyet



Pertandingan mengutip kacang menggunakan chopstick



Pertandingan mengutip gula-gula,kanak-kanak 5 tahun hinggs 12 tahun.(nasib baik Emy belum buat IC)


5hb Des hingga 16hb,Emy mengikuti Program Daurah Remaja di masjid Sg Air Tawar.




Jadual program


Tapi pada 8hb Abah dan Emak minta pelepasan,sebab hari itu tarikh keramat bagi Emy iaitu hari membuat kad Pengenalan.Emak ikut sama hantar Emy ke Pejabat pendaftaran kerana Emy adalah anak bungsu,jadi inilah kali akhir emak menghantar anak membuat IC.Selepas siap tunggu 1 bulan untuk mendapatkan IC tersebut. Bermakna semasa mendaftar ke sekolah menengah nanti Emy belum ada IC.

Abah dan Emak Offer Emy untuk memilih gerai dan makanan,Emy hanya memilih asalkan ada nasi goreng dan ayam,.............cukuplah.


Abah sedang isi borang



sila cap jari


Selepas siap abah dan emak hantar Emy ke Program Daurah Remaja lagi.Dalam program ini nanti akan dapat sijil tetapi kedatangannya mestilah 90peratus,nampaknya Emy tak dapatlah sijil sebab hari Isnin,Selasa dan Rabu minggu depan Emy terpaksa cuti lagi. Kami sekeluarga akan trip ke Terengganu dan Kelantan. Di Terengganu kami ke rumah emak saudara yang terletak di Gong Badak.

Semoga perjalanan kami dilindungi Allah.

Isnin, Jun 04, 2012

 Esok holiday pergi Kelantan. Best kut? Cuti 2 minggu ni macam cuti seminggu je. Nak cerite ape pun Emy x tau lagi ,tunggulah esok bile dah sampai Kelantan baru Emy cerite semua. INSYAALLAH.... Patutnye hari ni Emy ade perjumpaan denagan GENG Emy. Tapi.... mlm tadi Emy tido rumah embah dok balik pukul 9 perjumpaan pukul 8.30. Jadi tak pegilah.....rase bersalah ade, tak bersalah pon ade! Entah la.....


                   HARAP ESOK ADALAH HARI YANG PALING HAPPY & BEST!!!!!!!!!!!

Sabtu, Mac 10, 2012

...

Wah lame Emy tak buka blog.Nak tau ape sebabnye.... Emy kan dah Sekolah Menengah, jadi Emy masuk Asrama lah. Hidup Emy kat asrama pun Emy tak tau nak cerite macam mane. Rupenye Emy baru tau susah sikit duduk kat Asrama ni. Yang Emy tak tahan dengan pelajaran. Ramai orang cakap duduk asrama ni bagus, pelajaran semua nanti okey. Ye la tau. Last-last B. Arab satu pun tak masuk kat otak Emy sbb tak boleh fokus. Yela, tidur pukul 11.30 bangun pukul 4. Mane tak ngatuk mase belajar. Dah berape kali dah Emy tertidur mase belajar. Selain tu masalah kawan, semue taukan Emy duduk kampung. Lepastu budak asrama ramai budak bandar. Jadi Emy tak nagm la dengan diorang, lepas tu ade sorang budak ni cakap Emy ni macam budak kampung. Mane tak sakit hati! Memang bnyak betul masalah Emy kat asrama tapi ni je yang Emy boleh cerita. Assalamualaikum.




Sekolah Agama Menenagh Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor