Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Selasa, Julai 19, 2011

Sampai Hati.....

Hari ini perkataan 1/2 menyakitkan hati Emy.Itu sebab Fazlin, dia tak heti-henti menyakitkan hati Emy.

Tadi kat sekolah petang ada quiz, Shafie,Azizi,Azreen dan Rohaizat lelaki dalam kumpulan Emy. Lepas tu ,kalau diorang tak tau jawapan diorang mesti tanya Emy. Tiba-tiba Fazlin duduk kat belakang Emy. Mase tu Emy bukak buku tulis, walhal langsung tak ade jawapan dalam buku tu.Fazlin tetiba cakap "Eleh korang ape ntah asyik tanye si Aimi tuje! Dahla die pon tengok buku!" saje je die cakap kuat-kuat sebab nak sakitkan hati Emy. Emy pun kemaslah buku masuk dalam bag. Emy pon jawab" Sakitnye hati mendengar kata-katanya!". Tetiba ustazah panggil 'dia' untuk jawab soalan.Emy pon cakap "Tau pon blah" Emy cakap perlahan tapi rupenye die dengar.Ape lagi die pon bagitaulah geng Wanna Baby die tu.

Lepas habis quiz kumpulan Fazlin menang.Lepastu kami solat Asar. Emy pergi cepat sebab Emy malas nak tengok die punye muke. Mase Emy solat Asar (bersendirian) die masuk masjid dengan geng Wanna Baby dan cakap" 1/2,1/2 asyik tolong Shafie jawab aje!". Lepas diorang keluar ambil wuduk Emy tak boleh tahan perit di dada Emy ,Emy terduduk dan menagis.










Mase balek Emy lapor kat mak dan mak kate"Fazlin tu dah sakit hati sebab Emy tolong budak laki, die cumburu,jadi die pon sakitkanlah hati Emy" Mak kate macam tu.


Kenape die cemburu kat Emy? Dan selalu sakitkan hati Emy?

Ahad, Julai 17, 2011

laporan

Assalamualaikum
Emy nak buat laporan sikit cerita semalam iaitu hari ahad 17 Julai.

Hari itu Abah,Emak,Kak ira dan Emy menghantar abang Eman ragister kat UniKL Gombak. Kita orang lalu highway baru Kuala Selangor-KL. Pagi-pagi emak suruh semua orang makan kat rumah, Tak ada singgah-singgah,jimat belanja. he he he.

Sampai sana pukul 11.30,

Abang Eman tengah bersiap di celah kereta

Sementara abah hantar abang Eman kat dewan pendaftaran Emy dan kak Ira jumpa lokasi menarik kat sini.



Ini adalah pintu pagar.


Ni dalam bilik hostel. Emy tolong pasang cadar,Kak Ira tolong kemas baju dalam locker.Emak tolong sapu bilik. Abah parking kereta.Abang Eman sebok susun kertas dalam fail.



Pukul 2,kami balik sebab Abang Eman ada taklimat. Emak dan abah peluk Abang Eman,sedih sebab Abang Eman tak pernah duduk jauh.

Balik tu Emak ajak abah masuk UIA,saja pusing-pusing,emak tak pernah masuk,emak kata "Sapalah antara Ira dan Emy yangdapat masuk UIA"


Dalam perjalanan balik abah mengantuk,dan emak gantikan. Masa abah tidur emak pecut sampai 120,ha ha ha,kalau abah tahu mesti marah.Lepastu kita orang singgah tesco makan kat situ lepastu shoping. emak bukan suka pergi tesco....yahudi kata emak ha ha ha....tapi dah terpaksa kalau tak Kak Ira tu merajuk.sekali sekala.

Sampai rumah6 petang......alamak sunyi abang Eman dah tak ada.



Khamis, Julai 14, 2011

Laptop baru

Nak cerita tentang Laptop baru emak,tapi sebenarnya tak lah baru sangat dah sebulan lalu. Tapi emak letak gambar ni di desktop. Lepastu Amy letak sticky note.


Tau tak macamana Emy buat imej ni. Mula-mula bukak desktop,taip keybord printscreen. Lepas tu buka paintbrush,lepas tu klik paste. Lepas tu save dalam jpeg. Lepas tu buat newpost uploudlah imej tu. Hi hi hi jadilah...tapi ini emy ajar untuk orang yang tak tau ye,yang tau diam-diam jangan menyebok.......:)))))

Sabtu, Julai 09, 2011

Debaran.....?

Hati Emy semakin berdebar -debar. Kenapa ya? Kerana menunggu ini:


Apakah bendanya ini? Nantikan kemunculannya........


Isnin, Julai 04, 2011

Ragam Budak Ngaji

Ada beberapa orang yang mengaji di rumah Emy.4 lelaki,2 perempuan.Perempuan tu adik-beradik Rabiatul Adawiyah 8 tahun dan Rabiatul Rasyada 6 tahun atau pon Kak Yong dan Kak Ngah. Lelaki pulak Fareez 7 tahun,Azreen kawan sekelas Emy,Aiman adik Azreen 11 tahun dan Arol 13 tahun.





Seperti biasa, setiap malam MAK semak Kak Yong dan Kak Ngah mengaji. Emy pula semakkan Fareez. Selesai Emy semak Fareez ,Azreen and the geng pun datang.MAK semak Arol dan Aiman. Manakala Emy semak Azreen,sedang Emy menyemak Azreen, tiba-tiba terdengar satu bunyi.
"Proooootttt!!!"
Semue orang terkajut, "bunyi ape tu?" Emy tertanya di dalam hati. Rupanya Fareez terbuang angin ataupun terkentut. Semue gelak sakan,sampai Azreen lupe mane yang die bace.Terpaksalah die baca semula.

Jadi janganlah kentut sesuke hati. Kalau dah tak tahan pergi tempat yang tersembunyi dan rase bersalah sikit. Fareez dah kentut gelak guling-guling dan buat muke tak malu pulak tu.







ALAHAI FAREEZ..........

Peristiwa 4 hari

Jumaat,Sabtu, Ahad dan Isnin.

4 hari ni berbagai cerita yang berlaku dalam hidup Emy.

Jumaat pagi Emy pergi karnival pendidikan di Sungai Besar. Kan emy dah cerita Emy masuk pertandingan melukis menggunakan painbrush. ha ha ha walaupn tak menang tapi dapatlah pengalaman tengok kawan dari sekolah lain yang best-best belaka. Setiap orang di beri 2 gambar iaitu desktop atau laptop,yang berwarna hitam dan suruh lukis salah satu dan warnakannya. Alamak Emy pandai lukis kartun atau orang tak pandai lukis alam bahan, 20 orang peserta yang masuk. Emy dapat saguhati antara 10 hadiah,tak apa kan? Asalkan Emy boleh pergi dan tengok pameran dan beli novel,key chain,note book ,berger dan icebland.Emy nak tujukkan antara lukisan yang best-best....... ok!.




cantik kan!

Ini pun

ini juga


dan inilah hasil emy,hi hi hi...camana nak menang





Masa Emy tengah melukis,ada yang melawat. Kat belakang tuh ialah orang yang merasmikan,tapi Emy tak kenal sangat,katanya Timbalan Menteri.


Ini antara souvenirs yang Emy beli.



Malam tu Emy ceret beret,mungkin keracunan makanan masa di karnival. Sabtu Emya tak datang sekolah masa ada larian 1 Malaysia,nasib baik,kalau tak penat lari.Hari Ahad Sukan sekolah.Tak ada apa-apa yang menarik melainkan bosan sebab Emy cuma dapat hadiah acara kumpulan nasib baik tempat pertama...yang penting Emy dapat membeli belah makanan yang di jual kat sekeliling padang hu huh hu

Yang paling comel.........Hari ini ..........Isnin.......cutiiiiiiii..........

Alhamdulillah,