Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Sabtu, Januari 08, 2011

Selamat Hari Lahir Abah

Tulisan tu emy tiru dari Kakak dari facebook dia.Emy kena tulis kat sini kalau tak dia marah.

Jangan tidur waktu petang tau.


Emy nak cerita sikit tentang peristiwa disuatu petang Khamis semalam mengenai abah Emy. Hari tu selepas balik dari Masjid masa Solat Asar,abah rasa mengantuk sangat,abah kata kat Emak abah nak lelepkan mata sekejap. Emak pun keluar pergi taman sayur,taman bunga dan pergi reban ayam. Sampailah di masjid dah bunyi rakaman bacaan Al Quran. Emak pun masuk bilik terkejut abah belum bangun. Emak kejutkan Abah masa tu jam pukul 7.10pm. Abah terus bangun dan tengok jam;
"Eh hari ni hari sekolah kan?" Emak rasa abah mengigau ni.
"Emy mana Emy? dah bangun belum?" Emak tak menjawab,abah terus ketuk bilik Emy,"Emy bangun-bangun dah solat belum?" Abah tanya emak. "Hari ni hari apa?" Emak kata "Tengoklah baju batik tu,bila pakainya?"Jawab Emak . "Ooo Jumaat ye,baju Melayu saya dah gosok belum?,eh dah lambat ni,emak relek je?." Abah kehairanan sambil tengok jam, biasanya 7.10am Emy dan emak dah masuk dalam kereta. Sebenarnya Emak dan Emy menahan ketawa.
"Eh kenapa ni? senyum senyum? sekarang pukul berapa ni?" kata abah. "Tu kan pukul 7.12"Jawab emak.
"Eh ni pagi ke petang?" abah kebingungan lagi . Emy dan Emak tak boleh tahan ketawa.
"Ooooo main-mainkan abah ya," abah kejar Emy dan emak,tapi emak lari laju,abah dapat tangkap Emy. Ha ha ha,walau hanya 3 orang dalam rumah,petang tu bising betul.
"Tu lah mana boleh tidur lepas asar,kalau selalu boleh jadi psiko" kata emak.