Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Selasa, Julai 19, 2011

Sampai Hati.....

Hari ini perkataan 1/2 menyakitkan hati Emy.Itu sebab Fazlin, dia tak heti-henti menyakitkan hati Emy.

Tadi kat sekolah petang ada quiz, Shafie,Azizi,Azreen dan Rohaizat lelaki dalam kumpulan Emy. Lepas tu ,kalau diorang tak tau jawapan diorang mesti tanya Emy. Tiba-tiba Fazlin duduk kat belakang Emy. Mase tu Emy bukak buku tulis, walhal langsung tak ade jawapan dalam buku tu.Fazlin tetiba cakap "Eleh korang ape ntah asyik tanye si Aimi tuje! Dahla die pon tengok buku!" saje je die cakap kuat-kuat sebab nak sakitkan hati Emy. Emy pun kemaslah buku masuk dalam bag. Emy pon jawab" Sakitnye hati mendengar kata-katanya!". Tetiba ustazah panggil 'dia' untuk jawab soalan.Emy pon cakap "Tau pon blah" Emy cakap perlahan tapi rupenye die dengar.Ape lagi die pon bagitaulah geng Wanna Baby die tu.

Lepas habis quiz kumpulan Fazlin menang.Lepastu kami solat Asar. Emy pergi cepat sebab Emy malas nak tengok die punye muke. Mase Emy solat Asar (bersendirian) die masuk masjid dengan geng Wanna Baby dan cakap" 1/2,1/2 asyik tolong Shafie jawab aje!". Lepas diorang keluar ambil wuduk Emy tak boleh tahan perit di dada Emy ,Emy terduduk dan menagis.










Mase balek Emy lapor kat mak dan mak kate"Fazlin tu dah sakit hati sebab Emy tolong budak laki, die cumburu,jadi die pon sakitkanlah hati Emy" Mak kate macam tu.


Kenape die cemburu kat Emy? Dan selalu sakitkan hati Emy?

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum kepada orang yang berhati sedih!
    Sudah hilangkah kesedihannya?

    Iblis adalah satu mahluk yang telah engkar kepada Allah SAW,dia sombong tidak mahu mengikut suruhan Allah supaya tunduk kepada manusia,lalu Allah laknat dia dan dijanjikan tempatnya di neraka. Iblis yang ibu kepada segala kejahatan itupun berjanji akan membawa manusia turut samanya ke neraka.Terpulanglah pada manusia mahu ikut iblis atau tidak.

    Begitu juga dengan Fezlin,sebenarnya hati dia sedang sakit jadi dia mahu Emy juga sakit sepertinya,bila emy sakit dia akan puas. Jadi mengapa emy perlu tunjuk sakit hati? Emy suka ke hati dia puas.Kenapa tidak Emy buat-buat tidak peduli pada kata-katanya,satu masa dia akan penat sebab tidak berjaya menyebabkan hati Emy sakit.Dan Emy menang.

    Biarlah dia ramai kawan,tapi tak semestinya kawan dia suka pada dia,kalau kita berkawan dengan Allah,Allah sentiasa mahu berkawan dengan kita.Dahlah tu dapat pahala pula.

    Be strong my dear.

    BalasPadam
  2. Insyallah Emy ikut sakap makbonda.

    Thank you for the encouraging word

    BalasPadam