Mana yang terbaik untuk saya?
Keluar asrama dan duduk rumah......atau..... just live at my "lovely" hostel and just back home once in three weeks! Imagine... it to horrible!
Okay... If I'm ask to my mother about this, she will say "Istikharah dulu...." with her normal face.
Alright. Disebabkan saya nak menjadi anak yang solehah saya akur dengan mak saya. Tapi masalahnya, kalau di asrama saya tak tau bila masa yang sesuai untuk solat istikharah tu.
Pukul 5.00 pagi saya bangun dan mandi serta solat subuh. At night, I must sleep at 11.30 pm.
Lagipun saya seram sejuk sikit nak bangun pukul 3 atau 4 pagi. Sebab dorm saya tu berha*t* sikit. Takut-takut 'ter'nampak
Hem.. cakap pasal
Pada suatu malam yang gelap dan pekat (lebih kurang pukul 11.45), saya sedang membasuh baju sekolah dan baju kurung bewarna hijau.(ya saya tahu patutnya saya masuk tidur tetapi baju sekolah itu akan dipakai esok). Tiba-tiba...!
"Emy basuh baju sensorang ke?" tanya Kak A. Dia pelajar tingkatan 5 senior saya.
"Tak lah. Emy basuh baju ramai-ramai. Kenapa?" tanya saya selamba.
"Ei Emy ni. Nanti akak cakap Emy basuh baju dengan sapa, lari pula..." Kakak A menjawab. Die pergi ke paip bersebelahan dengan saya. Dia mencuci muka dan memberus gigi. Bagus! Berus gigi sebelum tidur sanagt bagus!!!
Kak A bersuara lagi sambil dia menggosok mukanya dengan pencuci muka "Emy cepat sikit basuh baju. Dah lewat ni....bahaya.". Saya cuma diam....
Selesai Kak A melakukan aktivitinya, dia masuk ke dalam dorm. Tiba-tiba saya terfikir ayat Kak A tadi."Emy cepat sikit basuh baju. Dah lewat ni....bahaya." ..... Terimbas seketika cerita yang pernah diceritakan oleh sahabat saya .
"Emy kau tahu, Kak A tu dia boleh nampak
Okay. Saya faham.... saya melihat jam di tangan. 12.19 minit malam. Bulu tengkuk saya rasa semacam.
"EMY!"
"Mak! Ya Allah!!!!!!" saya baling baju di tangan dan memegang kepala paip.
"Hah! Hahahahahahaha!" Kak A gelak!
"Kak A!!!! Tekejut kita!!! Jahat la!!!" saya menjerit marah bercampur malu.
" Dah...Jom masuk, tidur. Esok boleh sambung" Kak A mengajak.
" Alah esok nak pakai..." saya merungut
" Emy lupa ka? Esok form 2 kan PJ...." Kak A buat muka "poyo". Ya.. dia ni poyo sikit tapi baik.
"Oh. Ha'ah lupa pula. Ok lah jom masuk." saya masuk dorm bersama kak A.
Saya pun baring dia atas katil. Sahabat sebelah katil saya sudah tidur. Tidur Mati! Tiba-tiba Kak A datang.
"Emy, Akak bukan tak bagi Emy basuh baju, tapi...." Kak A diam.
"Kenapa kak?" tanya saya sambil membetulkan selimut.
" Jangan takut tau!" kak A memberi peringatan. Dan saya angguk.
"Tadi akak nampak "makhluk" tu dekat paip yang hujung sekali. Masa akak cuci muka tadi "makhluk" tu dekat tempat lain. Akak ingat dia tak kacau Emy, jadi akak cuma bagi peringatan saja. Rupanya...dia ke situ...sebab tu lah akak suruh Emy berhenti basuh tadi" terang Kak A panjang lebar.
Selepas itu Kak A pun ke katilnya selepas dia berpesan untuk membaca Surah 3 Qul dan Ayat Kursi serta mengucapkan selamat malam.
Saya terus buat apa yang dipesan kak A. Badan saya dah berpeluh-peluh. Mulut saya kumat-kamit membaca surah. Tangan saya tergetar-getar sambil menadah tangan membaca doa. Saya terus tidur dan lena......Alhamdulillah tak mimipi apa-apa. Bangun pun awal....
Okay. Mungkin ada ada jawapan mengenai soalan yang atas sekali itu.... Tapi.....tengok dululah.....
Sekian, Wassalam.....(yang benar EMy99)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan