Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Khamis, Oktober 14, 2010

Cerita misteri tapi boleh jadikan tauladan.


Emy ada satu cerita seram tapi bukanlah seram macam yag ada kat tv ke atau filem yang selalu tu,tapi ini kisah benar dan boleh jugalah dijadikan tauladan.

Suatu malam tu,Nenek Emy, masa tu muda lagilah,dalam umur 25 macamtulah.Suaminya iaitu datuk Emy selalu pergi mengajar ugama kat surau-surau. Bukanlah nenek tak suka,suka je tapi hari tu anak-anak nenek demam pelintung,nenek pulak cirit beret.Datuk tinggalkan nenek dengan anak-anaknya.Nenek rasa bengang tapi ta berani nak bercakap sebab Nenek ialah isteri yag solehah.

Nenek tak tahan rasa cirit beret lalu lari ke tandas yang jauh letakknya sebab masa dulu mana ada tandas yang dekat rumah. Bila dah rasa lega nenek pun duduk termenung tepi kolam dengan hati yang bengang. Tiba tiba Nenek terdengar ada orang menegur dari belakang.
“Eh kamu dah tau sakit kenapa tak pergi kelinik?” Bila Nenek toleh rupanya Makbidan kampong tapi peliknya pakai baju macam nurse.Nenek macam tak percaya.Dia bawak anak patung.
“Macamana nak pergi,bapaknya sibuk”Dalam kehairaan Nenek menjawab juga.
“Jom ikut aku,aku hantar”
Nenek suspend juga,malam-malam mana pergi kelinik,kan kelinik jauh,kene menyeberang sungai.
“Nak ikut,ikut je,jangan fakir-fikir,tak mau sudah”
Nenekpun ikutlah.Tiba-tiba Nenek rasa sedang berada di jalan yang sangat cantik,penuh dengan hiasan bunga.Nenek tak pernah rasa tempat macamtu.Makbidan berjalan di hadapan,Nenek di belakang.

Nenek terus ikut,tiba-tiba nenek teringat nak baca-baca ayat Quran seperti surat Ikhlas dan sebagainya. Tiba-tiba Mak bidan marah;
“Kamu nak ikut,ikut je,jangan baca yang bukan-bukan,kalau tak pergi balik”
Bila Nenek baca-baca,Makbidan tu jauh,tapi bila nenek diam Makbidan tu dekat balik. Jadilah beberapa kali macam tu.Nenak mula perasan yang Makbidan ni marah bila nenek baca ayat Quran.

Setelah beberapa kali macam tu lama-lama Makbidan tu bersuara lagi
“Sudahlah kalau tak mau ikut,balik ajelah”
Tiba-tiba Makbida tu hilang dari pandangan,dan nenek dapati diri Nenek sedang berada dalam sebuah parit,badan Nenek penuh dengan lumpur. Nenek pun berusaha untuk naik dan balik ke rumah.Sampai rumah Nenek terus cuci badan,pakainnya di longgok tepi kolam.Nenek terus naik kerumah. Anak perempuan Nenek yang besar yang di panggil kakak, masa tu umur 10 tahun sedang menidurkan adiknya.Dia bertanya;
“Mak pergi mana?tadi adik nangis”
“Lama ke mak pergi? Esoklah mak cerita,dah pergi tidur”

Besok paginya Nenek suruh Kakak dan 2 orang adiknya tengok parit belakang rumah. Kakak nampak dalam parit itu lusuh,bekas ada orang berjalan berulangkali,lepas tu ada tapak kaki yang berlumpur balik kearah kolam.ada pula pakaian yang berlumpur berlonggok di situ.

Nenek pun bercerita apa yang terjadi.lepas tu nenek menutup cerita

“Itulah,masa tu Emak lupa pada Tuhan,hati Mak marah kat bapak,jadi Syaitan pun menjelma nak sesatkan Mak,nasib baik Mak masih ingat nak baca Quran,kalau tak habislah Mak tak balik.Mula sekarang kamu semua kalau rasa bengang,nak marah je,baca lah Al Quran,supaya syaitan tak masuk dalam hati”
Anak anak Nenek semua rasa sedih dan insaf,mulai hari itu semua orang akan baca Quran bila rasa merajuk.

Itulah yang Emak Emy ajar kat Emy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan