Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Ahad, Oktober 17, 2010

wewuiwuiweeeeee,wewuiwuiweeeee



Tok rimau suruh emy tulis cerita seram,emy tak ada idea. Emy tak pernah mengalami. Emy pun suruh emak cerita. Emak kata mana boleh cerita-cerita seram,nanti jadi syirik,buat apa kita takut kat cerita seram tapi kita taku pada Allah.

Tapi kalau cerita tu jadi tauladan tak apalah,Emak pun ceritalah,nilah yang emy tulis.

Pada suatu hari,rumah datuk buat family day,semua anak-anak datuk balik. Masa malam tu semua orang tidur di rumah datuk.Semua tidur bersepah-sepah.Ada seorang pakcik tu tidur dekat dengan dapur.

Semasa semua orang tengah tidur,tiba-tiba pakcik terjaga,dia dengar sesuatu. Dia pasang telinga, bunyi itu semakin terang,bulu-bulu roma dia meremang.

Bunyinya seperti;
“wewuiwuiweeeeee,wewuiwuiweeeee” berhenti,lepas tu sambug lagi.

Pakcik pejamkan mata,bunyi tu masih terdengar lagi. Pak cik tarik selimut,tutup badan dia. Dia mendiamkan diri dalam selimut sampai berpeluh-peluh.Waktu Pakcik mula nak memejamkan mata,bunyi itu terdengar lagi,Pak cik membaca bermacam-macam ayat Quran,tapi bunyi itu kejap ada kejap tak ada. Pakcik intai sekeliling,semua orang sedang tidur lena,

“Ya Allah,kenapa aku sorang yang dengarni,”Pak cik takut nak kejutkan orang lain,dia terus duduk dalam selimut sampai berpeluh-peluh.

“Makhluk apa bunyi ni,masa kecik-kecik tak pernah pulak dengar, Dah baca ayat Quran pun dia tak takut,jin ke hantu ni”

Lama-lama Pakcik pun tertidur.

Esok pagi,masa sarapan,pakcik cerita apa yang terjadi malam tadi pada Nenek.

“Bunyinya macam ni ke?” Tanya Nenek sambil buka da tutup kepala paip di sinki.

“Haah,macam nilah” kata Pakcik

“Hah ini lah yang bunyi” kata Nenek

“Ia ke,kenapa kadang-kadang tak bunyi”

“Masa malam kan semua orang tak guna air,jadi tekanan air kuat,jadi bunyilah”

Ha ha ha semua orang ketawakan pakcik,pakcik tertipu.

Nak tau pakcik tu kerja apa? Sebenarnya dia tu seorang doctor. Kah kah kah doctor tertipu.

2 ulasan:

  1. Pasa suatu hari, Emi buat la cerita seram pasal seorang ustazah masuk alam jin dan belasah jin-jin di sana.

    Jin tu seram dengan Ustazah. Hi hi hi.

    Ustazah tu kata dengan jin, "Jangan takut manusia, takutkan Allah." Jin pun insaf.

    BalasPadam
  2. Ok tok,tq for idea..... :)

    BalasPadam