Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Rabu, Oktober 27, 2010

Cerita seram ke 3

Ustazah Baitihah mengajar tauhid dekat sekolah petang, Dia selalu menasihatkan anak-anak muridnya supaya sentiasa takut dengan Allah,jangan berkawan dengan Syaitan nanti syirik.

Ustazah suka mengumpul duit dalam tabung,bila ada orang kutip derma ustazah ambik duit dari tabungnya.

Pada suatu hari semasa ustazah megeluarkan duit tabungnya,dia lihat duit tabungnya tinggal sedikit,pada hal tiap-tap hari ustazah masukan duit. Perkara itu berlaku selama berminggu-minggu. Ustazah tidak mahu menuduh sesiapa tapi dia cuba menyiasat. Beberapa hari ustazah mengintip. Pada malam itu ustazah nampak satu makhluk kecil berkepala botak menyelitkan diri ke dalam tabung dan membawa keluar sebahagian duit Ustazah. Ustazah tidak terus menangkapnya tapi mengekori ke mana dia membawa duit itu. Rupa-rupanaya dia kerumah Pak Anjar. Ooooo begini perangai kamu ye…Ustazah berkata di dalam hati..Pada malam esoknya Ustazah menyusun strategi,dia akan menangkap makhluk itu.

Ustazah berjaya menangkap makluk itu dan memegang telinganya yang panjang. Makluk itu menggigil ketakutan.Sehingga terkencing-kencing.


“Ooooo ini kerja kamu ye,kamu tahu tak perbuatan kamu ini berdosa,kamu boleh dihukum hudud tau”

Makhluk itu merayu-rayu minta di lepaskan.

“kamu takut?huh tau pun takut .....jangan takut kat aku…takut kat Allah.Lepas ni kamu ambik balik duit yang kamu ambik dari semua orang pastu masukkan dalam tabung LL4GAZA,faham?”

“Ya…ya sorry ustazah,saya ikut cakap ustazah”
“bukan sorry kat saya,sorry kat Allah”


Sejak itu tabug LL4GAZA cepat penuh.


Begituah cerita seram saya.

2 ulasan:

  1. Jangan la keluar semua cerita kat sini. Simpan la rahsia sikit utk projek buku. Tak suprise nanti.

    BalasPadam
  2. alamak,gitu ke tok,ok ok

    BalasPadam