Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Selasa, Disember 18, 2012

Cuti... akhir 2012

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

  Pada tahun ini, sekolah saya dicutikan awal. Kerana SMA(Sijil Menengah Agama untuk murid tingkatan 4) akan dijalankan dan seterusnya SPM. Sekolah saya tidak besar dan bangunan sekolah pun sediikit. Jadi, jika SMA & SPM berjalan kami murid tingkatan 1,2,3 tiada tempat utuk belajar. . Jadi kami dicutikan seminggu sebelum mula bercuti.

  Pada awal cuti yang "sebenar", Emak menghantar saya dan Kak Atira untuk pergi ke sebuah kem di Masjid Putra, Putrajaya. Kem itu dianjurkan oleh HALUAN . Tajuk kem itu adalah Kem Pesonaliti Remaja Puteri. Ia berlangsung selama 2 hari 1 malam, singkat sangat rasanya.  Seronok sebab kawan di sana peramah.Beritanya ada di sini.













      Bergambar dengan penulis terkenal Fatimah Syarha


Sebelum pergi ke kem, mak beritahu "Nanti kita pergi Johor". Tiba-tiba, mak ubah! Kita orang ingat lepas balik kem tu boleh la rehat. Tapi mak terus bawa pergi Johor! Hemmm... sebelum pergi, kami tidur di rumah Pak Mil di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi. Di sana basuh baju. Pak Mil ambil Abang Ejat di Nilai. Esoknya kami bertolak ke Johor.

  Kami melalui Melaka menuju ke Parit Zin, Muar. Melawat adik kepada Embah Wedok saya iaitu Embah Supangi.




Kemudian meneruskan perjalanan ke Batu Pahat dan bermalam di rumah Tok Iti. Di Batu Pahat kami juga melwat Tok Mah adik ipar Embah Lanang. Pada malamnya Pak Cik Syukor anak Tok Iti membawa kami makan Roti Nan di Restoran di Jalan Sultanah. Abang Aiman nak ikut kami, mak suruh dia naik bas dari Gombak ke Batu Pahat. Dia tiba di Batu Pahat pada pukul 10 malam, Pak Cik Syukor  mengambilnya di stesen bas. Esok paginya kami ke Parit Sg.Jambi, Rengit melawat 2 pupu Abah iaitu Pak Cik Mokadis dan Pak Cik Mokhsim. Mereka ada ladang nanas yang luas. Kami juga singgah ke Kg. Embah Lanang di Sri Ladang, Rengit.


Abang Ejat sedang bergaya dengan anak pokok nenas.


  Kami meneruskan perjalanan ke Felda Linggiu di Kota Tinggi untuk ke rumah Kak Tiqah. Selepas menjemput Kak Tiqah, Kakak membawa kami ke rumah Dr Arba'ie. Isteri nya Dr. Fauzana ialah Naqibah usrah Kak Tiqah. Dr. Fauzana ni dah macam mak angkat kakak. Kadang-kadang kakak tidur di rumahnya . Kami bermalam di sebuah homestay di Kg Temenin. Esoknya, pagi-pagi lagi kami ke Air Terjun, Kota Tinggi. Kami orang pertama tiba di situ. Kami mandi sepuasnya sebab tidak ada orang lain..


Abang Eman...hebat gile

  Selepas mandi, kami bertolak ke Johor Baru. Kai melawat Kak Sufi Solehah yang menghidap penyakit Kanser Darah di Hospital Tengku Ampuan Aminah. Kemudian kami solat zohor di Masjid Sultan Abu Bakar. Dari hadapan masjid kami dapat melihat Singapora! Kami pun mengambil gambar...


Kakak diapit oleh abang Ejat dan Abang Eman
 Kemudian kami ke Danga City Mall. Rupanya ada pameran buku-buku dari kedai POPULAR. Peluanglah untuk Kak Ira , sebenarnya dia memang nak beli novel, sekali ada pula pameran ini. Jadi apa lagi, memborong buku la kami!

  Selepas itu kami ke Pasir Gudang untuk melawat Tok Su di Taman Pasir Putih. Kami makan malam di rumah Tok Su. Ramai orang datang malam tu. Kawan Tok Yah (suami Tok Su), dan family Pak Long. Kami bermalam di sebuah homestay berdekatan rumah Tok Su. Esoknya kami bergerak untuk pulang ke rumah yang dirindui!. Home sweet home. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke rumah Pak Long di Sri Alam, Masai. kami juga melawat 2 pupu abah iaitu Pak Cik Mokhtar di Simpang Renggam.

  Dan akhir sekali... balik rumah la! Tapi sebelum itu kami hantar Abang Eman balik di Gombak. Esoknya Abang Eman ada quiz. Sampai di Sabak Bernam sudah malam jadi makan malam di sebuah restoran di Sg. Besar. Kemudian kami pulang,sampai rumah malam!!!










Haih... di Johor asyik makan saja. Setiap rumah yang kami lawat mesti ada saja makanan yang dihidangkan. Tak mengapalah jimat duit makan... Hehehe,lagi satu Dalam perjalanan abah banyak berehat sebab abang ejat jadi driver.

Sekian untuk kali ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan