Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Rabu, Disember 19, 2012

Palestine

Bismillahirrahmanirrahim..... Assalamualaikum




Siapa sudah membeli buku ini? Jika sudah, tahniah saya ucapkan. Jika belum, sila dapatkannya sekarang! Tajuk buku ini alah 69 JAM DI NERAKA ZIONIS oleh Noorazaman Mohd Samsuddin. Ingat tak pasal kapal ini?



                                               
Nama kapal ini Mavi Marmara (Mavi bermaksu biru manakala Marmara pula ialah nama kepada sebuah laut di Turki)


Ia adalah salah satu kapal yang mengikuti Flotila Kemanusian NGO Sedunia. Kapal ini telah membawa 688 sukarelawan untuk ke Gaza. Ramai orang tertanya-tanya" Kenapa flotila? Tiada kenderaan lain ke?".

Selepas Rejim Zionis membina "tembok kematian" di sekeliling Gaza pada 2005, Zionis menyekat semua keperluan asas penduduk Gaza. Satu-satunya pintu untuk ke Gaza yang tidak terikat ialah laut perairan Gaza yang dimiliki oleh kepimpinan Palastin di Gaza.Pada ketika itu, sempadan Arafah di antara Mesir dan Gaza telah ditakluk dengan pengaruh Rejim Zionis (Kejatuhan Hosni Mubarak pada akhir 2011 telah mengubah sedikit sebanyak urusan di sepadan Arafah). Sebab itulah mereka memilih flotila (flotila ialah Konvoi Pelayaran Kapal secara berkumpulan).


Malaysia telah menghantar 12 orang sukarelawan termasuklah penulis Noorazaman Mohd Smsuddinc .11 orang daripadanya telah menaiki Mavi Marmara, manakala seorang lagi menaiki kapal dari Greece. Hah! Lagi satu,  ingat Dr. Arba'ie yang saya cerita sebelum ni? Dr. Arba'ie pun ikut sekali tau!

Okey lah. itu saja yang saya nak kongsi tentang buku ni. Yang lain..... beli buku ni sendiri lah..... Best tau buku ni. Semasa saya baca buku tersebut, saya terasa macam seolah-olah saya di sana. Ada macam nak menangis juga. Dan ya! Saya menangis. Bila baca buku ni, kebencian saya terhadap Zionis makin meluap-luap! Jahat sungguh mereka! kejam! Jika anda ingin tahu apa yang Zionis lakukan sehingga saya benci mereka, beli dan baca buku ini banyak kali! Supaya anda dapat tahu apa yang Zionis lakukan terhadap sukarelawan yang pergi ke Gaza ketika itu...

Sekian. Assalamualikum...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan