5hb Des hingga 16hb,Emy mengikuti Program Daurah Remaja di masjid Sg Air Tawar.
Tapi pada 8hb Abah dan Emak minta pelepasan,sebab hari itu tarikh keramat bagi Emy iaitu hari membuat kad Pengenalan.Emak ikut sama hantar Emy ke Pejabat pendaftaran kerana Emy adalah anak bungsu,jadi inilah kali akhir emak menghantar anak membuat IC.Selepas siap tunggu 1 bulan untuk mendapatkan IC tersebut. Bermakna semasa mendaftar ke sekolah menengah nanti Emy belum ada IC.
Abah dan Emak Offer Emy untuk memilih gerai dan makanan,Emy hanya memilih asalkan ada nasi goreng dan ayam,.............cukuplah.
Selepas siap abah dan emak hantar Emy ke Program Daurah Remaja lagi.Dalam program ini nanti akan dapat sijil tetapi kedatangannya mestilah 90peratus,nampaknya Emy tak dapatlah sijil sebab hari Isnin,Selasa dan Rabu minggu depan Emy terpaksa cuti lagi. Kami sekeluarga akan trip ke Terengganu dan Kelantan. Di Terengganu kami ke rumah emak saudara yang terletak di Gong Badak.
Semoga perjalanan kami dilindungi Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan