Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Rabu, Jun 16, 2021

Puisi Sejarah Zainuddin Labay


Tanggal 12 Rejab 1308 Hijrah,
Nun jauh di Barat Sumatera,
Lahirnya zuriat pertama Ummi Rafiah
Bakal cendiakawan Zainuddin di rumah gadang

Anak tertua dari berlima,
Membawa gelaran Yunusiyyah nama si bapa,
Tumbuh dewasa dalam silsilah beragama,
Anak yang cerdas tiada tandingnya

Tarbiyyah Zainuddin di rumah awalnya,
Di didik dek bapa akhlak dan agama,
Di masukkan pula ke sekolah Kolonial Belanda,
Namun dihenti dek pembaratan yang dibawa

Kembali dia menagih ilmu di bapa,
Di kala senggang dikaji sendiri kitab-kitab bapanya,
Tiba si bapa dijemput yang Maha Esa,
Terbengkalai Zainuddin meneruskan ilmunya,
Menjadi parewa buntu masa hadapannya,

Tika si ibu ikhtiar demi lima cahaya mata,
Tergerak hati Zainuddin gairahkan ilmu,
Mendapat tahu Haji Abdul Karim Abdullah kembali dari Mekkah 
Langkah ilmu digoyakkan semula,
Merantau Zainuddin sehingga ke danau
Berkereta kuda dibiyai si ibunda

Citarasa ilmu sentisa berkembang,
Terjatuh cinta pada modenisasi dalam Islam
Beguru dia bersama Haji Abdullah Abbas di Padang Japang
Berkat kecerdasan yang luar biasa dan berbeza,
Dilantik Zainuddin guru pembantu tugas pertama

Karya ilmiah mulai dikarang
Al-Munir menjadi pentas luahan pemikiran moden Islami
Malang rentung dimusibah api,
Di bina pula Al-Munir Al-Manar sebagai ganti
Mendidik wawasan membaca di setiap negeri

Pelbagai masalah mencengkam menyambar
Makalah demi makalah kian disebar
Akidah ditekan di setiap catatan
Elakkan umat ditipu kesesatan
Menyumbang rujukan insan dari penyimpangan

Semangat baru turut disuntik
Memartabatkan muslimat di layar ilmu yang melimpah
Mengejutkan muslim yang lena tertidur
Agar bangkit tak dipandang mundur

Sedang ilmu dicatat dicurah
Tiba saat nafas terakhir dihela
Dipanggil Al-Alim kembali ke sisi-Nya
1924 Masihi Zainuddin meninggalkan dunia

Selasa, September 10, 2019

another step

hai! Assalamualaikum

by the day i write this post, i already at a new place. aku pernah bagutau sebelum ni kan, yang aku dah tamat Diploma di UniSZA kemudian aku menganggur di rumah selama beberapa bulan.

aku ambil semula lesen motor yang dah lama mati dan lesen kereta.  dan JPJ motor Alhamdulillah aku lepas dengan bauk tapi,,, aha lumrah wanita mungkin JPJ kereta tak lepas dibahagian litar. Aku tersangkut di bukit, tapi jalan raya pass. So aku kena ulang JPJ akan datang.

sementara menunggu JPJ akan datang, keputusan UPU keluar. UPU untuk sambung degree.

sebelum masuk topik itu, sebelum ini semasa aku baru tamat Diploma, i had 3 thought about what should I do after my Diploma.

1. sambung study di UniSZA - Degree Antropologi Dakwah (sebab masa tu dah keluar result permohonan dalaman ijazah UniSZA )
2. mulakan business tudung dengan Izzati Alia (i take the marketing part)
3. duduk di rumah, tolong mak di rumah (because my parents sudah masuk umur warga emas)

tapi at the same time, aku isi UPU juga. dan tak berharap sangat. but at the end of the day, Allah bagi aku peluang untuk teruskan belajar dalam kos yang lebih kurang sama dengan kos diploma dulu.

Aku ke UKM. aku sangat terkejut aku dapat peluang ni. bukan tempat biasa-biasa dan bukan ijazah biasa-biasa. dan mak abah, pun sangat sangat terkejut. Mak mengaku sebenarnya sejak kakak aku dua orang tu dapat ijazah dan bawah-bawah tak ambil ijazah, mak dah tak berharap untuk anak-anak bawah ambil ijazah juga. dan mak dalam diam berharap ada anak yang sambung pengajian Islam, tapi tengok macam tiada siapa yang nak. Aku pun dah pernah cakap tak mau sambung pengajian Islam dah, tapi doa mak abah lagi dimakbulkan.

Aku ke UKM untuk Ijazah Pengajian Islam, major Arab. Mak abah suka sangat-sangat. Jujur, aku rasa makin terbeban, sebab mak abah dah berharap.

Aku harap doa mak abah cukup untuk aku terus belajar ilmu Allah ni. Aku tak berani nak yakin 100% boleh bawa, tapi doa mak ayah kan... Aku usaha tawakkal.

Wish me luck.

Ahad, Mei 26, 2019

tiba tiba habis diploma

Alhamdulillahh.

Diploma sudah pun ditamatkan dengan jayanya. (walaupun taktau lagi result final mcm mana)

Alhamdulillah, se stress mana pun, se sakit mana pun aku, Alhamdulillah Allah bagi aku untuk grad diploma dengan baik.

Sumpah, hujung hujung final semester ni, cabaran dia laaagi besar. Masalah belajar, masalah kawan, masalah persatuan, masalah perasaan. wa ghairaha

Dan jujur setiap kali aku hadapi cabaran ujian semua tu, aku memang lalui dengan cara yang tidak baik dan tidak kuat. Aku "melatah", aku tak nak percaya pada anak anak buah, aku tanam dengki dengan kawan, aku hina diri aku. Aku tak jalani hidup aku dengan baik aha.

Actually, flow yang Tuhan beri dan sediakan tu dah lawa dah. Aku je tak ikut apa yang Allah dah sediakan. Tak bersyukur.

Haha aku sedih dengan diri aku. Tak ambil ibrah dengan apa yang dah berlaku.

Astaghfirullah.

Tapi aku bersyukur, bersyukur Allah sedarkan aku. Allah tak biarkan aku lalai. Terima kasih ya Allah. Kuatkan hati aku dan istiqamahkan niat aku.

Alhamdulillah.

Sabtu, September 01, 2018

Being adeptable

Salam

Umur aku sekarang dah hampir 19 tahun, danboleh kata aku hampir menghabiskan fasa remaja dan masuk ke alam dewasa. Lately, aku perasan yang aku dah boleh masuk dengan mak cik-makc cik dan kakak-kakak sepupu aku bila di dapur rumah nenek.

Sebelum ini memang aku akan elak duduk di meja makan itu untuk bergurau senda dengan mereka sebab aku tak faham joke dan perbualan meeka. Bila aku sampai di kampung aku akan bina tembok di sekeliling aku dan tidak bercampur dengan saudara-mara dan mak cik pak cik. Aku rasa rimas sebab aku dalam fasa remaja yang sedang rebel.

Then, im started to pen myself dengan sepupu aku yang lebih muda. Aku join diorang main kat tepi rumah. Sepupu aku ada hobi dan interest yang agak pelik, mungkin disebabkan pengaruh hari ini, adik sepupu aku suka sangat rekod video bila diorang berkumpul di kampng. Kalau balik ja, mesti ada satu atau dua video pendek yang mereka lakonkan dan ramakm. Dan mereka sangat teliti dalam pembikinan video itu sehingga mereka ada skrip dan storyboard.

Sebab aku berada dalam pentas yang sama dengan mereka, aku pun ikut rakaman diorang. Memang kelakar jalan cerita diorang, iyalah kanak-kanak yang umur 10- 12 tahun hanya tahun cerita superhero kesukaan mereka sahaja. Aku sangat impress dengan minat dan bakat diorang. Disebabkan minat diorang itu, diorang tidak berapa mengalami fasa remaja yang rebel. Diorang semakin akrab.

Dan setelah aku cukup merasai pengalaman membuat video dengan mereka, aku mula masuk dapur. Aku mula bercampur dengan makcik pakcik. Aku mula faham gurauan dan perbualan mereka.

Aku rasa beruntung bila aku dapat menjalani fasa-fasa itu dengan baik. Walaupun kekadang aku cuba membina tembok itu semula tapi aku cuba rutuhkan juga supaya aku berpeluang merasai pengalaman hidup.

Rabu, Ogos 29, 2018

Other than study, i do...

Salam.

Hai. Sekarang aku sedang cuti semester untuk semester 4 dan berbaki 2 semester lagi untuk aku tamat belajar. Ya, sangat cepat masa berlalu dan sangat banyak aku dapat pengalaman baru dan kawan baru sepanjang semester yang aku dah lalui ini.

Sebelum ini aku ada update tentang aku rasa down to the earth sangat bila dalam kelas, and yeah the thing still go on. Aku masih lagi lambat catch up dengan learning session tambah-tambah lagi bahagian 'irab yang memang dari zaman sekolah aku fail. Well, honestly i didnt even try hard on pressure myself ino the subject sebab i really dont have any interest to drown myself into the subject (sebab aku malas, hah!) but i will try to.

Okay let not talk about that issue. Well today aku nak share story dan pengalaman aku dengan persatuan pula. Aku ada join 2 persatuan luar dan of course yang wajib 1 persatuan kos.

Untuk persatuan kos aku dapat tugas untuk jadi exco media dan publisiti which is aku sanat okay bila dah dapat jawatan itu. Akan tetapi, persatuan kos aku agak ketinggalan dengan persatuan kos-kos lain. Antara faktornya ialah persatuan kos aku tiada pelajar degree, hanya diploma. Jadi pengalaman masing-masing tak banyak untuk mebangunkan persatuan itu.

Jadi kami punya persatuan ni, tak banyak buat program dan tak ada dana untuk buat program. Aku sebagai exco media pun tak boleh nak kata apa bila exco media sebelum aku tu tak ambil cara pun dengan media persatuan sebelum itu. Tak ada guider langsung disebabkan senior sebelum tu lepas tangan tanpa ada pesanan kepada kami exco baru. So, we build up our self dengan guna pengalaman daripada persatuan lain yang kami join.

Alhamdulillah kami ada membuat beberapa program yang, tak lah meriah mana tapi agak baik dan bermanfaat kepada orang. Sekarang, tampuk pemerintahan sudah bertukar, kami yang exco dah naik jadi majlis tertinggi disebabkan senior dah tamat belajar. Semasa proses pemilihan jawatan tertinggi, aku tarik diri sebab aku dah tak mampu nak teruskan. Tapi, aku ada rasa seronok bila pegang tugas dekat persatuan ni sebab media dia baru membangun, so i can create banyak gila benda baru yang persatuan takada which is sangat memberi aku pengalaman baru cara handle media persatuan.
Program Liqa' Mahabbah Mentor Mentee ( as AJK Media)

Program Sunnah Week (as AJK Media) *meet 'Aqilah Muslim who is my classmate and Exco Helwanis

Program Family Day SEJAHTERA ( as AJK Media again!)

Program Tautan Mahbbah (as AJK Persiapan Tempat) * i request for them to point at me ahahaha


Dan untuk persatuan luar, aku ada join 2 persatuan. Persatuan yang berkaitan dengan seni (aku join sebab dia ada media) dengan persatuan kesukarelawanan. Aku join dedua ni sebabkan Ratna ajak (kawan sekolah dulu).

Bila aku masuk persatuan seni itu, aku dapat culture shock yang teramat. Sebab memang sangat sosial ahli-ahli persatuan itu, well sebab diorang budak tari, puisi. Memang boleh expect la cara pergaulan diorang aku tak pernah jumpa dan alami. Aku jujur aku triggered. Dan rupanya dalam persatuan itu, bahagian media tidak pun di And then aku tarik diri.

Dan persatuan sukarelawan ni lah yang paling special untuk aku sebab persatuan ni paling membntuk aku punya identiti dan pengalaman yang sangat sangat banyak. (im so so excited to tell you here!)

Nama persatuan ini, Pertubuhan Sukarelawan Siswa singkatan PERSIS. Persatuan ni anatara yang sangat aktif di universiti aku. Orang sebut je, dah boleh kenal dan tahu. Aku masuk persatuan ni pun disebabka benda yang sama, Ratna yang ajak sebab kakak ratna masuk persatuan tu. Masa awal-awal aku nak daftar memang aku tak semangat sangat, nasib baik dia terima borang obline so that aku tak perlu keluar sibuk-sibuk hantar borang (see, pemalsnya aku!)

Bila dah hantar borang nama aakn dikeluarkan short list untuk interview, bukan biasa-biasa tau persatuan ni. Nak masuk je dah kena iv! Dan nasib baik, iv tu dapat berjalan dengan baik untuk aku dan Ratna. Tujuan iv itu adalah sebab persatuan ini ahli dia akan dipecahkan mengikut kluster, dan kluster yang ada ialah:

- Kluster Pembangunan Sosial
- Kluster Pendidikan dan Inovasi
- Kluster Krisis Sosial
- Kluster Agribio

Ratna pilih kluster krisis sosial, tapi aku tak pilih mana-mana kluster tu. Aku attempt Unit Media dan Komunikasi Korperat, unit ni agak special daripada kluster-kluster sebab dia macam skuad khas untuk kendalikan media PERSIS. Mula-mula aku tak confident sangat dengan kemahiran yang aku ada tapi Alhamdulillah bila result keluar, aku dan Ratna dapat kluster dan unit yang kami attempt.

But, aku memang dah set awal-awal yang aku takkan jadi ahli aktif persatuan tu disebabkan aku memang tak ada niat untuk bangun dalam persatuan tu. Sampaikan program pertama yang dibuatkan khas untuk ahli baru pun aku tak pergi!

Dan aku baru tahu juga msa tu yang unit media ni ialah special force yang ahli nya dilimitkan kepada orang-orang tertentu. Disebabkan di kampus aku tiada unit media yang aktif, bila ketua kami ajak buat meeting di kampus dia di Besut kami tak dapat hadir. Kiranya memang tak diperlukanlah kami yang di kampus Gong Badak, plusunit media kampus Besut lagi ramai dan pakar daripada kampus Gong Badak yang tiada fakulti komputer macam di Besut.

Tapi, sampailah suatu hari, ketua unit media buat competition poster untuk ka mi ahli unit medi dan aku pun why not aku join sebab dia tak perlu tenaga lebih daropada aku turun padang (hahahha), dan aku hantar poster aku pada ketua unit and he choose my poster as hebahan program. Dari situ he start tu encourage me untuk aktif dalam media Persis. Kemudian Persis ada buat minggu mural sempena minggu kesukarelawanan negara yang aku join for the first time sebab Ratna ajak tapi aku dan Ratna tak dapat masuk team yang sama, kami buat mural di sekolah yang berbeza. Dan masa itu baru aku kenal siapa ketua unit aku dan ahli Persis yang lain.

Persis buat program ramah mesra bersama ahli which is golongan MT dan atasan aku buat sesi kenal-kenalan lebih rapat dengan ahli lain dan dia buat kat kedua-dua kampus secara serentak. Dan disebabkan ketua unit aku dah kenal aku, dia mintak aku bertugas untuk sesi di Gong Badak.

Jadi aku pun bertugas sebagai photographer untuk sesi bermah mesra itu, dan ketua unit kata tahniah sebab hasil work aku boleh dikatakan baik. Dan start daripada itu, kalau ada event Persis di Gong Badak aku kena turun as unit media Gong Badak. Till one day, ada majlis watikah perlantikan yang aku kena on duty. Untuk majlis tu, semua ahli akan dapat sijil yang diwakilkan kepada individu tertentu dan aku sangat terkejut bila nama aku jadi wakil untuk ambil siil unit media padahal aku tengah bertugas tangkap gambar masa itu! Seriously aku flustered gila dan aku dengan suara ketua unit aku gelakkan aku sebab aku buat muka masa naik pentas. He know im not ready at all!

Dan habis je majlis itu, suddenly he make an announce dekat group whatsapp media that aku dilantik as timbalan media. Aku pun like, whattttt! Aku baru je nak jadi ahli tak aktif tiba dapat jawatan tibalan media! And actually function utama aku dilantik adalah aku akan mengurus unit media di Gong badak disebakan kan ketua aku tak boleh nak ambil cara kami di sini berbanding di Besut kampus beliau. So aku faham kan jelah tujuan beliau.

And then Persis buat program pergi Indonesia, siapa yang nak join kena interview (limit 15 orang sahaja). Aku dan Ratna memang tak ada interest langsung nak follow, dan syarat penyertaan pun kami tak menepati  jadi macam membazirlah kalau aku pergi iv tapi tak dapat (plus aku malas ahahaha)

Tapi! Ketua unit aku suruh aku pergi, dia suruh aku try (dia cakap depan-depan) dan aku dah terjanji yang aku akan pergi iv tu dengan Ratna. Tapi aku buat tak heran sampai aku lupa tarikh iv tu dan tiba Ratna pm whatsapp kata dah siap isi borang ke belum, malam tu iv, maghrib tu jugak aku baru isi borang tanpa sempat aku mandi petang aku terus pergi iv. Serius sakai masa tu! Dan kami dapat buat sesi iv dengan baik, kita jawapan masing-masing masih releven dengan soalan lah. Dan dia akan announce pada hari yang lain. Aku dengan Ratna tanak letak harapan tinggi akan dapat sebab kami kena tanggung kos belanja kami sendiri dalam RM400. Memang tak lah aku dengan Ratna nak dapat benda tu. Dan aku dah tak ambil kisah sampailah tiba-tiba suatu hari kawan aku (dia Persis jugak) pm aku kata "Tahniah, bla bla bla bla". Aku macam pelik, dah kenapa ni?

Rupanya aku terpilih untuk ikut misi ke indonesia. Aku macam.. Wow! Dan mak abah tak larang aku untuk pergi bila aku tanya diorang. Dan aku macam... Aduh. Agak tertekan jugak. (ni aku akan teruskan cerita pada entry lain yang aku buat khas untuk program ni, InshaAllah!)

Dan bila habis program Indonesia, nama jadi selalu naik untuk next-next program. Lagi bertambah harey bila aku as timbalan Media kena ganti tempat diorang ahli media gong badak if diorang tak dapat turun program. Serius weh sedih dan penat sangat masa tu. Dalam bulam April lepas, adalah bulan paling sibuk dalam hidup aku bila setiap hujung minggu dalam bulan tu aku ada program ke luar uni. Masa tu tahap stress aku memang sakit sangat sebab April adalah bulan submit assignment. Aku memang try hard gila nak seimbang ataupun cuba lebihkan kat assignment tapi jujur aku tak mampu

Aku breakdown gila masa tu. Tapi syukur Alhamdulillah Allaah kurniakan aku sahabat-sahabat kosmet yang baik dan memahami, diorang banyak tolong aku deri segi nota yang tertinggal. Syukur sanagt, dan untuk program aku dah boleh serahkan kepada anak buah aku dengan baik. Thanks God sangat!
My first poster yang aku submit pada ketua unit media

Program Mural (dan ni hasil yang aku buat yang lain orang lain sambung ahaha)

Program Santai (first duty as photographer for PERSIS)

Progam Ekspedisi Fua Tempurung (me as AJK Media)
Watikah Perlantikan yang sangat flustered!


Misi Medan Indonesia (as Unit Media)

Misi Medan Indonesia (as Unit Media)

Program Back to Nature di Semanggol Perak (as Unit Media)

Program Kepimpinan (as Unit Media juga)

Program Jalinan Kasih Siswa (as unit Media) *program ni Ratna jadi pemgarah program! I'm so proud of her!

Program Kepimpinn (As AJK Makanan dengan Ratna!)

Well yeah, bila aku dah alami semua benda tu dia jadi lesson life pada diri aku. Aku belajar banyak benda macam, i should do work quickly jagan tangguh tangguh, utamakan belajar, bergantung pada Tuhan.  Memang tak nafi, aku ada rasa terharu bila aku dapat belajar semua benda ni dalam usia aku yang tak capai 20 tahun! Memang it make me to be matured with life. And I really really thankful to my friends (esp Ratna Sari!) , classmate (SEJATI 17/18), housemate (F3-1), SEJAHTERA (nama persatuan kos) dan of course orang-orang kuat PERSIS dan last but not least ketua unit media aku yang paling power dan hormat gila Amir Fitri! (mungkin aku akan buat appreciation post kot untuk dia because he to damn awesome, idolized gila!)

So yeah, that my story.

Ahad, Januari 28, 2018

Passive or Active

Assalamualaikum.

Hi.

Lately aku dah perasan satu sikap aku yang aku sendiri tak tahu, samada benda tu negative atau positive. Okay, usually kalau dekat kelas aku memang tak boleh duduk diam.

I poking on my friend, I respond to my lect and I ask several question to my lect. Dan aku rasa, I need to stop those act sebab sebenarnya ia menganggu kawan kawan aku.

Why do I poking on my friend? I have to avoid my self from being sleepy. So, the only way to focus on the subject, I need to do something.

Then, I start to restraint myself form doing all those act. The result is...

Semakin aku diam, semakin banyak negative vibe datang dalam otak aku.

Aku mula fikir benda-benda past yang aku pernah buat. Benda-benda memalukan, benda-benda salah. Jadi aku rasa, I cant keep myself being silent.

Tapi aku taknak... Well, ganggu kawan kawan aku.

Sekarang ni, orang akan expect aku tinggi sebab I ask question, I answer. Padahal aku adalah insan yang paling tak bijak daripada diorang.

Ilmu aku dalam agama ni lagi low down the earth daripada diorang yang pangkat ilmu dah tahap langit ke tujuh. Diorang asal sekolah bagus bagus, arabic diorang lagi power. Diorang huffaz.

Sedangkan aku... Orang yang banyak bising dalam kelas tapi sebenarnya sikit ilmu dalam hati.

Rabu, Disember 06, 2017

It's Happen

Sebelum aku masuk dunia mahasiswa ni, aku dah dipesan oleh pelbagai orang.

Mak-- Abah -- Cikgu Fath and others.

From those advises and warning, ada beberapa yang aku takut sangat-sangat.

1. Kawan Sekolah

Cikgu Fath dah pesan, if aku masuk dunia lain. It is normal if you accidentally forget about your old friends Which mean, kawan-kawan aku sekolah dulu. Tapi semua benda itu berlaku ada asbabnya. Mungkin kau nak lupakan benda-benda buruk dekat sekolah dulu, dan aku ter lupakan mereka. And the other reasons is, kau ter lebih selesa dengan kawan baru.

But, for me. I try to not to forget my friends. Aku cuba nak sentiasa bercerita, melawak, menangis sama-sama dengan mereka even kami dah habis zaman sekolah. Aku fikir buat itu sahaja dah mencukupi. Tapi rupanya aku terlepas pandang benda penting dan buat aku hilang kawan-kawan lama aku.

2. Perangai Buruk

Mak dah pesan, if aku jejak dunia baru ni aku mesti tinggalkan amalan dan perangai buruk yang aku selalu buat dan pernah buat. Such as: merajuk aku, mudah terasa aku, ego aku

Mak kata, cuba bayangkan kalau aku sendiri ada kawan yang bertindak sedemikian rupa, adakah aku suka ada kawan macam tu? Adakah aku seronok ada kawan macam tu? Jadi, aku dekat sini sedaya upaya nak buat new character because i dont want to be my old self. Tapi kan, if usaha tanpa istiqamah it is useless.

Sejak dua menjak ni, aku buat balik perangai-perangai tu. And, people start to act like those old days yang aku sangat benci.

3. Ketidakbijakan

As you know, kursus aku dekat sini ialah MAJOR ARABIC. Dan umum sedia maklum yang aku gagal mata pelajaran bahasa Arab on every exam kat sekolah (kecuali PT3 dan SPM). So, aku serius terumbang-ambing dalam kos aku. I try to catch up tapi malang,

Most of my course-mate memang arab mereka dah power sejak lahir. Ex-MRSM kot, Ex-Imtiyaz kot, Ex-SBPI kot. Nak banding dengan sekolah aku yang bagaikan sebesar kuman kat mata mereka tu, memang ke laut.

Well, its not stopping me to try and learn. Till one day, aku tertunjukan ketidaktahuan dan kebodohan aku in front of them. And their respond was...

"apalah, benda mudah pun tak tahu. Belajar dari sekolah rendah kot"

Burn.

Aku rasa masa tu macam nak nyorok dalam tangki air asrama. Tak nak duduk dalam kelas tu. Aku rasa nak mati. Aku rasa aku sangat bodoh. Tapi malang, benda dah jadi. Itu tak kira lagi dengan markah test aku. Hambar dah hampeh. Rasa macama ku kena repeat sem (bukan subjek)

As conclusion, tiga benda yang aku takut untuk jadi, dah pun jadi. Im worthless. Worthless to my parents, useless to my family, and nothing to their eyes.

I'm dead.

Ahad, Oktober 01, 2017

Me Entering Mahasiswa Life

Assalamualaikum.

Hi!

Lama sangat tak update. Apa khabar aku sekarang? Sangat baik, Alhamdulillah. Sekarang aku sudah berada di UniSZA, Terengganu. Ya, banyak aku post tentang masa depan aku yang tak cerah sebelum ini. Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan pilihan kehidupan aku setakat ini.

Kalau ikutkan aku sudah berada di UniSZA untuk 5 bulan. Dalam 5 bulan ini juga aku dah lalui banyak sangat peristiwa dan perkara yang mungkin menyeronokkan dan menyedihkan. Pengalaman pun bertambah banak. Macam orang selalu kata, pengalaman mendewasakan kita. Aku rasa sedikit dewasa sekarag walaupun aku tak legal 18 lagi.

So far, my life here is fine. Aku dah ada kawan, dan masih lagi terus berkawan dengan Ratna Sari (kawan sekolah menengah yang apply UniSZA). Kawan-kawan baru ni Alhamdulillah sangat menyenangkan aku dari segi banyak aspek. Tapi tipu lah kalau semua benda berjalan lancar tanpa gangguan.

Bercakap tentang gangguan, seperti biasa. Aku mengalami gangguan emosi. Awal sem 1 (sekarang sem 2, sem 1 ialah short sem) dulu, aku ditugaskan untuk mengendali sebuah program yang agak sukar disebabkan bilangan ahli yang sedikit dan kurang berkomunikasi. Sebenarnya ada je perbincangan antara ahli jawatankuasa, tapi... Salah aku. Mengambil jalan mudah dengan nak handle semua benda. Bila dah serabut, mula tunding jari. Hahaha, bodohnya aku masa tu. Nauzubillah

Aku juga diberi jawatan di dalam kos untuk naib pengerusi majlis. Di dalam semester pendek yang singkat itu, aku cuba wujudkan usrah antara siswi kos. Ada yang berjalan lancar, ada yang hambar dan ada yang kabut. Nak buat macam mana, aku ni kalut. Hahaha

Sem 1 tak banyak sangat pengalaman. Sebab baru berjinak dengan cara pembelajran universii yang berbeza dengan zaman sekolah. Tapi yang paling tak boleh lupa semasa hari terakhir exam, kertas akidah dan akhlak. Aku tertinggal slip peperiksaan 15 min sebelum exam bermula. Dan jarak dewa exam dari asrama mungkin mengambil masa 15-16 min. Aku patah balik ambik slip dan terus bergegas ke dewan peperiksaan yang sudah bermula. Aku lambat 10 min, tetapi nasib baik kawan aku jagalan sit aku. Kalau tak, memang meja depan la yang aku dapat. 

Dalam sem 1 ni juga, aku ditugaskan oleh kelas rep untuk buat video kos. Selain itu, aku jadi photographer kelas.

ini link video tu.

Sepanjang cuti sem 3 minggu di rumah, aku mahirkan tangan untuk melukis pada drawing tab yang abang aizat hadiahkan. Orang pertama aku lukiskan, kawan aku. Selepas itu, ramai lagi yang minta. Malangnya, aku tak reti berniaga maka aku tak tahu nak minta upah bagaimana. Sebab aku tak rasa hasil kerja aku itu bernilai, atau pun layak dijadikan jual beli.

So, itu saja pengalaman sem 1 aku. Nanti bila aku free aku ceritakan pengalam sem 2. InsyaAllah.

Isnin, Mei 15, 2017

Future where are you?

Aku baru sembang dengan family aku pasal kos dan university yang aku dapat.

Abah happy, because he really want me to learn arabic even its not the main course

Mak be like "apa prospek pekerjaan bila ambik kos itu? Cuba emi fikir...."

Abang ejat "emi pergi tempat saiful nang tu. Cari duit, lepas tu isi upu lagi"

Atira "ha ah mi, itu pun kalau ko fikir pasal duit lah" "mi, cuba ko tanya diri ko, ko ni masuk u tu sebab nak orang kata kau hebat sebab masuk u ke sebab ko nak belajar benda tu"

Aku "tapi peluang ni sekali je kot, kalau emi push insyaAllah prospek pekerjaan emi besar" "mak kan memang dh berhubung dengan prihatin tu, jadi peluang untk belajar kat SNAP tu agak panjang

But no one want to hear my thought.🙂

Masa Depan Aku yang Masih Belum Cerah

Jadi

Result UPU dah keluar, dan aku dah check.
Tapi, sebelum aku check result ni ada beberapa perkara yang berlaku.

First thing first, aku dah isi UPU sebelum dapat result. Aku isi berdasarkan minat aku. Graphic/cinematic/ multimedia. Tapi, mak macam tak berapa nak sokong. She asked me to find a course that will give me many of job prospect.

Okey then, i change my mind.Then, Masa tu aku memang dah mind set untuk ambil STPM. Bila aku bagi tau mak dan abah, they look fine. Tapi bila aku tanya Atira, she said

" kalau kau ambil tingkatan 6, kau tak keluar dari kelompok sekolah. Kau masih rasa suasana sekolah macam dulu. Kau ta berkembang"

Jadi aku ikut advise dia, dan aku isi UPU khas untuk kos business. Sebab Atira kata

"business can bring you everywhere, habis diploma belajar sebarang kemahiran. Then, businesskan kemahiran yang kau belajar"

Ok. I'll take that as main opinion. Aku kemaskini UPU, isi business. Then aku stop fikir kejap. Then, my SPM result keluar. Dan masa tu juga, mak macam bagi aku amik course graphic etc. Aku kemaskini UPU.

Masa isi, aku susun permintaan dan cadangan dari mak, abah, ira.

Abah : "abah nak emi teruskan belajar bahasa arab"
Mak  : "kak tina dulu nak jadi guru tadika, tapi tak dapat. Emi jadi lah cikgu tadika"
Atira: " ambik business lagi senang"
Aku : "multimedia."

Jadi kemaskini UPU pun dah tutup. Selepas itu, aku isi U swasta (for satisfying myself. haha) . Aku isi:

UniSEL - Pengajian Industri Multimedia
KUIS - Pengajian Perniagaan
KTD, Kelantan - Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah
KTD, KL - Sains Komputer
Poly-Tech MARA - Pengajian Perakaunan
UTM Space - Sains Komputer (Multimedia)

Tiba-tiba, mak kata

"emi, Saiful Nang tanya, nak tak belajar kat Saiful Nang Academy (Photography, Cinematic, Business). Peluang ni jarang-jarang tau Siaful Nang offer. Mula lepas raya. 3 bulan"

Disebab mak selalu cakap,

"confident sangat lah tu dapat U? Mana tau dia tak dapat mana-mana..." she always say this, if I don't want to go to sewing class. Yes, aku follow kelas menjahit. Aku dah boleh buat baju kurung, blouse dan jubah.

Jadi, aku put Saiful Nang Academy as first choice. Kira... aku tak sambung belajar la secara pandangan kasar nya. Tapi, bila aku belajar kat situ. Aku boleh terus bekerja sambil study. Sebab photography ialah kemahiran, bukan pelajaran yang memerlukan banyak teori. So, aku dah ada pekerjaan secara tidak langsung.

Dan bila result UPU keluar, aku dapat ______. Tapi course yang aku tak berapa sangka. Another tapi, kalau aku belajar dan score dengan cemerlang (InsyaAllah). Prospek pekerjaan aku InsyaAllah besar.

And, as always. I'm in dilemma.

Selasa, April 18, 2017

HiMEGA 2017

Hai, Assalamualaikum!

For this 14-16 April I went to a program for LEPASAN SPM students. Its located at KUIS, Bangi. PROGRAM HiMEGA (Hijrah Menara Gading)

Again, program bawah HALUAN seperti ProCAST and JDK yang aku ikut sebelum ni. Aku ajak sorang kawan aku dari sekolah untuk join and she accept.

Mula-mula masa nak pergi agak conflict sikit sebab tiba-tiba sekolah call untuk datang masa hari kecemerlangan which the date was exactly the same time i had to go to HiMRGA. So, agak dilema. I asked my mother for her opinian. But, she gave me another big dilema.

She said on that day, ILDAS would make a video and graphic program. So, aku blank gila nak pilih mana.

Last, aku terus kan pergi HiMEGA. Suddenly, abah kata he cant send me to KUIS sebab that day ialah hari Jumaat. So, i was like, WHAAAATTT...?

But, abah hantar jugak dan Atira temankan sekali. We take my friend at her house, Meru and continue the road. When we arrived, abah just dropped us and leave.

Kami daftar, i got the same room with my friend. And something that I most waiting for was Mariam and As-Siddiq's students from Johor. And when i finally met her, we hug each other ketat gila!

Tapi, Syepa tak ikut.

And the program started.

Fyi, KUIS is a second place for my ex-school cause many of my seniors studying and attending here. Luckily, on that time they were on their holiday sem.

Ramai Kelantanese and Kedahan were there. Mereka naik bas jauh jauh pergi KL Sentral then KTM Bangi.

Well, the program was not like an advanture program. It was full of Forum, Talk and sometimes LDK. The program teach us on how to be a good mahasiswa, how to face a culture shock at IPT, how to keep your iman while facing the jahiliah and how to be a pendakwah while studying. And the most importantly, how to be "ALIM MUJAHID"

Yeah, it s a bit bored but, I got many lesson on how to prepare to be a mahasiswa. So, takda perasaan menyesal atau bosan.

And, I think if get a chance to go to IPT, I will registered on HALUANSiswa, because you can get an usrah and a organization sekali gus. So, it is so worth it!

In conclusion, I have a great time and I got so many knowledge and Insya Allah, Im ready to be a MAHASISWA

And here some pictures yang ada aku. For more pictures, click here.

At my right is Mariam and at the left is Syu



Jumaat, Mac 10, 2017

Feeling or Joke

One day ira tanya aku,

"mi, apa feeling kau sebenarnya bila kau ada crush?"

Feeling aku? Suka? Sayang? Minat? Kipas susah mati (die hard fan)?

No, bukan semua tu.

"dah tu asal kau crush kat_______ dgn ________. Lepastu dengan ________."

(mak ai banyak nya)

Ntah aku crush sebab benda tu seronok. Sebab ada crush aku boleh sembang dengan kawan kawan aku. Bukan aku tak de bahan lain nak buat sembang, cuma...

Cth: dia ada crush dan dia sembang pasal crush dia kat kitorang, benda tu jadi best sebab kita dengar experiance dia minat orang. Dan secara tak langsung buat kitorang punya friendship jadi rapat.

So, im just making my own crush so that kitorang boleh sembang huha huha pasal teast kitorang,fav kitorang.

Senang cerita kitorang crush ni bukan in serious way la. Sebab nak jadi bahan gelak dan main topic sembang je.

Bukan aku jenis nak try benda baru ke apa. Tapi aku gunakan benda tu in positive way.

Dan after kitorang punya conversation kitorang tak pernah pun cakap...

"seriously wey aku nak jadi awek dia..."
"omaigod! Aku nak kawin dengam dia!!!"

Kami tak cakap benda ni langsung, well in serious way la. Kami buat benda ni jadi bahan gelak ketawa je.

So, conclusion. Aku tak pernah ada serios crush. Mungkin pernah tapi masa zaman bodoh bodoh dulu la.

Jumaat, Februari 24, 2017

Khamis, Februari 23, 2017

Whyy???

Why im checking up my phone every 10 min?????

It just a phone dumb head!!!!

Rabu, Februari 22, 2017

Stoler

Im just a stoler.

Im stolr someone talents. I dont have my natural talents. Stole is my talents.

Im a fake. Im a paste of some copy. Im just a photostate. Im just a copy. Im not any one or any body.

Im just a fake. I just like this.

Un-Impress

Im never impress my siblings with my unwanted talents.

sbb aku lagi banyak kelemahan dan kebodohan.

My sisters always impressing my famiky, with their knowladge, beutifulness, talents.

My brothers always impressing my family, with their bravier, responsible, hard work.

Me? Never once in my life. Im just a hoe. Im just an unwanted thing that have to trow from your house and your life.

Im not suitable for anyone. Im the disaster. Im a polution. Im never make people impress with me. Not once.

Isnin, Februari 20, 2017

Why Men or Boys Dislike me?

1. I like to give order (im a leader person)
2. I like to give sarcastic comment
3. I have a bad shape of body
4. I'm easy to get mad
5. I'm easy to get sulk
6. I'm easy to change my mind
7. I don't believe at men
8. I'm always trying to find people's weakness
9. I always diss men, when they doing their work imperfectly

(berdasarkan kajian 10 tahun aku hidup)

Ahad, Februari 19, 2017

Everytime!

Setiap kali dia balik, mesti internet macam siput!

Apa dia buat hah?!?!

Sabtu, Februari 18, 2017

Changing

Aku selalu nampak bila kawan aku berubah (tak kisah lah ke arah apa pun), mesti ada orang comment:

"wow! Makin cantik kau sekarang"
"alhamdulillah, aku support ko"
"sis ni, tak pernah tak cute"

aku cuma hit button like. aku tak comment. bukan aku tak carrying atau lupa kawan.

aku ucap dlm hati je dah.

tahniah dah berubah.

dan aku masih aku yang sama.

Jumaat, Februari 17, 2017

Tak Malu

"tak malu ke dengan kawan yang ambik stam"

saya lagi malu dengan result saya tapi saya tetap nak ambik stam. maaf saya bodoh. saya mengaku itu salah saya. dan saya bertanggungjawab atas kebodohan saya dan pilihan saya.

kalau nak kecewa lama lama tak guna sedang kan saya ada benda lain yang boleh saya gunakan untuk teruskan hidup saya. saya tau saya ada pilihan lain.