Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Ahad, Julai 17, 2011

laporan

Assalamualaikum
Emy nak buat laporan sikit cerita semalam iaitu hari ahad 17 Julai.

Hari itu Abah,Emak,Kak ira dan Emy menghantar abang Eman ragister kat UniKL Gombak. Kita orang lalu highway baru Kuala Selangor-KL. Pagi-pagi emak suruh semua orang makan kat rumah, Tak ada singgah-singgah,jimat belanja. he he he.

Sampai sana pukul 11.30,

Abang Eman tengah bersiap di celah kereta

Sementara abah hantar abang Eman kat dewan pendaftaran Emy dan kak Ira jumpa lokasi menarik kat sini.



Ini adalah pintu pagar.


Ni dalam bilik hostel. Emy tolong pasang cadar,Kak Ira tolong kemas baju dalam locker.Emak tolong sapu bilik. Abah parking kereta.Abang Eman sebok susun kertas dalam fail.



Pukul 2,kami balik sebab Abang Eman ada taklimat. Emak dan abah peluk Abang Eman,sedih sebab Abang Eman tak pernah duduk jauh.

Balik tu Emak ajak abah masuk UIA,saja pusing-pusing,emak tak pernah masuk,emak kata "Sapalah antara Ira dan Emy yangdapat masuk UIA"


Dalam perjalanan balik abah mengantuk,dan emak gantikan. Masa abah tidur emak pecut sampai 120,ha ha ha,kalau abah tahu mesti marah.Lepastu kita orang singgah tesco makan kat situ lepastu shoping. emak bukan suka pergi tesco....yahudi kata emak ha ha ha....tapi dah terpaksa kalau tak Kak Ira tu merajuk.sekali sekala.

Sampai rumah6 petang......alamak sunyi abang Eman dah tak ada.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan