Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Sabtu, Mac 10, 2012

...

Wah lame Emy tak buka blog.Nak tau ape sebabnye.... Emy kan dah Sekolah Menengah, jadi Emy masuk Asrama lah. Hidup Emy kat asrama pun Emy tak tau nak cerite macam mane. Rupenye Emy baru tau susah sikit duduk kat Asrama ni. Yang Emy tak tahan dengan pelajaran. Ramai orang cakap duduk asrama ni bagus, pelajaran semua nanti okey. Ye la tau. Last-last B. Arab satu pun tak masuk kat otak Emy sbb tak boleh fokus. Yela, tidur pukul 11.30 bangun pukul 4. Mane tak ngatuk mase belajar. Dah berape kali dah Emy tertidur mase belajar. Selain tu masalah kawan, semue taukan Emy duduk kampung. Lepastu budak asrama ramai budak bandar. Jadi Emy tak nagm la dengan diorang, lepas tu ade sorang budak ni cakap Emy ni macam budak kampung. Mane tak sakit hati! Memang bnyak betul masalah Emy kat asrama tapi ni je yang Emy boleh cerita. Assalamualaikum.




Sekolah Agama Menenagh Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor

Ahad, November 20, 2011

Lame...

Dah lame Emy tak bukak blog. Sebab blog kene blok sebab dh lame x bukak. Skrg Emy nak aktif balik!

Selasa, Ogos 02, 2011

Jeng jeng jeng.....ini dia


Emy ada buat post kat sini , sekarang emy nak bagi tahu apa dia. Sebelum tu buka sini dulu. Tu lah, Emy antara yang di pilih untuk menulis kat situ.....tapi sebenarnya banyak salah ejaan.....Kak Atiqah dan Tok Rimau dah betulkan.

Sekarang Emy dah dapat buku tu,dan Emy kena jual satu RM15. Siapa-siapa yang nak boleh email kat Emy......tapi rasanya lambatlah sikit sebab sekarang tengah trial UPSR,mestilah Emak tak bagi emy sebok dengan benda ni............

Selasa, Julai 19, 2011

Sampai Hati.....

Hari ini perkataan 1/2 menyakitkan hati Emy.Itu sebab Fazlin, dia tak heti-henti menyakitkan hati Emy.

Tadi kat sekolah petang ada quiz, Shafie,Azizi,Azreen dan Rohaizat lelaki dalam kumpulan Emy. Lepas tu ,kalau diorang tak tau jawapan diorang mesti tanya Emy. Tiba-tiba Fazlin duduk kat belakang Emy. Mase tu Emy bukak buku tulis, walhal langsung tak ade jawapan dalam buku tu.Fazlin tetiba cakap "Eleh korang ape ntah asyik tanye si Aimi tuje! Dahla die pon tengok buku!" saje je die cakap kuat-kuat sebab nak sakitkan hati Emy. Emy pun kemaslah buku masuk dalam bag. Emy pon jawab" Sakitnye hati mendengar kata-katanya!". Tetiba ustazah panggil 'dia' untuk jawab soalan.Emy pon cakap "Tau pon blah" Emy cakap perlahan tapi rupenye die dengar.Ape lagi die pon bagitaulah geng Wanna Baby die tu.

Lepas habis quiz kumpulan Fazlin menang.Lepastu kami solat Asar. Emy pergi cepat sebab Emy malas nak tengok die punye muke. Mase Emy solat Asar (bersendirian) die masuk masjid dengan geng Wanna Baby dan cakap" 1/2,1/2 asyik tolong Shafie jawab aje!". Lepas diorang keluar ambil wuduk Emy tak boleh tahan perit di dada Emy ,Emy terduduk dan menagis.










Mase balek Emy lapor kat mak dan mak kate"Fazlin tu dah sakit hati sebab Emy tolong budak laki, die cumburu,jadi die pon sakitkanlah hati Emy" Mak kate macam tu.


Kenape die cemburu kat Emy? Dan selalu sakitkan hati Emy?

Ahad, Julai 17, 2011

laporan

Assalamualaikum
Emy nak buat laporan sikit cerita semalam iaitu hari ahad 17 Julai.

Hari itu Abah,Emak,Kak ira dan Emy menghantar abang Eman ragister kat UniKL Gombak. Kita orang lalu highway baru Kuala Selangor-KL. Pagi-pagi emak suruh semua orang makan kat rumah, Tak ada singgah-singgah,jimat belanja. he he he.

Sampai sana pukul 11.30,

Abang Eman tengah bersiap di celah kereta

Sementara abah hantar abang Eman kat dewan pendaftaran Emy dan kak Ira jumpa lokasi menarik kat sini.



Ini adalah pintu pagar.


Ni dalam bilik hostel. Emy tolong pasang cadar,Kak Ira tolong kemas baju dalam locker.Emak tolong sapu bilik. Abah parking kereta.Abang Eman sebok susun kertas dalam fail.



Pukul 2,kami balik sebab Abang Eman ada taklimat. Emak dan abah peluk Abang Eman,sedih sebab Abang Eman tak pernah duduk jauh.

Balik tu Emak ajak abah masuk UIA,saja pusing-pusing,emak tak pernah masuk,emak kata "Sapalah antara Ira dan Emy yangdapat masuk UIA"


Dalam perjalanan balik abah mengantuk,dan emak gantikan. Masa abah tidur emak pecut sampai 120,ha ha ha,kalau abah tahu mesti marah.Lepastu kita orang singgah tesco makan kat situ lepastu shoping. emak bukan suka pergi tesco....yahudi kata emak ha ha ha....tapi dah terpaksa kalau tak Kak Ira tu merajuk.sekali sekala.

Sampai rumah6 petang......alamak sunyi abang Eman dah tak ada.