Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Khamis, April 01, 2010

Jangan jadi budak nakal


Dah lama emy tak bukak blog.Sebab Emy asik layan facebook je sampai blog pun dah lupa.
Sebernanya emy ada satu cite tau.Kat sekolah petang Emy, ada sorang budak dajah 6 ,namanya Zarith Sofia.Hari tu Ustazah suruh Emy belikan kuih ngan air.Pastu Farah ngan Ijah ni Emy suruh dia beli makanan.Si Farah tak nak makan,Tapi tiba-tiba Budak-budak dajah 6 datang ramai-ramai.Pastu dia paksa Farah makan ,mase tu Emy hantar makanan kat ustazah tiba-tiba kat kantin Farah nangis.Emy tanya dia "Nape arah nangis?"Si Ijah jawab."Tu tadi kakak Zarith Sofia tu dia pakse farah makan dia nak sumbat kat mulut Farah.Jadi Kak Arah nangis lah" Patutlah.Sejak ada Nabila Yusri berpindah kat sekolah Emy,mereka ada geng. Mereka semua jadi budak poyo plak .....blah la lu.Menyampah Emy.Tapi kata orang Zarith tu dia ada sakit jantung,umur dia macam 15 16 tahun baru dibedah. Dieorang kata jangan sakit kan hati dia nanti pengsan.Ceh ambik kesempatanlah buli orang.!!!!:(

Sabtu, Mac 20, 2010

Cuti Minggu ini......

Cuti minggu ni Emy dah lama tak buka blog sebab emy dihantar ke rumah Embah Saton sebab Embah duduk rumah sorang2 .Ingat lagi tak Farah Dengan Ijah?Haaaa die orang kan tinggal kat rumah embah pastu ,Bapa dia baru meninggal dunia,Cik Ain Mak diaorang ada kursus kat IPIS.Jadi bebudak tu dibawa ke rumah nenek diaorang kat Bukit Kucing.Jadi Embah tak de kawan Mak kata kawan kan Embah 3 2 hari tapiiiii dah nak seminggu kat situ cuti minggu nitak da makna bagi Emy sebab tak gi jalan2 ngan keluarga...Pastu kawan2 abah ada buat rehlah warga Emas tak bawak Emy pun,Emy abah sorang je pegi,dahla pegi kat Hot Spirng tempat mandi air panas(tak la panas sangat)kesukaan Emy.Mmmmmm...Boooooosssaaaannnn!!Sib baik rumah embah ada Astro.

Tapi ada jugak abah kata nanti nak bawak Emy kat Festival Buku KL,harap-harap abah tunaikan.

Tapi hari ini abah &mak ajak Emy pergi kenduri di Sg.Sumun Perak.Balik singgah kedai beli baju putih sekolah pastu pergi ke kedai buku beli alat tulis dan novel lepasitu kami pergi minum tapi abah tak bagi order makanan sebab baru balik kenduri.Dalam pejalanan balik Embah Wedok call kreta Embah lanang rosak.Abah pecut ke tempat kejadian.Carikkan makenik,pastu terus hantar mereka balik Ke Kampung.Petang baru balik.


Buku ni sebenarnya dah ada masa tahun lepasdah tapi baru dapat beli.

Khamis, Mac 04, 2010

magnifying glass burns





Hari ni Emy belajar sains dengan Teacher Hasmimi pasal mancis dibakar dengan magnifying glass.Emy ada kumpulan Cikgu Hasmimi yang carikkan .Emy kumpulan 1 terdiri daripada=Hassan,Atif,Nafisa&Emy.Mula-mula kite orang buat waktu pagi lepas tu lambat sebab cahaya matahari pagi tak panas.Teacher kata nanti tengah hari datang makmal sains sebab nak sambung buat.pastu tepat pada pukul 12.40 tengah harikite orang semua pegi mak mal sains bawak beg.Teacher kata sambung buat kat padang.Orang first terbakar dulu Muiz, pastu ramai. kumulan Emy rasanya ke3 atau4 yang terbakar camtulahh.Emy rasa seronok sangat macam nak buat kat rumah.

Rabu, Februari 10, 2010

Berita sedih

Keluarga Emy sedang bersedih,Pakcik emy iaitu adik abah namanya Saful Bahari meninggal dunia hari Ahad 7.2.2010, iaitu pada hari lahir dia juga masa tu.Emy panggil dia Lek Pol. Dia ada 4 orang anak,Farah 7th,Ijah 6 th,Mumtaz 4th dan Hamka 1th 9bulan.Lek Pol Meninggal di Hospital Teluk Intan,dia sakit buah pinggang dan paru-paru. Lek Pol ni duduk dengan Embah so embahpun sedih lah sebab anak lelakinya dah tak ada.Sekarang Farah,Ijah,Mumtaz dan Hamka adalah anak yatim,sebab bapanya sudah meninggal dunia.

Ini gambar meraka semasa hari raya.


ni gambar Hamka dengan Abang Aiman masa Hari raya juga


Gambar ini abang Ejat ambil masa lepas ayah mereka di kebumikan,mereka belum pandai besedih lagi,sebab masatu saudara-mara masih ramai.

Jumaat, Februari 05, 2010

Misteri......



Malam tadi malam jumaat Emy pergi rumah embah(Emak sebelak abah)dengan Abang Ejat.Semasa Emy naik motor lalu tepi rumah putih Emy dengan Abang Ejat nampak.....ada orang naik basikal pegang touchlight. Abang Ejat dengan emy tengok lepas tengok sampai belakang tiba-tiba orang tu...... takde!!!!Itulah namanya .Misteri.
Korang rasa tu ape????