Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Ahad, Februari 19, 2017

Everytime!

Setiap kali dia balik, mesti internet macam siput!

Apa dia buat hah?!?!

Sabtu, Februari 18, 2017

Changing

Aku selalu nampak bila kawan aku berubah (tak kisah lah ke arah apa pun), mesti ada orang comment:

"wow! Makin cantik kau sekarang"
"alhamdulillah, aku support ko"
"sis ni, tak pernah tak cute"

aku cuma hit button like. aku tak comment. bukan aku tak carrying atau lupa kawan.

aku ucap dlm hati je dah.

tahniah dah berubah.

dan aku masih aku yang sama.

Jumaat, Februari 17, 2017

Tak Malu

"tak malu ke dengan kawan yang ambik stam"

saya lagi malu dengan result saya tapi saya tetap nak ambik stam. maaf saya bodoh. saya mengaku itu salah saya. dan saya bertanggungjawab atas kebodohan saya dan pilihan saya.

kalau nak kecewa lama lama tak guna sedang kan saya ada benda lain yang boleh saya gunakan untuk teruskan hidup saya. saya tau saya ada pilihan lain.

Khamis, Februari 16, 2017

Talk

Lately, aku selalu pergi sekolah, bagi talk kat budak.

Aku bukan buat motivation talk (sbb aku sendiri takde motivation). Aku bagi talk pada budak ict.

Cikgu selalu cakap dengan aku, budak budak ni makin malas nak buat kerja. Kira aku bagi diorang motivation macam mana nak kerja kat ict.

Tambah tambah lagi sekarang diorang tengah join video competition. Selalu aku sorang je yang masuk (masa sekolah dulu lah). Sebab aku dah habis sekolah, sampailah turn diorang pulak.

Tapi, seriously diorang langsung tak tahu nak buat production dan video macam mana.

Sebab tu aku tak habis habis ulang alik pergi sekolah.

Pagi pergi kelas jahit, petang buat kelas video.

Cikgu pula alhamdulillah bagi aku upah. Tapi aku kena kerja lagi lah. Aku kena buat video koprat sekolah pulak.

Takpe, yang penting aku dapat upah. Tak macam aku kerja dengan Tira.

Penat penat aku perah otak nak design banner, logo dll assingment dia, satu sen dia tak bagi!

Tak guna.

So, aku sangat penat.

Khamis, Februari 09, 2017

Statement

Budak sekolah sekarang mangkin hebat. Sekali dia buat statement pasal cikgu, boleh tentukan cikgu tu hilang kerja atau dikenakan sebarang tindakkan aptitud.

Ya, mereka ada hak bersuara.

Tak salah menegakkan kebenaran.

Tapi, jangan salah guna hak anda.

Fikir secara rasional sebelum membuat pertuduhan atau sebarang andaian.

Jangan fikir kau terlalu berkuasa.