Mengenai Blog Saya

Foto saya
blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya

Isnin, Mac 09, 2015

Bulatan setengah Gumbira

Hari tu baca blog bihah


Dia cerita pasal kumpulan usrah beliau. Beliau jadi naqibah. samalah macam aku. Sebab Bihah cerita pasal usrah dia, maka aku pun nak story telling pasal usrah aku "terchenta" ni.

Murabbiah aku Ustazah Rita (beliau guru bahasa arab). ahli usrah aku pulak, semua budak form 1. peh peh... lepastu form 1 kelas first pulak tu. peh peh! dan semua budak serama pulak tu! peh segala peh!

nak short kan cerita, maka aku pun buat lah bulatan dengan ahli usrah aku ni. Muala-mula macam biasa, sesi ta'aruf. jujur cakap, aku memang tak ingat nama-nama mereka. Aku tanya "satu kelas kan? dah kenal masing-masing". ada yang angguk ada yang geleng. hem hem.

lepas tu aku pun cerita pasal tajuk bincangan usrah pada hari jumaat yang mulia itu. Bebudak tu khusyuk je dengar, ada yang "terlebih khusyuk" sampai pejam mata. hem hem. bila aku kata " ada soalan nak tanya?". semua geleng berzikir. hem hem

"sebab korang tak ada soalan, akak ada soalan!" terbukak mata-mata budak yang "terlebih khusyuk" tu. bulat je mata!
hem hem.

murabbiah aku pun, Alhamdulillah. kalau aku cerita samting tu tapi, cerita tu "tak sampai', ustazah tu terangkan pulak. hem hem

habis je usrah. kami salam-salam.

oh ye, aku ada tanya budak-budak tu " korang kenal akak kan? yang duduk asrama?" semua geleng. HAMPA...

sejak hari usrah tersebut, budak-budak tu dah kenal aku. jadi bila aku tengah gelak-gelak bersama sahabat-sahabat tersayang, mereka (budak-budak usrah) pandang-pandang aku. aku tak tau nak menggambarkan macam mana perasaan aku pada hari itu.

ko bayangkan, bila depan diorang aku serius gila. tapi bila aku dengan sahabat-sahabat, aku jadi kanak-kanak paling bising di dunia.

hem hem.

tu saja mahu ku cerita. selamat tinggal!


Rabu, Januari 28, 2015

Anak Buah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualikum! Aku nak cerita something2 ni! Aku baru dapat anak buah!!!!!

Best wooo, dah jadi mak cu! Dapat anak buah lelaki. Ni ada story sikit.

Masa tu aku kat asrama, tira, ejat dengan embah datang lawat. Ira cakap, akak dah kat hospital Sabak. Patu, aku diam2 buka hangout kat ict sekolah, aku sembang dengan mak. Tapi mak tak online. Sampailah pada hari aku balik asaram. macam biasa mak yang amik aku.

Bila aku dah masuk kereta aku tanya mak "mak emy nak tengok akak nak bersalin" dengan gumbira. Mak kata boleh tapi kena siap awal. Aku pun balik2 nak prepare baju, tapi... bila aku bukak whatsapp family... ada gambar bayi... rupanya dah lahir. maka aku bengan sebab mak tak bagitau aku, aku tanya nape tak bagitau aku, mak kata mak ada jawab hangout aku dulu. aku buka hangout dan rupanya betul mak balas hangout aku. tapi aku tak baca. mak kata "akak dah ready nak bersalin". aku pun diam. aku tak tau pun akak dah bersalin. Arghhhh! Damn!

lalu pulanglah kakak aku bersama cahaya matanya ke rumah. comel!

pastu aku balik serama. aku dah pike2 nak bagi nama apa (sebab masa aku tinggalkan rumah, umur dia belu cukup 7 hari. so masih tak bernama). aku fikir nak bagi nama "Azfar Zulfakar" sebab amik nama pangkal akak dengan abang long. tapi baru je aku call mak kata, mereka sepasang suami isteri itu dah bagi nama. dan nama yang dipilih ialah "Mus'af Muizzuddin". Dan perkara tersebut pun jadi. maka wujudlah ahli keluarga baru dalam KELUARGA HAJI MOHD NASIR...

Nama: Mus'af Muizuddin bin Zabidi
Tarikh Lahir: 20/1/2015
Tempat Lahir: Hospital Teluk Intan, Perak.

Selasa, November 18, 2014

Buku Fixi

assalam! apa kabo?! sihat?!

aku tengah teruja tahap gaban ni! aku baru lepas shopping online! aku beli buku fixi.

selama ni aku selalu tengok sorang kawan aku ni (bihah) selalu beli/baca/bawa etc. buku fixi ni.

maka aku pun terniat nak beli buku fixi ni. dan alhamdulillah, setelah ku melakukan sesi pujuk memujuk pada mak. mak pun okey. tapi, macam biasa kena ada balasannya. jadi aku setuju nak company nenek aku seminggu kat kampung.

aku okey je (kot?). maka aku pun dengan gembira tak terhingga beli 7 buah buku weh! Sekali beli je! Banyak tak?

Kebanyakkan buku yang aku pilih buku genre seram tapi ada 1 buku ni aku pilih genre politik (bangga). ada 2 buku terjemahan. 1 buku je genre cinta. Eih! Aku juga remaja yang memerlukan novel cinta jugak tau! Tapi kalau cerita kawin paksa ni, aku tak gemar sikit.

Hahahahaha (gelak gumbira gilak)

Buku fixi ni best sebab ayat dia santai. Lepastu cite dia, walaupun fiksyen/ "kotoq" sikit tapi nilai murni dia boleh buat karangan PT3 bahagian c soalan 3! (rumusan novel)

Aduh! Hiperbola pulak cerita aku ni! Tapi, korang shopping lah buku fixi.

Kalau pakai web kau carik : fixi.com.my

Kalau nak whatsapp kau amik no. ni:
0172729167

sekian!

p/s: bila buku2 ni sampai aku post gambar.adios!

Isnin, November 17, 2014

Malam

masa aku tulis post ni, jam pukul 12:14 am. It's midnight.

aku tak boleh tidur. entah kenapa mata aku tak boleh lelap. pejam boleh tapi nak pejam lama tu tak boleh. tak tau kenapa. tak pe lah. aku cuba, nanti tidurlah aku...

Sabtu, November 15, 2014

BBQ

malam tadi buat bbq kat rumah bihah. best dow! lepastu aku tidur rumah bihah, bajet-bajet buat slumber party katanya. perut penuh!

part yang tak boleh blah, masa kitorang nak buat mashed potato. masa nak buat kuah dia, kecoh satu dapur. start dari masukkan butter sampai masukkan kuah kat bekas.

kuah dia ketul-ketul sebab kitorang (bihah, aku, aida, izzati alia, bibah) masukkan tepung jagung banyak gila. kuah dia jadi pudding? kot? tapi sedap! rasa macam mashed potato kat KFC gitu.

malam pulak, perghh! bako-bako ayam dengan daging! mak bihah yang perapkan.

cakap pasal mak bihah, pergh! sporting habis. yang best nya, dia ingat nama aku! Wee~~~

okey tu ke cerita aku. Adios!