Assalamualaikum. Emy memang sudah lama tak buka blog,ialah kan Emy dah tahun 6,kenalah study. Tapi Emy ada dua video nak tunjuk kat sini. Untuk Emak,CikLah,Kak Tiqah, dan Kak Tina.Dan semua pada guru-guru Emy.
Selamat hari ibu.
Selamat hari Guru
Mengenai Blog Saya
- amnsnasir
- blog ini cuma perkongsian hidup saya bermula dari umur saya 10 tahun (2009) sehingga sekarang. tiada perkara-perkara ilmiah di sini melainkan yang ber ilmiah bagi saya
Khamis, Mei 12, 2011
Ahad, April 10, 2011
Emy ini permain sekolah,permainan Emy ialah bola jaring. Puan Dewi berkata kami akan berlawan pada 20 April ini. Perlawanan persahabatan pertama saya ialah berlawan dengan pelajar Sekolah Sri Cempaka. Kemudian kami menang!. Tetapi, selepas itu kami berlawan persahabatan dengan pelajar Sekolah Dr. Latiff. Kami menang sekali lagi! Saya sungguh bangga dengan kawan-kawan saya yang berlawan itu. Walaupun saya hanya permain simpanan,saya juga berasa bangga.
Nama permain:
Sitti Nur As'adah GD
Nor Aqilah GA
Farhanah Zahidah GS
Alia Najwa GK
Siti Najiha WD
Nur Ainn Irdina WA
dan... Nafisa C
Nama pemain simpanan: Emy, Alyaa ,Iwana danSuraya
Isnin, April 04, 2011
Internet kat SKTJ
Hari ni Emy masuk makmal komputer.Emy dapat buka blog.So Emy pun tulis lah blog. Yesterday, Emy frust sangat sebab Fazlin asyik marah Emy je,Dia ingat dia sape nak marahn Emy.Pastu Tauhid Feqah Emy dapat 91 macam x pecaya.Emy dapat kalahkan Aziera budak no.2 tu. No 1 selalunye Ain Berhaon. oklah Emy dah nak keluar ni masa dah cukup.
Sabtu, Januari 08, 2011
Selamat Hari Lahir Abah
Tulisan tu emy tiru dari Kakak dari facebook dia.Emy kena tulis kat sini kalau tak dia marah.
Jangan tidur waktu petang tau.

Emy nak cerita sikit tentang peristiwa disuatu petang Khamis semalam mengenai abah Emy. Hari tu selepas balik dari Masjid masa Solat Asar,abah rasa mengantuk sangat,abah kata kat Emak abah nak lelepkan mata sekejap. Emak pun keluar pergi taman sayur,taman bunga dan pergi reban ayam. Sampailah di masjid dah bunyi rakaman bacaan Al Quran. Emak pun masuk bilik terkejut abah belum bangun. Emak kejutkan Abah masa tu jam pukul 7.10pm. Abah terus bangun dan tengok jam;
"Eh hari ni hari sekolah kan?" Emak rasa abah mengigau ni.
"Emy mana Emy? dah bangun belum?" Emak tak menjawab,abah terus ketuk bilik Emy,"Emy bangun-bangun dah solat belum?" Abah tanya emak. "Hari ni hari apa?" Emak kata "Tengoklah baju batik tu,bila pakainya?"Jawab Emak . "Ooo Jumaat ye,baju Melayu saya dah gosok belum?,eh dah lambat ni,emak relek je?." Abah kehairanan sambil tengok jam, biasanya 7.10am Emy dan emak dah masuk dalam kereta. Sebenarnya Emak dan Emy menahan ketawa.
"Eh kenapa ni? senyum senyum? sekarang pukul berapa ni?" kata abah. "Tu kan pukul 7.12"Jawab emak.
"Eh ni pagi ke petang?" abah kebingungan lagi . Emy dan Emak tak boleh tahan ketawa.
"Ooooo main-mainkan abah ya," abah kejar Emy dan emak,tapi emak lari laju,abah dapat tangkap Emy. Ha ha ha,walau hanya 3 orang dalam rumah,petang tu bising betul.
"Tu lah mana boleh tidur lepas asar,kalau selalu boleh jadi psiko" kata emak.
Label:
cerita benar.,
gembira,
keluarga
Langgan:
Catatan (Atom)